Bab 5

21.5K 1.6K 72
                                    

Hujung minggu bersama keluarga. Mereka tidak kemana-mana. Hani tidak merungut kerana dia tahu Irfan mahu berehat. Walaupun sebenarnya dia ingin mengajak Irfan ke Kedai Kain Nagoya untuk membeli kain baju raya kerana bukan senang untuk Irfan bercuti. Raya ada lagi empat bulan. Awal sungguh persiapannya. Hani kini sudah faham perasaan ibu-ibu yang membuat persiapan terlalu awal. Sebenarnya mereka mahu hanya yang terbaik untuk keluarga. Mana si suami tahu tukang jahit sudah tidak menerima tempahan sebaik sahaja Ramadan tiba. Kain baju raya yang terbaik mesti dipilih awal bimbang habis stok. Dahulu sewaktu bujang, malam raya barulah ke Jalan TAR. Baju cantik dapat harga super murah!

“Macam kenal je orang dalam video ni.” Hani memainkan video alunan Ar-Rahman oleh Qawiy yang sudah surut popularitinya di media sosial.

Sudah dapat diagak, bukannya lama isu Syria akan mendapat perhatian netizen. Setiap hari pasti berbangkit isu baharu. Isu yang lama sudah basi dan tak mampu mengumpul like lagi.

“Nama budak tu, Qawiy El Furqan.” Suara Irfan pahit. Terbayang terus di mindanya suasana sayu berdarah di Syria.

Berilah ganjaran sebanyak isi alam sekalipun, untuk kembali bertarung nyawa di sana, Irfan tak sanggup. Kata cendikiawan dahulu, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Di sana hujan peluru! Emas dan berlian tidak dipandang asal nyawa dapat diteruskan hayatnya.

“Abang pun tumpang famous sekejap tahu! Ramai gila yang comment macam macam.” Hani terlepas ketawa kecil.

Air muka Irfan berubah riak. Buku The White House yang sedang dibaca, Irfan tutup. Matanya tepat merenung mata Hani. Dingin tanpa ekspresi.

“Kelakar ke?” Dua patah keluar daripada mulut Irfan.
Hani terdiam. Bibir dikemam. Sudah lama dia tidak melihat Irfan marah seperti ini. Ah, seram!

“Abang tanya ni, kelakar ke?” Datar suara Irfan.

“Tak...” Suara Hani kecil sahaja. Tunduk menikus dia dibuatnya.

“Budak tu, ibu dia terbunuh depan mata dia sebab abang lambat beberapa saat bagi arahan berlindung. Ayah dia meninggal sebab selamatkan ibu dia daripada diperkosa syaitan bertopengkan manusia. Macam mana Hani boleh sampai hati nak ketawa? Ya, abang tahu Hani nak ketawa sebab abang ada kat situ tumpang famous yang cuma dua tiga hari. Tapi, Hani bayangkan keadaan abang masa tu. Abang kena pegang budak yang trauma sedangkan abang sendiri ketakutan. Abang takut ya abang mengaku abang takut. Bimbang sangat nyawa abang Allah tarik macam tu je dekat sana. Abang takut abang tak boleh jumpa Hani dengan anak-anak lagi dah, tapi tengoklah diri tu, Hani masih boleh lagi ketawa.” Suara Irfan bergetar. Emosinya terganggu. Mata berkaca namun segera dipaksa masuk kembali si air mata.

“Hani minta maaf. Tak terlintas dan tak terniat nak sakitkan hati abang. Jujur, bila Hani nampak je video 144p yang tak HD langsung ni, Hani tahu itu abang. Abang tak tahu betapa gembiranya Hani waktu tu. I miss you so much its hurt.” Tangan suaminya dicari dan dikucup berkali-kali. Syurgaku, ampunkan khilaf diriku...

“Sorry, abang ter ‘emo’ lebih.” Ubun-ubun Hani dikucup. Dibawa Hani bersandar ke dada bidangnya. Biar dia dengar dan hayati setiap degup jantung Irfan yang berdetak hanya untuk mencintai Hani kerana Allah Taala.

“Hani, abang ada satu permintaan...” Irfan berjeda.

“Say it.” Hani berkata lembut dalam gelisah. Jarang sekali Irfan ada permintaan. Nak minta apa? Anak lagi? Boleh je si kembar dah besar. Minta kahwin lagi? Bukan ke dah bincang fasal poligami haritu? Atau dia dah berubah fikiran? Hani cuak.

“Boleh tak kita ambil Qawiy sebagai anak angkat.” Kata Irfan sambil mengusap rambut ikal Hani.

Hani yang bersandar terus duduk. Ini hal serius!

TSK : PermataWhere stories live. Discover now