Bab 26

57 6 2
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku sakit tidak terkata. Aku menelan air liur. Sakit, rasa macam tekak aku ni berpasir.

Rasa sakit itu bertambah apabila aku bangkit dari pembaringan. Rasa nak terkencing. Almaklumlah dari pagi tadi tak membuang air makanya pundi kencing aku ni dah penuh sangat.

Kepalaku seakan berpusing namun aku gagahkan diri untuk ke tandas. Takkan nak kencing atas katil kot. Nasib baik jarak antara bilik aku dengan toilet ni tak jauh. Beberapa langkah cuma. Aku keluar dari bilik dan mendapati Taehyung sudah terbongkang di sofa. Kesian dia kepenatan akibat seharian menjaga aku.

Selesai membuang hajat, aku berura-ura hendak mencari makanan di dapur. Perutku sudah mengeluarkan bunyi-bunyi yang membingitkan telinga.

Baru sahaja hendak melangkah keluar, kepalaku terasa berdenyut-denyut. Mataku kabur dan aku tak dapat menstabilkan diri.

"Taehyung, tolong aku--" aku sempat memanggil Taehyung sebelum pandanganku menjadi gelap.

Taehyung POV

Aku terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh. Ada pencuri nak masuk ke? Tak mungkin. Rumah ni takde barangan berharga.

"Seolma.."

Dengan pantas, aku meluru ke bilik Haera. Kosong! Tiada penghuni.

"Mana budak ni pergi?" Getus hati kecilku. Aku sudah dapat merasakan sesuatu yang tak baik telah berlaku dekat Haera.

Tuhan, tolonglah jangan. Aku mencari Haera di setiap pelosok rumah malangnya tiada langsung kelibatnya. Ada satu tempat je aku tak cari. Ya, tandas.

Aku mengetuk pintu tandas. Senyap, tiada sahutan. Tak mungkin dia tertidur sambil berak. Impossible. Maybe dia..

Namjoon hyung, maaf sebab tak jaga rumah dengan elok. Tae janji nanti bila Tae dapat gaji, Tae ganti balik pintu tandas rumah hyung ni. Dan akhirnya aku merempuh pintu bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekujur tubuh terlantar di lantai bilik air. "Yah Kim Haera!" Aku menampar perlahan pipi Haera namun tiada respon yang diberikan.

Aku meletakkan tangan di dahi Haera. Oh my god badan dia panas gila. Aku kena bawak dia pergi hospital. Badan Haera ku cempung ala ala bridal style dan membawanya ke kereta.

"Haera, bertahan" ucapku perlahan.

▪Hospital Besar Seoul▪

Haera dimasukkan ke bilik rawatan hospital tersebut. Janganlah ada apa-apa perkara serius terjadi kepadanya.

Nombor Namjoon ku dail. Namjoon harus mengetahui berita ini.

"Yeoboseyo" Namjoon menjawab panggilan.

"Hyung, Haera dimasukkan ke hospital akibat demam panas"

"Mwo?! Alright kamu hantar location kat hyung. Hyung ke sana sekarang" talian diputuskan.

Selepas menghantar location kepada Namjoon, doktor yang merawat Haera pun keluar. Aku segera mendapatkan doktor tersebut untuk mendapatkan keterangan.

"Macam mana dengan keadaan sepupu saya?" Aku bertanya kepada doktor muda tersebut.

Doktor muda tersebut tersenyum manis sebelum menjawab "dia okay. Dia demam panas je. Saya dah masukkan air, lepasni dia sedarlah. Cuma kepala dia ada sikit kesan benjol. Mungkin terhentak di permukaan yang keras." Terang doktor itu.

Park Deanna. Nama yang tertera dia tag namaya. Cantik namanya secantik orangnya. Sedari tadi, aku tidak lepas dari memandang muka doktor tersebut.

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now