Bab 3

77 11 0
                                    

Aku berlari sepantas mungkin menuju ke tempat yang ditetapkan oleh Yoongi. Kalau bukan sebab aku sakit perut last minute, aku takkan lewat. Aku bukan orang yang tak tepati masa.

Setibanya aku di situ, kelihatan Yoongi sedang berdiri sambil memandangku tajam. Di sisinya terdapat luggage berwarna hitam dan ada tulisan 'I'm swag and I don't give a shit'. Okay sesuai dengan perwatakan Yoongi yang tak pernah kisah dengan hal sekeliling.

"Kau lambat 5 minit" suaranya dingin. Matanya memandang tajam ke arahku. Aku menunduk kerana takut untuk melawan kembali. Yelah aku yang salah. Takkan nak melawan pulak kan.

"Mian..." ayatku tergantung. Yoongi telah meninggalkan aku. Aku masih berdiri kaku di situ.

"Kau tunggu apa lagi ha? Tunggu aku dukung kau sampai kokpit?" Aku memandang Yoongi dengan muka tidak puas hati. Mamat ni memang tak pernah berubah.

"Kau ni dahlah lambat pastu boleh lagi nak termenung bagai. Perempuan memang leceh. Tchh" bebelan Yoongi tidak kudengari langsung. Kepalaku melayang ke tempat lain.

"Yah! Aku cakap dengan kau ni? Kau berangan apa?" Suara Yoongi membuatkan aku tersentak. Aku kembali ke alam realiti yang sungguh tragis ni.

Aku mengambil tempat di sebelah kiri kokpit manakala Yoongi di sebelah kanan kokpit. Yoongi memberi arahan kepada penumpang bahawa pesawat akan berlepas tidak lama lagi dan penumpang hendaklah memakai tali pinggang keledar.

Sedari tadi, mataku tidak lepas memandang Yoongi. Dia nampak lain dari Yoongi yang dulu. Yoongi yang dulu sempoi dengan seluar jeans koyak dan tshirt. Tapi Yoongi depan aku ni lain. Dia nampak smart gila dengan uniform pilotnya.

"Kenapa kau tengok aku macamtu?" Soalan Yoongi membuatkan aku tersipu malu. Alamak kantoi tengok dia. Mana nak letak muka ni oi.

"Mana ada aku tengok kau. Aku tengah fikir lah. Kau jangan nak perasan sangat wahai Min Yoongi" aku memberikan alasan yang rasanya tak munasabah kepada Yoongi.

"Memang berfikir kena tengok aku kan?" Yoongi memandangku sinis. Aku menjelirkan lidah tanda tak nak layan.

Kami berlepas tepat pada pukul 3.00 petang waktu Koreaa Selatan. Aku excited dengan penerbangan pertamaku ini. Walaupun hanya co-pilot, tapi aku tetap excited.

Yoongi memandu kapal pesawat dengan penuh cermat. Penerbangan kami ini mengambil masa kira-kira 3 jam setengah (part ni author main tibai je sebab i'm sucks at estimating something).

Tiba-tiba Yoongi memanggil namaku. "Yah Kim Haera. Tolong aku pandu pesawat ni kejap. Aku nak berak. Kau buat betul-betul. Silap sikit je, kita mungkin akan mati terhempas" kata-kata Yoongi membuatkan aku kecut perut. Nampaknya nyawa penumpang semua kat tangan aku.

Aku mengambil alih tempat Yoongi. Pesawat aku kawal dengan cermat. Mataku ralit memandang radar. Takut-takut ada kapal alien melintas depan aku.

Beberapa minit kemudian Yoongi kembali semula ke kokpit. "Boleh tahan jugak kau handle pesawat ni. Tak terhempas lagi buat masa ni" katanya dan menyambung kembali tugasnya.

Eyy mamat ni celuparnya mulut. Kalau kau nak terhempas, terhempas sorang. Jangan terhempas time ada aku. Aku taknak mati terhempas okey.

Setelah 3 jam setengah kami berada di langit, akhirnya Yoongi membuat pengumuman untuk mendarat. Cara pendaratan Yoongi sangat cerrmat. Tak rasa bergegar langsung. Tak macam sesetengah pilot, apabila membuat pendaratan pasti pesawat akan rasa bergegar dan mengeluarkan bunyi yang menakutkan.

Aku keluar daripada kokpit. "Ah Beijing. Seronoknya" kataku sambil tanganku terawang-awang di udara bagaikan seekor burung tak boleh terbang.

"Kim Haera, kau buat apa tu? Nak terbang ke?" Yoongi mentertawakan aku. Eii mamat ni suka rosakkan mood aku.

Yoongi POV

Aku memberi alasan hendak ke tandas kepada Haera. Sesudah dia mengambil alih tempat aku, aku menyorok di sebalik pintu kokpit. Aku saja je tipu dia cakap nak ke tandas. Saja nak test.

Aku memerhati dia mengawal pesawat ini. Manatau dia panik, pastu tak boleh nak handle pesawat ni tak pasal-pasal terhempas. Kan naya tu.

Setelah beberapa minit memerhatikan dia, aku pun masuk semula ke kokpit. Aku saja mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan  hatinya. Aku suka tengok dia sakit hati.

Setelah beberapa jam memandu di awangan, maka kami tiba di destinasi. Aku memberikan pengumuman kepada semua penumpang. Aku mendaratkan pesawat dengan lancar sekali. Itu sebahagian dari kelebihan aku. Aku mampu membuat pendaratan tanpa gegaran dan mengeluarkan bunyi yang menakutkan.

Aku keluar dari kokpit. "Eh mana perempuan tu pergi?" Aku kehairanan. Takkanlah hilang macam tu je.

Tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh gadis yang aku cari. "Tu bukan Haera ke? Dia buat apa tu? Nak terbang ke acane ni?" Aku kehairanan dengan kelakuan Haera.

"Kim Haera, kau buat apa tu? Nak terbang ke?" Soalan yang aku tujukan membuatkan Haera malu. Ha padan muka kau! Berangan tak tengok tempat. Aku meninggalkan Haera keseorangan di hadapan pesawat. Aku nak balik hotel! Aku nak tido. Langkahku dipercepatkan. "Hotel, I'm coming" kataku ceria. Aku betul-betul terlupa pasal Kim Haera.

TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now