Senyuman kegembiraan kuberikan kepada Namjoon apabila dia menyampaikan berita gembira bahawa aku boleh discharge petang ni. Rasa macam nak bergelek pulak bila Namjoon menyampaikan berita itu.
Gais, jangan salah faham. Aku bukan over reacted. Aku cuma terlebih gembira. Cakap dengan aku siapa je tak gembira bila boleh discharge dari tempat banyak hantu ni? Dahlah busuk, banyak hantu, makanan tak sedap. Seribu satu keburukan hospital aku senaraikan. Tak, aku tak benci hospital. Aku cuma tak suka hospital. Ada beza okay.
"Kamu kemas barang-barang kamu. Nanti petang Yoongi jemput kamu balik" Namjoon sudah bangun dari sofa menuju ke bilik air. Oh lupa nak cakap, dalam ward ni ada bilik air tapi kecik.
Senyumanku mati apabila nama Yoongi dibangkitkan. Yoongi? Kenapa dia pula nak jemput aku? Seribu satu persoalan bermain di benak fikiranku.
"Kenapa Yoongi pulak yang jemput Haera? Asal bukan oppa je yang hantar Haera balik?" Soalan itu aku tujukan kepada Namjoon yang baru sahaja keluar dari bilik air. Dia mengambil tuala kecil yang disediakan dan megelap mukanya yang basah.
Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Namjoon sibuk bermain dengan phonenya. Heh chat dengan makwe lah tu. Akibat geram dengan perbuatan Namjoon yang hanya mengabaikan soalan aku, maka aku pun mencampakkan bantal tepat ke kepala Namjoon.
"Oi apa ni main campak-campak bantal?" Namjoon memandang mukaku. Raut wajahnya jelas kelihatan tegang tanda menahan marah.
"Abistu Haera tanya oppa tak jawab. Haera campaklah bantal. Salah oppa, siapa suruh taknak jawab soalan Haera" aku menjelirkan lidah kepada Namjoon tanda bukan-salah-aku-bitch.
Namjoon mencampakkan semula bantal tersebut ke arahku sebelum duduk di birai katil.
"Oppa bukan taknak hantar kamu balik. Oppa memang nak hantar kamu balik tapi memandangkan oppa ada flight, so oppa tak boleh nak hantar kamu" terang Namjoon. Dari raut wajahnya, aku dapat agak yang dia sebenarnya rasa bersalah terhadapku.
"Taehyung? Takkan Taehyung tak boleh jemput Haera?" Agak pelik kerana Namjoon tidak menyuruh Taehyung untuk menghantarku pulang sebaliknya dia meminta pertolongan Yoongi.
"Taehyung outstation. Pagi tadi dia baru inform kat oppa" terang Namjoon. Lagi sekali, mukanya mempamerkan seribu sesalan.
"Kalau macam tu, Haera boleh naik teksi. Rumah kita bukan jauh pun dari hospital" aku mengutarakan cadanganku.
Mendengar sahaja cadangan tersebut, mata Namjoon merenung tajam ke arahku. Aku ada salah cakap ke?
"Kamu tu baru baik dari sakit. Jangan nak mengada-ngada nak naik teksi bagai. Kamu tunggu je sini hingga Yoongi sampai untuk jemput kamu balik" Balas Namjoon dan kemudiannya dia keluar dari wad ini.
Heyy nasib malang. Nampaknya kena hadap muka pakcik tu lagi.
_____________________ SKIP ___________________
Manusia yang bernama Yoongi muncul dibalik pintu yang dikuak sedikit olehnya. Tersembul kepalanya yang bulat dari celahan pintu tersebut.
"Masuk jelah. Yang kau intai-intai tu buat apa?" Aku yang perasan akan kehadirannya segera menyuruhnya masuk.
"Kenapa kau tak cakap yang kau warded?" Tanya Yoongi sejurus sahaja duduk di sofa yang disediakan.
Aku memandangnya dengan pandangan yang sinis. "Perlu ke? Kau bukan siapa-siapa bagi aku untuk aku beritahu pasal berita ni" ayat pedas kulemparkan kepadanya. Raut wajahnya berubah serta merta. Dia bangun mendekati aku.
"Bagi kau, aku bukan siapa-siapa. Tapi bagi aku, kau segalanya" tutur bicara Yoongi membuatkan aku terdiam tidak mampu berbicara.
Tak Haera. Kau tak boleh terpedaya dengan kata-kata manis buaya darat macam ni. Kau tak boleh terluka lagi.

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...