Bab 2

86 11 2
                                    

Haera POV

Mark memandang aku dengan pelik. "Awak okey? Kenapa tergeleng-geleng je dari tadi?" Pertanyaan Mark membuatkan aku tersedar dari duniaku.

"Saya okey. Saya geleng kepala sebab masih tak percaya saya dah melapor diri sebagai seorang pilot" aku mengelentong si Mark ni. Nasib baiklah mamat ni tak tanya macam-macam.

"Awak bertugas dengan siapa?" Aku meringankan mulut untuk bertanya kepada Mark.

"Kim Namjoon sunbaenim" jawabnya ringkas. Aku sudah menepuk dahi. Kenapa bukan aku yang dapat oppa? Kenapa aku mesti dengan orang lain? Aku mengeluh sendirian.

Kami menghentikan perbualan apabila ketua kami, Kim Junmyeon membuat pengumuman tentang kedatangan sunbae kami. Aku nampak oppa, dua orang yang tidak dikenali dan...jap kenapa aku macam kenal yang pendek tu? Tu kan Min Yoongi.

Mereka mengenalkan diri kepada kami. Aku masih terkejut dengan kejadian ni. Ok kali ni memang tak boleh husnuszon dah. Memang mamat depan aku ni Min Yoongi. Min Yoongi memberikan sebuah senyuman kepada aku. Aku segera melarikan pandangan aku ke tempat lain pura-pura tak perasan.

"Abislah aku kali ni 😭. Kenapa dia jadi partner aku ni?" Aku hanya mampu menangis dalam hati.

Yoongi POV

Aku mengemaskan penampilanku. Harini aku bakal bekerja dengan partner baruku. "Harap-haraplah partner aku ni okey" aku berdoa di dalam hati.

Jung Hoseok muncul dari pintu membuatkan aku terkejut. "Hyung cepat. Junmyeon sunbaenim dah panggil kat pejabat dia" aku mengangguk dan segera menuju ke pejabat Ketua Unit.

Kelihatan Namjoon, Jungkook dan Hoseok telah bersedia di depan pejabat Kapten Junmyeon. Aku segera mengambil tempat di sebelah Namjoon.

"Kau mesti terkejut" kata Namjoon kepadaku. Aku tak faham dengan kata-katanya. Aku tak sempat bertanya kerana Kapten Junmyeon telah memanggil kami. Eishh asyik salah timing je pakcik ni muncul.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat, aku ternampak figura seorang gadis yang amat aku kenali. "Aku salah tengok kot" getus hatiku. Aku menggosok mataku namun apa yang aku lihat tetap sama.

"Tak mungkin tu Kim Haera" gumamku. Berkali-aku aku mengelipkan mataku namun tetap sama. Okay, dia memang Haera. "Apa nak buat ni? Em senyum jelah" aku menghadiahkan senyuman tak ikhlas kepadanya. Dia melarikan pandangan ke tempat lain. Bapak sombong gila siot. Menyesal aku senyum.

Aku harap dia bukan partner aku. Aku masih berdoa dalam hati. Naya kalau dia partner aku. Namun, malang yang teramat malang apabila aku melihat pada jadual yang aku akan berpartner dengan Haera. "Fuck" gumamku.

___________________ SKIP ___________________

Aku berjalan keluar dari pejabat. Mark dah bahagia dengan oppa. Dua orang lagi nampak happy dengan partner diorang. Aku? Kecewa woi. Kenapa akj mesti dengan Yoongi? Takde orang lain ke kat dunia yang aku boleh jumpa? Kenapa mesti Yoongi? Kenapa mesti bekas suami aku?

Okay part bekas suami tadi aku takde cerita ea? Ok aku ceritalah. Kang nanti readers tak paham, aku jugak yang susah.

Min Yoongi. Tu ex husband aku. Aku berpisah dengan dia dua tahun lepas. Sedih? Tak pon sebab kitorang kahwin pon sebab terpaksa. Omma appa dengan oppa takde nak jaga aku. Masa tu aku muda lagi so diorang decide kahwinkan aku dengan Yoongi. Ok nampak tak logik kan? Memang tak logik tapi tulah yang berlaku. Setahun lepastu oppa balik Korea so kitorang pon berpisah. So takde unsur cinta sepanjang tempoh perkahwinan kitorang.

"Woi" satu suara mengejutkan aku dari lamunan. Suara tu amat ku kenali. Suara Yoongi. Aku hanya melihat tempat lain. Tak pandang pon dengan si pendek ni.

"Flight first kita harini. Pukul 3.00 petang. Flight ke Beijing. Pastikan kau dah bersedia kat sini sejam sebelum waktu berlepas" aku mendengar arahannya dengan tekun namun aku masih tak mampu memandangnya.

Sekarang baru pukul 12.00 tengah hari. Perutku sudah rancak mengeluarkan bunyi pelik-pelik. Almaklumlah tadi sarapan roti dengan kopi je. Aku berjalan menuju ke arah cafe yang berdekatan. Perutku mesti diisi!

Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku dilanggar oleh seorang makhluk tak bertamadun. Jalan tak pakai mata ke? "Woi jalan tu lain kali pakai mata. Mata tu letak kat tempat mata. Bukan kat lutut!" marahku kepadanya.

Dia menundukkan kepala tanda meminta maaf. "Mianhae. Saya tak sengaja" katanya. Jap suara tu macam suara Mark. Dia memandangku dengan muka bersalah. "Jeongmal mianhae. Saya kelam-kabut sangat tadi. Saya cari toilet tak jumpa!" Katanya. Daripada air mukanya aku dapat agak yang sebenarnya Mark ni nak terberak.

Aku kasihan melihatnya terseksa sebegitu rupa. Aku menunjukkan kedudukan tandas lelaki kepadanya. Dia mengangguk sebelum berlalu pergi. Aku ketawa melihat gelagatnya. Ada-ada saja si Mark ni.

Tiba-tiba perutku berbunyi kembali. Alamak nampak Mark terus lupa nak makan. Mark hilang terus lapar. Aku kembali ke misi asalku. Misi memenuhkan tangki kecilku dengan makanan.

TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now