Bab 24

64 7 7
                                    

"Kita duduk sini?" Mark meminta pendapat. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Mark membawa aku sebuah restoran yang terkenal dengan masakan barat. Aku ni berketurunan korea tetapi berlidah jawa. Manalah aku tau makanan-makanan western ni.

"Kita amik order dulu okey?" Mark lantas memanggil seorang waiter yang kebetulannya sedang lalu berhampiran dengan kami.

"Emm" jawabku sepatah. Suasana ni sangat awkward. Bukan awkward sebab aku keluar berdua je dengan Mark, tetapi awkward sebab dia ajak aku makan kat restoran mewah macam ni. Aku ni layan mamak je. Mana layan restoran mahal cemni. Buat bazir duit nenek moyang aku je.

"Awak nak makan apa?" Buku menu diberikan kepadaku. Aku melihat pada menu dan senarai harga. Mak datuk dialah. Harga air dah sama harga dengan makan minum aku sehari kat mamak depan kondo aku.

"Awak jelah orderkan untuk saya. Saya okay je dengan pilihan awak" aku berdalih. Buku menu aku berikan kepadanya. Sebenarnya aku tak reti nak sebut makanan yang tertera kat buku menu tu. Semuanya buat lidah jawa aku ni berbelit. 

Mark mengangguk. Dia kemudiannya memesan makanan yang apa ntah nama dia aku tak ingat. Waiter itu kemudian beredar bersama pesanan yang dipesan Mark.

"Emm , Mark? Apa mimpi awak ajak saya makan kat sini? Biasanya awak ajak lepak pergi mall, makan kat mamak, tapi harini tetiba je ajak saya makan kat sini" aku menyoalnya kerana pelik.

Mark tersenyum manis memandangku. Oh Tuhan. Tolong jangan berikan aku senyuman tu. Senyuman tu dah cukup buat hati aku cair.

"Sebab saya nak luahkan sesuatu kat awak. Tak syoklah luahkan kat mamak" Mark menjongket keningnya.

Luahkan sesuatu? Omaigadddd!! Dia nak cakap yang dia suka aku ke? Omg omg omg. Aku takbole rileks.

Aku sedaya upaya mengawal reaksi mukaku daripada mempamerkan muka excited. "Luahkan apa?" Soalku pura-pura tak tahu.

"Something yang melibatkan hati dan perasaan" muka Mark sudah memerah. Eceh malu lettew.

Yes! Sudah terang lagi bersuluh suluh yang Mark sukakan aku. Nampaknya aku tak bertepuk sebelah tangan. Yes yes yes !! Nak je aku melompat kat sini. Behave Haera behave.

"Mark, actually saya pun ada nak luah sesuatu kat awak" aku berkata dalam nada yang agak serius.

"Apa dia?" Soal Mark.

Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.

"Mark, saya tahu saya nampak macam terkejar-kejarkan awak kalau saya cakap macam ni. Tapi, I can't hold it anymore" aku cuba berdalih. Mark, mohon faham dengan apa yang aku maksudkan ni.

"Gapo dio?" Hamek kau sekali terkeluar bahasa nenek moyang Mark ni.

"I LOVE YOU" terkeluar jugak ayat tu dari mulut aku. Lega betul bila dah cakap. Betullah kata orang. Confession ni ibarat kentut. Bila ditahan, sendiri yang merana. Bila dikeluarkan, lega tak terkata walaupun membawa kepada malu yang teramat sangat.

"Hah?" Mark seakan terkejut dengan pengakuanku. Jap, asal dia terkejut? Bukan sepatutnya dia happy ke? Husnuszon. Maybe dia tak expect aku suka dia jugak kot.

"I'm sorry, but I can't accept your beautiful love" Kata-kata Mark membuatkan aku freeze. Aku kena friendzone ke?

"Tapi-- tadi awak cakap awak nak luahkan sesuatu melibatkan hati dan perasaan. Awak tak suka saya ke?" Kata Mark.

Time tu aku rasa macam nak menangis. Buat malu aku je confess tadi.

"Tapi kenapa? Saya tak cukup baik ke? Atau sebab saya tak cantik? Atau--" aku tidak dapat menghabiskan ayatku akibat perbuatan Mark yang menutup mulutku.

"Awak baik, cantik, awak ni idaman semua lelaki. Tapi saya tak boleh nak suka awak macam awak suka kat saya. Saya mintak maaf" ujar Mark.

"Bagitahu sebab kenapa awak tak boleh nak suka saya macam mana saya suka dekat awak!" Aku memaksanya.

"Sebab.. sebab saya.... GAY" kata Mark perlahan namun masih mampu untuk aku dengari.

Kaki aku terasa lemah. Mark ni... gay? Aku suka kat gay? What the fuck is this? Kali ni aku rasa betul-betul sedih. Sedih bukan sebab kena reject mentah-mentah tapi sedih sebab tahu kebenaran lelaki yang selama ni aku minat merupakan seorang gay. He's a gay and I'm madly in love with him!

"Awak tipu kan?" Aku inginkan kepastian.

Malangnya Mark menggeleng. "Tak. Saya tak tipu. Saya gay dan sebenarnya saya nak luahkan sesuatu kat awak" kata Mark.

"Apa dia?" Aku bertanya kehairanan.

"Saya suka Namjoon sunbaenim sejak first time saya jumpa dia. Saya ingatkan saya ni dah straight tapi saya baru perasan yang sebenarnya saya masih lagi seorang gay. Saya cuba untuk suka awak tapi saya tak mampu. Bila saya dengan awak, saya akan teringatkan Namjoon sunbaenim" ujar Mark panjang lebar.

What-the-hell. Kejutan demi kejutan aku terima malam ni. First, pasal Mark ni gay. Second pasal dia minat kat oppa aku. Oh no!

"Awak buat lawak spender apa ni?" Aku masih lagi tak percaya dengan kata-katanya. Aku tak kisah kalau dia reject aku sebab dia ada perempuan lain. Yang tu normal. Tapi dia reject aku sebab dia ni gay and paling penting, dia minat kat oppa aku.

"Saya tak buat lawak, Haera. I love your brother so much. I wanna be his partner" kata-kata Mark meloyakan tekak aku. Euwww aku taknak ada kakak ipar berjantina lelaki.

"Mark, stop with this nonsense. Saya nak balik" aku bangun untuk beredar namun sempat ditahan oleh Mark.

"Tapi kita masih boleh jadi kawan kan?" Mata Mark dipenuhi dengan sinar harapan.

Aku memandang wajah Mark. Berat untuk aku  terima dia tapi apabila melihat wajahnya, aku mengangguk perlahan.

"Thank you. Emm boleh saya hantar awak balik?" Mark mempelawaku.

Aku hanya mengangguk tanda setuju. Takde guna aku nak tolak pelawaannya sebab aku pun tak bawak duit.

Aku masuk ke kereta dan kelihatan waiter tadi sedang mencari seseorang. Maybe mencari kami. Alamak lupa pulak pasal makanan. Lantak kaulah.

"Encik!! Makanan dah sampai" kata waiter tersebut.

"Dasar manusia munafake. Dah order pastu blah cenggitu je. Sila meninggal" marah waiter tidak berdosa tersebut.

___________________ SKIP______________________

Namjoom sedang khusyuk bermain game ketika aku sampai di rumah. Tiba-tiba terlintas untuk bertanyakan soalan.

"Awal balik" Namjoon bertanya kepadaku.

"Tak jadi keluar. Dia busy" aku cuba untuk menipu.

"Oh" balas Namjoon ringkas.

"Oppa?"

"Emm?"

"Oppa ni bukan gay kan? Oppa ni straight kan?" Soalku.

Namjoon yang kebetulannya minum terus tersembur minuman di mulutnya akibat soalan yang aku tujukan kepadanya.

"Soalan apa ni? Ofkos lah oppa straight. Plus, oppa dah ada awek. Nama dia Chae Yeon" kata Namjoon.

"Oh. Baguslah kalau macamtu" aku tersenyum lega. Lega selepas mengetahui yang abang aku ni bukan seorang gay dan dia dah ada seorang yeochin.

"Kenapa tanya soalan macam tu?" Tanya Namjoon.

"Takdelah. Saje tanya. Mana tau my beloved oppa ni gay. Hahaha. Dahlah Haera nak tido. Jaljayo" aku mengucup pipi Namjoon sebelum beredar menuju ke bilik.

Mark, terima kasih atas layanan baik awak selama ni. Loving you is one of my mistake. Goodbye.

TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now