Bab 3

23.7K 1.7K 205
                                    

Lagi banyak respond lagi cepat update inshaAllah :) bacalah baca feed your hungry soul point out typo atau apa apa salah

Lapangan Terbang KLIA, Sepang

Hani berdebar. Entah kenapa padahal bukan tidak biasa ditinggalkan. Furqan duduk termenung jauh dari tadi. Konsentrasinya langsung tidak terganggu. Apa yang bermain di kotak mindanya, tiada siapa tahu. Lena sungguh si kembar tidur di atas ribaannya. Seorang di paha kiri, seorang di paha kanan. Rindu punya fasal, sanggup Hani memandu daripada Damansara ke Sepang. Apa salahnya, si suami sudah penat bertarung nyawa, biarlah dia menjemput suaminya pulang.

Jam tangan Rolex pemberian Irfan dikerling sekilas. Sepatutnya dia sudah tiba sekarang. Sabarlah, sekejap lagi muncullah batang hidungnya. Hani melelapkan mata untuk 10 saat. Kepenatan memandu agaknya, tanpa sedar dia terlelap.Setakat tidur duduk apa ada hal? Tidur berdiripun dia pernah! Tetapi masih tidak sehebat Irfan, tidur dengan mata terbuka luas. 

Ah, sedapnya tidur!

Siap mimpi minum petang dengan teh ‘o’ suam dan cucur udang cicah sambal lagi.

Irfan keluar daripada pintu balai ketibaan. Mata helangnya cepat sahaja menangkap ahli keluarganya yang sedang menunggu di bangku panjang. Laju dia berlari ke arah mereka terasa hilang segala beban yang dipikul.

Langkah Irfan terhenti apabila melihat Furqan menongkat dagu Hani. Pasti untuk menahan daripada tersengguk-sengguk. Tapi sudah berapa lama dia menahan kebas tangan sendiri?

Irfan mendekati mereka. Tangannya diletakkan pada pipi Hani secara lembut. Furqan terus melepaskan tangannya yang sudah lenguh. Dia membuat tanda senyap supaya lena mama dan adik-adiknya tidak terganggu. 

Hani terjaga tiba-tiba. Pandangannya sedikit kabur. Lama sangatkah dia tertidur? Kebas sudah kaki mama kerana menjadi bantal kepada kepala konkrit si kembar... Berat!

“Good Morning, sweetheart.” Suara kasar serak basah itu!

Di hadapan matanya. Seorang insan bernama Ahmad Irfan sedang melutut menongkat dagunya.

“Assalamualaikum... Irfan...” Serentak air matanya mengalir sederas-derasnya.

Irfan, wajahnya teramat comot dengan kesan hitam seperti campuran debu dan minyak. Mungkin tidak dapat dibersihkan sekadar dengan air. Daripada matanya yang sembap, Hani tahu tidur Irfan tidak teratur. Pipi cekung pasti berat badannya juga menyusut. Namun, senyuman itu... Masih sama.

Irfan pula menjadi panik tidak tentu hala. Sudah kenapa si Hani kesayangannya ini buat drama air mata? Bagaimana hendak dipujuk?

“Janganlah nangis. Sayangku.” Dikesat lembut air mata Hani dengan ibu jarinya.

Tersebik-sebik Hani cuba berhenti menangis. Sejak menjadi ibu ni, mudah sangat meleleh! Hati sudah mekar dengan kasih sayang, lembut selembut agar-agar. Furqan yang berjaga dari tadi pura-pura tidur.

Dicium dahi Aqil dan Aqilah kejap. Furqan diusap-usap kepalanya. Segaris air mata yang mengkhianati tuannya berjaya keluar daripada kelopak mata Irfan. Lantas mindanya terus terbayang Qawiy El Furqan. Apa khabar agaknya anak syurga itu?

Furqan membuka matanya. Mungkin terkejut dengan tangan kasar Irfan yang sudah agak lama tidak menyentuh kepalanya. Si kembar turut terjaga. Apabila nampak kewujudan Irfan, dia terus diserang dengan pelukan Aqil dan Aqilah.

“Balik jom, rindu.” Irfan memandang Hani dengan mata bercahaya.

Tidak Hani sedar sudah dua jam rupanya berlalu sejak dia terlelap. Maknanya, dari waktu dia tidur...

“Kenapa Irfan tak kejut Hani bangun? Kesiannya tangan kena jadi bantal. Dah la abang selalu merungut kepala Hani berat. Ampun beribu ampun... Maafkan Hani.” Bahu Irfan ditepuk-tepuk.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now