Bab 14

52 8 0
                                    

"Kau cantik-cantik ni nak pergi mana?" Taehyung menyoalku pelik.

"Nak pergi dating. Kau nak ikut ke?" Aku mempelawa Taehyung. Ajak-ajak ayam je sebenarnya. Takkan aku nak bawak si alien ni jumpa Mark kot.

"Taknaklah. Aku tak suka kacau orang dating. Baik aku duduk rumah, lagi best. Bole tengok tv" kata Taehyung lagi.

Aku meng'roll'kan mataku. Puihh duduk rumah je keje. Patutlah tak maju dari dulu sampai sekarang.

"Tak bosan ke duduk rumah je? Bila nak maju oi? Kau ingat kalau duduk rumah, jodoh boleh datang dari langit ke? Bebelku. Ntah kenapa asyik nak membebel je aku ni.

Taehyung mengendahkan aku. Dia berlalu dan menuju ke depan tv. Huh kau dengan tv kau bole sila meninggal. Eh tak. Kau je sila meninggal. Tv aku jangan. Namjoon kedekut, dia takkan beli tv lagi pasni.

"Woi Haera ni ada mamat mana ntah cari kau!" Laung Taehyung dari ruang tamu. Eishh tak bole ke panggil aku elok-elok? Kejap. Ada mamat cari aku? Ntah-ntah Mark.

Dengan pantas aku menyudahkan solekan ku. First time aku pakai make up. Nak keluar dengan Mark punya pasal. First time jugak aku pakai dress separas lutut. Pft aku dah gila agaknya.

Aku keluar dari bilik dan aku nampak Mark dan Taehyung tengah tengok Shin Chan. Seriuslah diorang tengok Shin Chan. Tak matang langsung.

"Ehem" aku berdehem. Mark dan Taehyung memandang aku dengan serentak. Taehyung memandang aku tidak berkelip. Maybe sebab first time nampak aku feminin.

"Kau siapa?" Taehyung mengeluarkan soalan bodohnya.

"Aku Kim Hae Ra lah" jawabku.

"Haera yang aku kenal tak macam ni. Haera yang aku kenal lelaki jadian. Yang depan aku ni awek" Kata Taehyung. Matanya masih tak berkelip memandang aku.

"Dah dah. Aku malas nak layan kau dengan soalan kau tu. Aku nak keluar. Adios" aku menarik lengan Mark menjauhi Taehyung. Kang kalau lama-lama Mark kat sini habis tersebar virus alien Taehyung kat Mark.

"Jangan lupa kunci pintu. Kat sini ramai penculik. Kang tak pasal-pasal dia culik kau" pesan aku kepada Taehyung.

"Yelah. Aku bukan budak kecik lagi" Taehyung berkata dalam nada menyampah.

_________________ SKIP_____________________

Suasana dalam kereta Mark senyap. Hanya bunyi radio yang menemani. Kenapa aku rasa atmosfera kat sini awkward?

"Erm Mark, awak nak ajak saya pergi mana sebenarnya?" Aku cuba untuk memecahkan suasana awkward ni.

"Nak ajak awak pergi ke hati saya" Mark berpickupline. Alamak Haera janganlah cair lagi. Ni baru sikit. Beku balik beku.

"Awak, hati awak kecik je. Saya ni besar. Manalah muat nak pergi kat hati awak" aku cuba berlagak normal. Tapi sebenarnya aku dah cukup cair dah.

"Takdelah. Saya gurau je. Saya nak ajak awak pergi tengok movie lepastu kita pergi makan kat restoran favourite saya" kata Mark.

Aku mengangguk tanda faham. Ajak tengok movie ngan makan je. Sia-sia je aku pakai cantik-cantik. Ingatkan nak pergi taman ke apa.

"Awak okey tak? Senyap je. Ke tak suka keluar dengan saya?" Tanya Mark.

"Eh takdelah. Saya okeylah. Jaranglah saya tak suka awak--" aku terlepas cakap.

Aku segera menekup mulutku. Alamak mulut, kenapa boleh terlepas ni? Mukaku sudah memerah.

"Jaranglah awak apa? Maaf saya tak dengar tadi" kata Mark.

"Saya cakap, jaranglah saya tak suka keluar" aku meng'cover' kecabulan mulutku tadi.

"Ouh. Baguslah. Saya risau je awak tak suka keluar dengan saya. Maklumlah kita kan baru kenal" ujar Mark.

"Mana ada. Saya tak kisahlah baru kenal ke apa. Asalkan takde niat jahat, saya okey" ujarku ringkas.

Aku dan Mark saling bertukar cerita sehingga tidak sedar bahawa kami telah sampai si tempat yang dimaksudkan.

___________________ SKIP ___________________

Aku dan Mark berjalan beriringan keluar daripada wayang seperti sepasang kekasih.

"Best kan movie tadi?" Mark bertanya kepadaku.

Aku yang sedang berangan tersentak dengan pertanyaan Mark.

"A.. a'ah. Best. Tapi kesian perempuan tu. Dia minat dekat lelaki tu, tapi lelaki tu gay" kataku.

"Jom. Kita pergi makan. Saya lapar sangat ni" kata Mark sambil menarik tanganku.

Eh dia pegang tangan aku lah. Apahal tetiba jantung aku berdegup kencang ni? Kenapa aku rasa aku blushing ? Apa yang kau rasa ni Haera?

Aku berjalan beriringan dengan Mark. Mark masih memegang tanganku erat. Aku perasan ramai yang berbisik pasal kami.

"Emm awak?" Aku memanggil Mark.

"Kenapa?" Soal Mark.

Aku menunjukkan tangannya yang memegang erat tanganku.

"Oh I'm sorry. Tak perasan" kata Mark dan melepaskan pegangan tangannya dariku.

Kenapa aku rasa broken eh lepas Mark lepaskan pegangan tangan dia? Okay abaikan.

_________________ SKIP ____________________

Telefon Mark berdering ketika dia sedang membayar harga makanan kami.

"Alamak. Nak jawab ke tak? Jawab je lah" kata hati kecilku.

"Hello? Apa? Okay saya inform kat dia nanti" panggilan dimatikan. Aku segera mendapatkan Mark yang berada di kaunter.

Mark pelik melihat mukaku seperti dalam keadaan risau yang teramat.

"Awak kenapa?" Tanya Mark prihatin.

"Appa awak. Dia accident. Tadi omma awak call" kata aku.

Mark terkejut dengan berita yang disampaikan. Air mukanya terus berubah menjadi risau.

"Saya kena ke hospital sekarang. Tapi sebelum tu saya kena hantar awak balik dulu" kata Mark.

"Takpe. Saya boleh balik sendiri. Appa awak lagi penting" aku menolak pelawaannya untuk menghantar aku pulang.

"Tapi awak pergi dengan saya. Awak merupakan tanggungjawab saya. Jadi saya kena hantar awak balik" Mark masih berdegil untuk menghantarku pulang.

Alahai Mark. Time-time genting macam ni pun bole fikir pasal aku ke? Ni yang cair ni.

"Mark. Listen. Your family need you right now more than me. I'm okay. I can take taxi or bus. You just go to the hospital now. Nae?" Aku memujuknya.

Mark mengangguk tapi mukanya masih mempamerkan  perasaan bersalah yang teramat.

"Okay, saya akan ke hospital sekarang. Tapi pastikan awak call saya bila dah sampai rumah." Kata Mark.

"Ye. Awak tu drive leklok. Jangan tergopoh-gapah sangat" aku sempat memberikan pesanan.

Mark mengangguk sebelum keluar dari restoran. Keretanya meluncur laju membelah jalan raya.

"Semoga ayah awak tak apa-apa Mark" aku berdoa di dalam hati.

Tiba-tiba bas menuju ke rumahku sampai. Aku terus berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan semata-mata tidak mahu terlepas bas. Tanpa aku sedar, sebuah kereta Porche sedang meluncur laju ke arahku. Akibat terlalu panik, aku freeze di tengah-tengah jalan raya.

Aku memejamkan mata. Wait. Kenapa aku rasa tak macam kena langgar ni? Aku membuka sedikit mataku. Okey aku tak kena langgar. I'm still alive yeah!

Tiba-tiba aku terdengar seperti ada suara yang memarahiku. Tapi kenapa aku rasa macam kenal je suara tu. Tu bukan ke suara..

Min Yoongi.

Aku memandangnya. Betullah Yoongi, tapi kenapa dia macam terkejut je?

TBC~

Author note

I kena kecam sebab bab 13. Lol abaikan

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now