Bab 25

55 7 6
                                    

Taehyung POV

Aku melirik ke arah jam. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi tetapi masih belum ada tanda-tanda yang Haera akan keluar dari bilik. Aku mulai risau. Tadi masa sarapan pun muka dia pucat dan dia tidak berselera macam selalu. Dia sakit ke?

"Brtt brtt" iPhoneku bervibrate. Mungkin jodoh menghantar mesej. Lol.

You got new a new message from Namjoon Hyung

"Hyung balik lambat harini. Kamu dengan Haera duduk elok elok kat rumah. Jangan sampai terbakar rumah hyung korang kerjakan"

Aku tergelak membaca pesanan Namjoon. Macam tahu-tahu je aku dan Haera ada plan nak bakar rumah ni.

Fyi, Namjoon pergi dating dengan awek dia. Siapa nama awek dia? Na yeon ? Dae Yeon? Lantaklah apa-apa Yeon pun. Itu bukan hal aku. Katanya lewat malam nanti baru balik.

Aku kembali teringat akan niat asalku. Lantas, aku mendaki anak tangga menuju ke bilik Haera. Setibanya di depan pintu bilim Haera, aku teragak-agak hendak mengetuk pintu. Takut Haera tak bangun lagi. Dia paling pantang kalau ada makhluk berani kacau dia tidur.

"Knock knock" akhirnya aku berjaya mengumpul keberanian untuk mengetuk pintu hati eh salah, pintu bilik Haera.

"Masuklah. Pintu tak kunci" kedengaran jawapan dari bilik Haera.

Dengan perasaan yang gembira, aku membuka pintu bilik tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan bilik yang tak serupa bilik itu. Paling menakutkan, pakaian kotor Haera termasuklah pakaian dalamnya diletakkan di merata tempat.

"Euwww pengotornya kau ni wahai perempuan. Patutlah Namjoon hyung selalu membebel kat kau" giliran aku pula membebel dekat Haera.

Haera hanya memandang aku dengan pandangan yang kosong. Dia masih enak berselubung di dalam selimut tebalnya. Anak dara apakah ini?

"Weii bangunlah. Aku lapar ni. Masakkanlah makanan untuk aku" aku membuat muka comel yang sebenarnya tak comel mana pun.

"Masaklah sendiri. Aku pening kepala ni" lemah Haera menjawab.

Mendengar jawapan yang diberikan Haera, tangan aku dengan automatik mendarat di atas dahinya. Ternyata Haera diserang demam panas.

"Panasnya badan kau. Kau demam ni. Jom kita pergi ke klinik" kata aku risau. Mestilah risau beb. Orang kesayangan sakit sape je tak risau.

Haera menggeleng. "Taknaklah. Aku demam sikit je. Kejap lagi baiklah demam aku ni" Haera menolak ajakkan aku.

Bukan aku tak kenal Haera ni. Dia paling takut nak jumpa doktor. Katanya doktor di klinik akan mencucuk punggungnya. Pernah sekali dia bergusti dengan Namjoon gara-gara Namjoon hendak mengajaknya ke klinik. Akhirnya Namjoon yang dimasukkan ke hospital akibat patah tangan kanan disebabkan oleh perbuatan Haera.

Mengimbas kembali peristiwa tersebut membuatkan aku merasa gerun untuk memaksa Haera untuk pergi ke klinik. Kang tak pasal-pasal aku pulak yang kena warded.

"Kalau kau taknak takpelah. Tapi kau janji yang kau kena makan ubat" aku membuat pinky promise dengan Haera. Haera tergelak kecil dengan perbuatan aku. Heh comel bukan?

Haera mengangguk dan menyambung kembali sesi membuat tahi mata.

Aku keluar dari bilik tersebut. Patutkah aku memberitahu Namjoon bahawa Haera telah diserang demam panas? Rasanya tak perlu kot aku mengacau love birds dating. Biarkan mereka bergembira dengan dunia percintaan mereka.

Aku membuat keputusan ke dapur untuk membuat bubur. Aku mengeluarkan beras dan mencuci beras tersebut. Kemudian aku taktau nak buat apa.

"Apa yang aku kena buat lepasni?" Aku mengurut-ngurut daguku yang runcing. Eh yeke runcing?

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk search google cara cara nak masak bubur. Gais, aku mana reti masak. Setakat masak ramen, masak air tu aku retilah. Selama ni umi dan walid aku yang masakkan untuk aku. Tak pun aku pergi beli kat kedai. Ciri-ciri anak derhaka.

"First, basuh beras. Ok yang tu dah. Second, masukkan air. Pastikan air lebih banyak dari beras" aku membaca langkah langkah tersebut dengan teliti.

Akhirnya selepas berjam-jam berhempas pulas membanting tulang, siap jugak bubur ni. Tiba-tiba aku rasa bangga dengan pencapaian yang tak seberapa ini. Look umi, I can cook by myself.

Dengan berhati-hati, aku mencedukkan bubur tersebut ke dalam mangkuk warna pink milik Seokjin Hyung. Seokjin Hyung, pinjam mangkuk okay?

Langkah kakiku diteruskan menuju ke bilik Haera. Haera my baby, wait for me okay? Dan akhirnya aku masuk ke bilik Haera.

"Haera, bangun. Ni aku ada masakkan bubur untuk kau. Special sebab aku yang buat" aku tersenyum bangga sambil menayangkan bubur tersebut.

Haera memandang aku dengan muka serieslah-kau-yang-masak. Dia kemudiannya mengambil sesudu bubur tersebut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Uhuk uhuk" Haera tersedak akibat menelan bubur yang panas tanpa meniupnya terlebih dahulu.

"Heyy, slowly lah. Kan dah tersedak" aku menepuk nepuk belakang Haera perlahan.

"Aku lapar sangat. Sebabtu terlupa nak tiup. Btw bubur kau sedap. Pandai kau masak" puji Haera.

Maka, secara automatiknya, punggung aku terasa mengembang dan hidung aku kembang kempis tanda bangga. Tak sia sia aku serach google cara cara nak masak bubur.

"Kau makanlah dulu. Aku nak kemaskan bilim kau ni. Dah macam kandang babi dah aku tengok" kataku seraya bangun dari katil. Bilik ni kalau tak kemas, silap hari bulan babi pun boleh stay sini.

Haera hanya mengangguk. Dia hanya fokus dengan bubur yang aku masak.

Aku mengutip pakaian kotornya termasuklah dengan pakaian dalamnya sekali. Luls ini rezeki. Omg byuntae Taehyung.

Selesai sahaja akj mengemas bilik tersebut, aku dapati Haera sudah lena dibuai mimpi. Aku segera mendekati Haera. Mataku tidak lepas dari memerhati dan menilik setiap sudut wajahnya. Cantik.

Perlahan-lahan wajahku didekatkan ke wajah milim Haera. Aku mencium dahi seluas padang golf milik Haera. Again, this is we call as rezeki.

CHUPP

Tiba-tiba terasa seperti seseorang mencium pipiku.

"Gomawo" kata Haera perlahan.

Aku terkaku. Dia cium aku?

Haera mencium aku di dahi pula. "Ini sebab jaga aku"

"Dan ini sebab kemas bilik aku" dia mencium pipiku pula.

Mukaku mula membahang. Aku bermimpi ke? Aku menampar perlahan pipiku. Sakit. Tak, aku tak bermimpi. Weii Haera cium aku. Bahagia tak kepalang.

"Gomawo sebab selalu ada dengan aku tak kira susah atau senang. I love you so strong Taehyung Kim" ucap Haera perlahan.

Aku freeze. "It's okay. I love you too" kataku seraya berlalu pergi.

Di luar bilik, aku sudah terloncat loncat keriangan. She said she loves me. Yuhuuu. Dan hari itu, aku dapat membuat kerja dengan penuh semangat.


TBC~




Pilot In LoveWhere stories live. Discover now