Dua hari berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar malam ni aku akan pulang ke Korea. Flightku pada pukul 8.00 malam nanti. Harap-haraplah tak jet-lag.
Pakaian di almari segera aku ambil. Aku ingin berkemas awal jadi nanti bolelahlah aku berehat sementara menunggu waktu petang.
Jam baru menunjukkan pukul 10.00 pagi. Masih awal lagi. Aku dijadualkan berada di airport pada pukul 6.00 petang.
Aku baru hendak melelapkan mata tiba-tiba telefonku bergetar. Siapa pulak yang call pagi-pagi ni ?
Aku segera menjawab panggilan apabila nama Mark tertera di skrin.
OTP Session
Mark : Hai Haera. Saya ganggu awak ke?
Haera: Mana ada ganggu. Lagipun saya tak
Tak buat apa-apa pun.Mark : Manatau saya ganggu awak tidur ke
Apa.Haera: Takdelah. Saya tak tidur lepas
Subuh okey. Btw apa mimpi call
Saya pagi-pagi ni?Mark : Saya nak ajak awak keluar jalan-
Jalan esok. Tu pun kalau awak sudi
LahHaera: esok ? Boleh-boleh lagipun esok
Saya free.Mark : boleh ? Yeayy. Ok saya nak cakap tu
Je. Bye Haera. MuahHaera: B..bye
End of OTP session
Talian dimatikan. Hatiku yang sedia berbunga-bunga menjadi semakin berbunga-bunga lebat apabila Mark mengajakku untuk keluar bersamanya esok.
Tapi kenapa tiba-tiba Mark ajak aku keluar pulak ni? Okay mari kita berhusnuszon. Maybe esok dia bosan sebabtu nak ajak aku keluar. Ee apa-apalah aku nak tidur.
___________________ SKIP ___________________
Aku tersedar daripada tidur apabila aku terdengar loceng bilikku dibunyikan.
Aku menekup telingaku menggunakan bantal, namun sia-sia kerana bunyi loceng yang membingitkan itu masih dapat aku dengari.
What the fish sia siapa yang kacau lenaku ini. Dengan mamai, aku gagahkan diri untuk membuka pintu. Tapi kenapa aku rasa pintu ni macam jauh sangat je?
Akhirnya aku sampai jugak dekat pintu. Aku menguakkan sedikit pintu bilikku. Tiada sesiapa. Aku membuka pintu bilikku dan melihat sekeliling. Kosong.
Aku menutup kembali pintu bilikku tetapi terasa seperti ditahan oleh sesuatu. Tak maksud aku seseorang sebab aku nampak tangan.
Dayaku tidak mampu untuk melawan daya si penolak pintu ni. Akhirnya aku mengalah dan membiarkan pintu dibuka olehnya.
Alangkah terkejutnya aku bila makhluk depan aku ni merupakan manusia yang aku tak nak jumpa langsung. Siapa lagi kalau bukan Park Jimin.
"Kau nak apa? Mana kau tau aku duduk kat hotel ni?" Aku bertanya dengan nada yang kasar. Kalau dengan Jimin ni tak payah nak berlemah lembut.
Jimin tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya dia memegang tanganku yang kebetulannya sedang memegang pintu.
"Let me go! Baik kau cakap kau nak apa sebelum aku menjerit" aku menarik tanganku kasar. Tak sanggup nak bagi si Jimin ni pegang tangan suci aku ni.
"Saya datang cuma nak minta maaf atas semua kesalahan yang saya dah pernah buat kat awak" matanya memandang wajahku sayu.
Heh kau ingat aku termakan lah dengan muka seposen kau tu. Hell no okay.
"Lepas kau tinggalkan aku macam tu, kau ingat aku senang-senang nak maafkan kau? Kau ingat dengan maaf luka kat hati aku ni boleh sembuh ke?!" Aku mengherdiknya.
Jimin menundukkan wajahnya. Mungkin rasa bersalah.
"Saya tahu saya salah. Saya tahu saya tak patut tinggalkan awak macam tu je. Saya mengaku yang saya memang teruk tapi tolong bagi saya satu peluang untuk betulkan balik keadaan" ujar Jimin.
Kata-kata Jimin membuatkan hati aku semakin panas. Kau ingat semuanya semudah ABC 123 ke?
"Kau nak apa sebenarnya. Cuba kau cakap betul-betul. Aku tak fahamlah" aku menggaru-garuku kepalaku yang tidak gatal.
"Kita getback. Kita lupakan semua kisah pahit yang pernah kita lalui. Kita ganti kisah pahit kita dengan kisah manis yang akan kita lalui" mata Jimin sudah bertukar menjadi bersinar-sinar yang teramat apabila dia menyatakan hasrat sebenarnya kepadaku.
Wow what the hell. Adakah aku sudah tersalah dengar? Haera dah berapa abad kau tak korek telinga?
"Kau buat lawak hambar ke macam mana ni? Ewah ewah senangnya nak getback. Kau ingat hati aku ni bola ke? Sesuka hati kau je nak ajak getback. Getback kepala timun kau!" Aku menutup kembali pintu dengan kasar.
Aku tidak dapat mengawal lagi air mata daripada terus jatuh. Akhirnya aku menangis semahu-mahunya.
"Ke..kenapa kau mesti muncul balik Jimin? Kenapa kau nak muncul lepas aku dah lupakan kau?" Marahku dalam tangisan yang masih tersisa.
Aku mengambil gambar yang masih tersimpan di purseku. Gambar aku dan Jimin yang sangat mesra. Jimin memelukku sambil mengucup dahiku.
"Setahun aku cuba belajar untuk lupakan kau tapi kenapa kau mesti muncul lagi?" Tangisku masih bersisa.
Tiba-tiba mataku tertancap kukuh pada gambar perkahwinan aku dan Yoongi. Perkahwinan yang dipaksa tanpa sedikit pun rasa suka mahupun cinta. Senyuman yang aku berikan kepada Yoongi sangat fake.
Akhirnya aku tertidur bertemankan gambar aku bersama bekas suamiku dan bekas kekasihku.
Jimin POV
"Takpe. Sekarang kau boleh reject aku Haera. Tapi kau tengoklah suatu hari nanti. Kau akan datang melutut kat aku mintak getback. Kau tengoklah nanti"
Aku berjalan di koridor menuju ke lif. Mataku tertancap pada figura manusia yang pernah aku lihat bersama Haera.
Dengan pantas aku mengekori mamat tersebut. Manatau dia nak pergi jumpa awek ke.
Dia turun ke lobi dengan menggunakan lif manakala aku hanya menggunakan tangga. Tak nak diketahui okey.
Setibanya di lobi, mamat tersebut menuju ke sesebuah tempat yang dipanggil tandas.
"Aik? Tandas? Bilik dia takde tandas ke" getusku.
Aku baru hendak melangkah masuk tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.
"Kenapa kau ikut aku?" Pertanyaannya membuatkan aku meneguk air liur.
"Aku--" jawapanku dipintas olehnya. Hello aku nak cakap jugak okey.
"Jangan ganggu Haera lagi. Dia tak suka kau. Ni amaran terakhir aku" katanya sebelum pergi meninggalkan aku sendirian di tandas.
Aku mengepal penumbukku. Aku melihat lelaki tersebut sehingga hilang dari pandangan. Ikutkan hati, aku nak je tumbuk muka dia tetapi aku tak nak melakukan sesuatu perkara yang bakal menyusahkan diriku sendiri.
"Kau siapa nak halang aku? Kau takde apa-apa hak pun kat atas Haera" gumamku.
Aku segera keluar dari hotel tersebut dan menuju ke hotel penginapanku.
TBC~

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...