Taehyung POV
Aku sedang khusyuk menonton televisyen semasa Seokjin dan Namjoon hyung pulang dari pasar. Tumpuanku terganggu apabila Namjoon hyung memanggilku dari dapur.
"Taetae, Kim Haera eodiseo?" Namjoon bertanya kepadaku.
"Haera keluar dating dengan Markeu" jawabku ringkas.
"Hyung ada nak cakap apa-apa lagi ke? Kalau takde Taetae nak pergi sambung tengok tv"
Namjoon menggelengkan kepalanya. Aku segera pergi ke ruang tamu untuk menyambung menonton kartun kegemaranku, Doraemon.
Entah kenapa aku seperti tidak dapat menumpukan perhatian kepada kartun kegemaranku ini. Kepalaku asyik teringatkan Haera.
Kenapa aku tak perasan yang selama ni Haera ni cantik? Kenapa aku baru perasan hari ni? Aku menserabutkan kepalaku.
Andwae andwae. Haera sepupu aku. Aku tak boleh suka dia. No! Never! Aku menggelengkan kepalaku dan tanpa aku sedari Seokjin hyung telah memerhatikan gelagatku sejak dari tadi.
"Yah Kim Taetae. Dah kenapa asyik geleng-geleng kepala? Sakit otak eh?" Pertanyaan Seokjin membuatkan aku terkejut.
"Hy..hyung. Sejak bila hyung ada kat sini? Bukan tadi hyung ada kat dapur ke dengan Namjoon hyung ke?" Aku pelik macam mana Seokjin boleh ada depan aku tiba-tiba.
"Dah lama dah hyung kat sini. Hyung perati je kamu ni. Tergeleng sana tergeleng sini. Kamu ni dah kenapa?" Seokjin bertanya dengan prihatin.
"Takde apa-apa. Em Taetae masuk bilik dululah hyung. Tetiba rasa mengantuk pulak" aku memberikan alasan kepada Seokjin.
"Hmm yelah" Seokjin mengangguk sebelum menukar siaran ke siaran masakan kegemarannya.
< DI BILIK >
Kenapa dengan kau ni Taetae. Dah gila ke nak suka sepupu sendiri.
"Ni mesti sebab aku penat sangat. Baik aku pergi tidur" gumamku sendiri.
Aku segera merebahkan badanku ke katil tapi fikiranku masih teringatkan Haera.
Tak! Aku tak boleh suka Haera. No! Never! . Aku termenung sebelum akhirnya tertidur lena di atas katil empuk milik Seokjin.
___________________ SKIP ___________________
"Yoongi?" Aku melambai-lambaikan tanganku di depan wajahnya. Kenapa mamat ni tiba-tiba macam kena sumpah jadi malin kundang? Ke dia saje nak buat mannequin challenge kat tengah-tengah jalan ni?
"Yah Min Yoongi!" Aku menumbuk perut Yoongi dengan kuat.
Yoongi tersedar dari kebekuannya kerana terasa sakit akibat daripada tumbukan aku yang mengenai perutnya.
"Sakit lah perempuan gila! Ha kau kenapa berdiri tengah-tengah jalan tadi? Nak mampus eh? Nasib baik aku sempat brek. Kalau aku tak sempat, dah arwah dah kau kat sini." Marah Yoongi. Mukanya merah menahan marah dan nampak sangat scary.
"Aku nak kejar bas tadi. Aku takut terlepas so aku jalanlah tak tengok kiri kanan. Tadi aku nampak macam takde kereta sebabtu aku main jalan je" kataku dengan takut-takut. Gila kau tak takut bila Yoongi tengok aku macam nak makan orang.
"Lain kali kalau nak melintas pun tengoklah kiri kanan. Jangan sebab nak kejarkan bas, nyawa kau yang melayang nanti" bebelnya.
Aku menundukkan wajahku. Siapa tak sedih kena marah dengan member sendiri. Tak ni semua poyo je. Aku tak sedih pun bila Yoongi marah aku.
"Dah kau masuk kereta aku sekarang. Aku hantar kau balik" kata Yoongi dengan nada yang dingin.
"Tapi aku boleh naik bas. Rumah aku bukan jauh pun" aku menolak ajakkannya.

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfic"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...