Masuk hari ni dah genap 5 bulan aku bekerja sebagai co-pilot bergandingan dengan Min Yoongi. Takdelah teruk sangat malahan hubungan kami yang dulunya keruh sekeruh air longkang dah menjadi jernih sejernih air yang ditapis.
Hari ini merupakan hari bekerja untuk insan yang bernama Kim Haera. Okay, tu aku. Tak sabarnya nak merantau harini. Aku excited sangat sebab mengikut jadual, hari ni aku akan terbang ke kota cinta Paris.
Perghh excited sia sebab aku dah lama mengidam nak pergi Paris. Tapi apakan daya. Aku dilahirkan dalam family yang kedekut. Tak pernah nak ajak aku bercuti kat europe. Paling jauh pun dekat Jepun. Sedih bukan?
Takpe Haera kejap lagi kau akan ke Paris. Whutt whutt. Sedang aku enak melepak di atas katil, pintu bilikku diketuk oleh seseorang. Siapakah gerangan yang berani menggangguku dari berehat?
"Masuklah. Pintu tak kunci pun. Kunci dah hilang" laungku dari katil. Yang part kunci hilang tu aku tak tipu. Haritu Namjoon oppa ada bukak pintu bilik aku. Entah macam mana tombol pintu bilik aku boleh tertanggal. Dia dah janji akan ganti balik tapi sampai sekarang tak ganti-ganti. Tak guna punya Namjoon.
Muka Taehyung tersembul dari celah pintu yang dikuak tadi. Dia kemudiannya masuk ke bilik dan duduk di atas sofa di bilikku.
Oh lupa nak cakap, Taehyung akan tinggal dengan aku dan Namjoon sebab dia dah dapat kerja kat sini manakala Seokjin dah pulang ke Amerika kerana ingin menjaga Omma dan appa ku di sana.
"Nak apa?" Tanyaku sambil bermain telefon.
"Nak kau" jawab Taehyung selamba. Aku sudah meletakkan telefon apabila mendengar jawapan bengong Taehyung. Apa kena dengan dia ni?
"Seriuslah kau nak aku. Aku pun nak kau jugak ni" aku bergurau dengan Taehyung sebab aku tau jawapan yang diberikan tadi hanyalah gurauan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Taehyung memandang aku dengan terkebil-kebil seakan tidak percaya dengan jawapan yang aku berikan sebentar tadi. Aku main-main je okay. Janganlah buat muka macam tu.
"Haera, aku tak bergurau. Aku betul-betul nakkan kau" kali ni Taehyung mempamerkan mukanya yang serius. Dia serius ke? Takkan?
"Ka..kau n..nak aku?" Dengan gagap aku bertanya kepada Taehyung. Kenapa tiba-tiba aku gagap ni?
Taehyung mengangguk.
"A'ahlah. Aku serius nakkan kau dan jawapan yang kau bagi tadi aku anggap sebagai ya" kata Taehyung. Senyuman petak terpamer di mukanya yang kacak itu.
"Taehyung seriuslah kau nakkan aku. Aku ni tak cantik, tak pandai masak, tak boleh jadi isteri mithali untuk kau. Aku bergurau je tadi" aku sudah takut mendengar jawapan Taehyung. No! Aku taknak ada affair dengan alien walaupun dia ni comel!
Taehyung sudah ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan yang terkeluar dari mulutku. Aku ada buat lawak ke? Or Taehyung sepupu aku ni dah gila?
"Yah Kim Haera. Aku tak habis cakap lagilah. Aku nakkan kau sebab aku nak kau basuhkan baju aku? Kau ingat aku nak apa tadi?" Taehyung berkata dalam tawa yang masih bersisa.
Ceh aku ingatkan apalah tadi. Ingatkan dia nak jadikan aku ni teman hidup dia ke apa. Buat malu aku je.
Dengan langkah yang laju, aku meninggalkan Taehyung keseorangan di dalam bilikku. Bengang okay bengang. Baik aku blah and basuh baju sekarang. Lagipun aku kena bersiap pukul 3 nanti.
Taehyung POV
Aku mengetap gigiku. Huh nasib baik boleh cover balik. Apa kau cuba nak buat ni Taehyung? Nak confess kat dia? C'mon Taehyung kau tau kan dia cuma anggap kau partner in crime merangkap sepupu je? Wake up Taehyung! Sampai bila nak harapkan cinta orang yang terang-terangan tak berminat langsung pasal life kau?
Aku mengeluh berat. Kalaulah aku boleh kawal perasaan aku sendiri, aku takkan pernah sesekali cuba untuk jatuh cinta dekat kau, Haera. Aku takkan. Tapi apakan daya. Hati aku ni gila. Boleh pulak dia nak terminat kat kau.
Gambar Haera yang berada di atas meja kecil kutatap. Kau cantik, tapi kau bukan milik aku dan takkan pernah jadi milik aku. Gambar tersebut aku letakkan kembali di atas meja.
"Yah Kim Taehyung! Mana baju-baju kau. Kata nak suruh aku basuhkan. Cepatlah masukkan dalam washing machine" bebelan Haera membuatkan aku tersedar dari lamunanku.
"Kejaplah. Aku lupa nak keluarkan tadi. Eishh tu pun nak membebel macam mak nenek. Tak comel kau tau tak" aku mendekatkan mukaku ke muka Haera. Aku nampak muka dia merah gila! Dan kemudian aku bergerak menuju ke bilik untuk mengambil pakaian kotorku.
Sampai sahaja di bilik, aku segera menutup pintu dan menyerabutkan rambutku.
"Pabo Kim Taehyung pabo!" Aku menjerit kecil di atas katil.
"Kenapa kau tengok muka dia dekat-dekat? Kenapa Taehyung kenapa?" Bebelku lagi.
Sebenarnya masa aku mendekatkan mukaku ke muka Haera, jantung aku berdegup laju gila. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa macam jantung aku nak pecah. Aku tak sukalah perasaan macam ni!
Omma apa Taehyung nak buat ni?
"Taehyung?" Pintu bilikku dikuak sedikit.
"Em?" Aku menjawab tanpa memandang Haera.
"Baju kau mana? Lama aku tunggu baju kau tapi tak sampai-sampai. Kau amik baju ke buat baju?" Haera bertanya kehairanan.
"Buat baju" gurauku.
"Nah amik baju ni lepastu keluar tutup pintu bilik ni. Aku nak tidur" aku menheluarkan arahan.
Haera hanya menggulingkan matanya sebelum keluar dari bilikku.
"Haera, I love you" kata-kata tu aku ungkapkan secara berbisik. Takut Haera dengar. Kantoilah nanti.
Dan akhirnya aku tertidur bersama perasaan yang aku tak suka.
TBC~

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...