Aku bersiap-siap untuk keluar di sekitar Beijing. Aku hanya mengenakan seluar jeans separas lutut dan tshirt berwarna hitam. Aku juga mengenakan topi pemberian Namjoon ketika dia bekerja di France. "Nice babe" aku memuji diriku sendiri.
Ketika aku keluar dari bilik, kebetulan Yoongi juga baru keluar dari biliknya. Biliknya betul-betul di depan bilikku. "Nak keluar jugak ke?" Getus hati kecilku.
Yoongi memandang aku dari atas sampai bawah. Eh mamat ni kenapa tengok aku macam tu? Dah lama hidup ke?
"Apasal tengok aku macam tu?" Yoongi masih lagi pandang aku atas bawah. Demam kot mamat ni. Aku cuba untuk berhusnuszon.
"Kau nak keluar dengan pakaian macam tu?" Aku memerhatikan pakaian aku. Ok lah ni. Seluar separas lutut, tshirt dengan cap. Apa yang salah?
"Macam jantan doe" Yoongi menggelakkan aku. Aku memandangnya dengan pandangan lawak-ke-wahai-syaiton-nirrojim?
Disebabkan aku malas nak layan mamat mulut puaka takde insurans tu, aku terus meninggalkan dia keseorangan di depan biliknya. Belum sempat aku hendak menekan butang lif, Yoongi terlebih dahulu menekankan butang tersebut.
"Makan dengan aku. Aku bosan makan sorang-sorang. Jangan risau, lepas kita makan je, aku balik" Yoongi masih lagi berada di depan lif.
"Ee dehell sia nak makan dengan kau. Taknak" aku menolak pelawaannya untuk makan bersama. Kang tak pasal-pasal dia ajak aku buat benda pelik-pelik kan naya tu.
Pintu lif terbuka. Aku hendak masuk tapi ditahan oleh Yoongi. Aku terasa macam nak tumbuk muka si Yoongi ni tapi aku bertahan. Sabar tangan, belum masanya untuk kau beraksi.
"Kau nak apa syaiton?" Aku bertanya dengan nada yang acah-acah mesra.
"Makan dengan aku. Jangan risau, aku belanja" Yoongi masih lagi dengan muka swagnya. Eyy mamat ni kang tak pasal-pasal kau makan kat hospital.
Nak taknak aku terpaksa ikut si Yoongi ni pergi makan. Actually aku ikut sebab first, aku taktau nak makan kat mana. Second, sebab dia cakap dia nak belanja. Okaylah disebabkan aku ni pon kedekut, so aku pun ikutlah mamat ni pergi makan.
Kami makan di sebuah restoran yang agak terkenal dengan hidangan itik sweet sour. Aku pelik dengan Yoongi ni. Asal dia ajak aku makan kat restoran itik ni? Dia kan tau aku tak makan itik. Aku geli.
"Motif ajak aku makan kat restoran itik? Kau tau kan aku tak makan itik?" Aku menyoalnya dengan gaya detective yang tak berapa nak detective. Aku yakin dia memang sengaja pilih tempat ni sebab dia tahu aku tak makan itik.
"Hei cik adik, otak tu tolong jangan sempit sangat eh. Kat restoran ni ada banyak menu. Kau pilih jelah. Kau ingat restoran ni jual itik je ke?" Zzup. Wow kalau hari-hari macam ni boleh mati aku sebab hati asyik tergarit dengan jawapan dia yang pedas tu.
Waitress pon datang ke arah kami. Mak bapak kau hijau. Seksi gila waitress ni . Patutlah Yoongi ajak makan kat sini. Sambil menyelam makan rumpai laut rupanya. Selesai sahaja kami memesan makanan dia pon beredar. Namun, dia sempat mengenyit mata kepadaku. Woi aku perempuan oi!
"Kau ni tak berubah kan, Haera?" Yoongi memecahkan tembok China Selatan yang aku cuba bina dengan soalannya.
"Huh? Maksud kau? Takkanlah aku nak buat plastic surgery panjangkan hidung pulak" kataku sinis.
"Tak. Bukan tu maksud aku. Maksud aku perangai kau dengan penampilan kau. Tak berubah langsung. Still macam jantan. Ke memang jantan? Aku tengok pon leper je" Yoongi mengusikku. Tanganku dah mengepal penumbuk.
"Yah Min Yoongi! Mulut tu jaga sikit ea. Jangan sampai kaki aku ni landing kat muka kau" aku mengugutnya. Memang kejap lagi kaki aku landing kat muka hodoh kau tu pakcik tua tak guna.
"Ehh chill bro. Tak elok marah-marah. Nanti mati cepat" dia masih menggelakkan aku. Apa yang lawak pon aku taktau.
Aku menggulingkan bebola mataku tanda malas nak layan. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan pon tiba. Waitress tadi menghantar makananku dan.. apa ni? Phone number. Sejak saat tu aku suspect perempuan ni homoseksual.
Disebabkan perut aku ni dah lama menghasilkan bunyi-bunyian yang agak puaka, maka aku pon makan dengan lajunya. Aku dah tak peduli dah pasal Yoongi mulut takde insurans ni. Yang penting perut aku terisi.
Yoongi hanya memandangku jelik. "Euww makan macam dah setahun tak jumpa makanan" perlinya. Eh lantak nenek moyang aku lah nak makan macam mana pon. Tak kacau kau pon syaiton.
Sesudah kami menghabiskan makanan, tiba-tiba aku tersendawa kuat. Kuat gila wei sampai semua orang kat restoran memandang kami. Aku hanya mampu tersenyum seperti kerang busuk manakala Yoongi menutup mukanya menggunakan buku menu akibat terlalu malu dengan perlakuanku.
Selesai sahaja Yoongi membuat pembayaran, kami pon pulang ke sarang. Aku bersyukur sebab Yoongi si mulut puaka ni tak cakap apa-apa masa kat dalam kereta. Kalau tak, boleh terbabas kereta tu bila kami bergaduh.
Setibanya kami di depan bilik masing-masing, "Yoongi. Gomawo and mianhae"
"Untuk?" Yoongi bertanya kepadaku. Eyy mamat ni buat-buat taktau ke memang taktau?
"Belanja makan and pasal kat restoran tu"
"Em" dia membalas sepatah sebelum masuk ke bilik dan menutup pintu biliknya. Okay mamat ni memang takde perasaan. Sila meninggal.
Aku masuk ke bilik dan meneruskan aktiviti membuat tahi mata setelah kenyang makan dua mangkuk mi rempah khas Beijing.
Goodnight world dan aku terus mematikan lampu bilik.
TBC~
YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...