Bab 2

25.4K 1.7K 238
                                    

Berita pengeboman di Syria sentiasa mendatangkan keresahan yang maha dahsyat dalam hati Hani. Seriau rasanya tiap kali melihat gambar-gambar perkembangan terbaru di Syria. Tidak pernah walaupun sesaat dia berhenti berdoa memohon agar Irfan pulang dengan selamat.

Satu video mengenai seorang kanak-kanak Syria membaca Surah Ar-Rahman ketika dirawat yang sudah viral di media sosial menarik minat Hani lantas ditekan butang main.

Hujan lebat di langit pada ketika itu bagai mengiringi tangisan rindu Hani. Manakan tidaknya, suami tercinta sedang duduk betul-betul di sebelah kanak-kanak itu. Hani tidak mungkin salah. Walaupun kualiti video tahap astaghfirullahalazim, namun dia kenal sosok tubuh Irfan. Dia kenal sepasang mata itu walaupun mulutnya tertutup. Posture badan dan cara duduk. Lebih meyakinkan, apabila dia terdengar suara Irfan pada penghujung video.

Hani melihat komen-komen yang ditulis oleh netizen. Komen positif Alhamdulillah tapi dalam pada itu ada juga yang minta Muay Thai.

‘Doktor tu rawat budak, Saya rawat hati awak! Cia cia cia’

‘#PrayForSyria demi menyokong rakyat Syria belilah baju #PrayForSyria’

‘Abang tentera sebelah budak tu PM tepi’

Entah mengapa, berasap hatinya melihat komen-komen itu. Dia meneguk air mineral yang kebetulan berada di hadapannya. Hampir separuh botol diteguk. Hendak sahaja didebik satu persatu orang yang memberi komen. Jari-jemarinya diregang-regangkan konon hendak membalas.

Buat pickup line tak kena tempat, tak kena cara pula tu! Cia cia cia kau fikir comel la? Aku bagi kau telan Chia seed seguni karang! Sihat sikit otak kau agaknya!

Ni, #PrayForSyria sebab nak jual baju? Tumpang tanya, keuntungannya awak salur ke badan yang memperjuangkan hak asasi manusia di Syria atau masuk dompet sendiri? Kalau diderma Alhamdulillah. Tapi, kalau sekadar menangguk di air yang keruh, mempergunakan kesusahan orang demi kesenangan sendiri, kau boleh pergi bungkus sana!

Dia anggota PDRM dan dia tu suami aku. Nak rasa penyepak meh PM tepi!

Berhenti. Hani menarik nafas dalam kemudian dia membatalkan niatnya. Tiada guna berperang di muka buku. Sekadar gelaran Keyboard Warrior yang diperoleh bukannya dapat bantu saudara Islam di sana!

Kecewa dengan mentaliti sebilangan rakyat Malaysia yang masih belum celik minda. Fikiran masih belum matang. Dianggap perang saudara di Syria itu mainan olok-olokan.

Lihat daripada sudut pandangan seorang manusia yang mempunyai hati nurani. Rakyat Marhaen yang mahukan keamanan negara yang berkekalan. Lebih 270 ribu rakyat yang tidak bersalah menjadi korban kerana perbezaan ideologi. Penderitaan dan kesengsaraan rakyatnya tidak diberi liputan dan gambaran yang jelas kepada seluruh isi dunia. Sekejap, tiada beza dengan isu Palestin, Yaman dan Iraq. Rakyat yang mendapat impak buruk akibat peperangan tidak diperduli bahkan dunia bagai menutup mata terhadap kesengsaraan yang mereka lalui.

Hani mengeluh. Muk diisi dengan air suam. Nescafe susu dibancuh. Kalender kecil yang tergantung berdekatan dengan pantry diperhatikan. Hari dihitung. Esok, Irfan balik! Otaknya mula berkira-kira hendak masak apa esok. Harus yang istimewa, kesayanganku pulang dari medan tempur! Laki kau ada?

Sejak bersara awal daripada dunia kepolisan, Hani semakin sibuk dengan urusan syarikat. Rezeki manusia itu rahsia Allah. Belajar kejuruteraan kimia, mula kerja jadi polis akhirnya dia menjadi ahli perniagaan. Apa yang penting, rezekinya halal. Bukankah 9 daripada 10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan?

Jam dikerling sekilang. Waktu pejabat sudah tamat.

Beg dan segala fail sudah siap dikemas. Hani melangkah ke bilik sebelah. Diketuk dua kali sebelum masuk.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now