Bab 4

74 11 0
                                    

Aku berjalan di sekitar airport. Aku berjalan sebab nak cari Yoongi, bukan sebab nak bersiar-siar. Aku cari Yoongi sebab aku nak tau alamat hotel tempat aku menginap sepanjang dua hari ni.

"Mana Yoongi ni?" Getus hatiku. Aku mulai risau. Dahlah aku takde phone number dia. Mana pulak orang tua ni? Aku mengambil telefon bimbitku. Aku segera menelefon Namjoon.

"Oppa! Yoongi orang tua tu tak guna! Dia tinggalkan Haera" aku hampir menangis ketika menelefon Namjoon.

Namjoon terkejut dengan apa yang didengarinya. "Mwo?! Yoongi hyung tinggalkan Haera? Are you sure? Dah cari kat semua tempat belum?" Tanya Namjoon kepadaku.

"Dah. Tapi tak jumpa. Eyy tak guna lah orang tua tu" aku memarahi Yoongi kerana meninggalkan aku sendirian di airport.

"Oppa cepat call Yoongi. Haera dah penat ni" kataku dengan suara yang lemah akibat kepenatan.

"Ha yelah. Stay situ. Oppa call Yoongi hyung kejap" Namjoon segera mematikan talian.

Aku duduk di sebuah restoran di airport. Perutku berkeroncong hebat. "Fuyoo perut, kau boleh tahan jugak eh. Berbunyi lagu BTS pulak" gumamku.

Aku pergi ke kaunter untuk memesan makanan. Mataku ralit memandang menu di papan menu. "One bowl of chicken soup and rice. For water, I want watermelon juice without sugar please. Thats all" aku membayar harga makananku.

Sementara menunggu makanan sampai, aku sempat bermain dengan telefon bimbitku. Tiba-tiba ada chat masuk dari aplikasi line.

Aku melihat nama yang tertera di skrin. Mark? Mana dapat id aku ni? Aku kebingungan. Aku baru saja hendak membalas chatnya tetapi makanan sudah sampai. Baunya betul-betul menggoda keimanan aku.

"Aishh makanan lagi penting dari Mark" aku pon memulakan misi makan-makan dengan lahapnya. Aku memang betul-betul terlupa pasal Mark. Sedang aku makan dengan lahapnya tiba-tiba ada seorang muncul di hadapanku.

Y..yoongi? Dia merenungku dengan tajam. "Apa kena dengan mamat ni pandang aku tak puas hati ni?" Aku terkebil-kebil melihatnya.

"Kau makan memang takde adab ea?" Soalan Yoongi itu membuatkan hati aku panas. Dah kenapa mamat ni datang-datang nak hina aku? Aku bangun dari kerusi.

"Kau kenapa datang-datang pandang aku tak puas hati, lepastu nak sound aku? Kau tu yang takde adab!" Aku menengking Yoongi. Aku memang tak boleh sabar dengan orang takde tamadun ni.

Yoongi mengetap giginya akibat malu diperlakukan sebegitu rupa. "Kau yang takde adab! Kau tau aku siapa? Aku Min Yoongilah! Aku 3 tahun lagi tua dari kau. So kau kena respect aku" Yoongi dengan angkuhnya menghamburkan kata-kata kepada Haera.

Haera hanya menggulingkan matanya tanda malas-nak-layan-kau-bitch. "Eloklah tu. Sedar diri tu tua. Kejap lagi nak mati" aku membalas kata-katanya dengan tajam.

Muka Yoongi merah menahan marah. Ni dah melampau! "Heyy dwaeji, mulut kau tu memang takde insurans eh?" Yoongi membalas kembali kata-kataku.

Dwaeji dia panggil aku? Dia tak sedar ke yang dia tu spesies anjing terbiar? "Kaulah dwaeji. Dahlah nak mati cepat" aku berkata sebelum menyepak kaki Yoongi. Selepas itu aku keluar dari restoran.

Tiba-tiba aku rasa ada seseorang memegang bahu aku. Siapakah? Aku memalingkan mukaku dan aku terkejut. Muka Yoongi betul-betul seinci dari muka aku. Aku dapat merasakan nafasnya dan nafsku bersatu.(ayat keling apa ni?)

Aku segera menjarakkan diri daripada Yoongi. Dia tersenyum sinis sambil memandangku. Aku hairan melihat perlakuannya.

"Kau nak tinggalkan aku, tapi kau lupa yang aku ada alamat hotel tempat kita menginap" dia tersenyum jahat sebelum berjalan terhincut-hincut meninggalkan aku bersendirian.

"Yah Min Yoongi, tunggu aku!" Aku berjalan dengan pantas untuk mengejar Yoongi. Tiba-tiba aku terlanggar bendul menyebabkan aku jatuh tersungkur. Adehh malunya 😣.

"Mana datang bendul durjana kat tengah-tengah airport ni?" Bebelku sendirian. Aku dengar Yoongi menggelakkan aku. Eyy tak guna punya Yoongi. Kau tunggu kau kejap lagi.

"Tulah lain kali mulut tu takde adab lagi. Kan dah jatuh" Yoongi masih menggelakkan aku sampai mengalirkan air mata. Lawak sangat ke aku jatuh?

"Sini aku tolong" Yoongi menghulurkan tangannya tanda ingin menolong aku. Aku hanya memandang tangannya kosong. "Tak nak aku pegang tangan kau,syaiton" kata hati kecilku.

"Takpe aku boleh bangun sendiri. Kaki aku bukan patah pon" aku bangun dengan megahnya. Ecehh. Akhirnya kami berjalan beriringan menuju ke hotel. Sorang terhincut-hincut, sorang lagi jalan terseret-seret. Ntah apa-apa je dua makhluk ni.

__________________ SKIP____________________

Aku telah selesai membersihkan diri. Aku terus merebahkan diri ke katil. Seluruh badanku sengal-sengal. Maybe sebab tadi jatuh.

Tiba-tiba aku teringat akan Mark yang menghantar chat kepadaku tadi. "Mark!" Aku terjerit kecil apabila teringat untuk membalas chat Mark.

Mark
Awak okey?

Kenapa tak reply chat ni?

Awak kat mana?

Awak sah sampai hotel belum?

Uish banyaknya chat kau hantar. Ni betul-betul risau ni. Aku segera me'reply' chatnya.

Me
Okay.

Tadi off phone.

Dah kat hotel dah.

Mark
Ok. Saya risau tadi.
Oklah nak tidur.
Jaljayo 😘

Me
Jalja

Aku mematikan telefon. Sweetnya Mark ni. Siap letak emoji lagi. Malam tu, aku tidur dengan lenanya.


TBC~



                                              

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now