Bab 22

18.6K 1.3K 27
                                    

PULANG sahaja daripada bercuti, pembelajaran Furqan menjadi fokus utama Hani. Artikel mengenai mild dyslexia dibaca sehingga hampir berpinar biji mata. Buku-buku rujukan turut dicari. Kumpulan sokongan anak dyslexia disertai. Info yang pelbagai diadun dan disatukan untuk membantu Furqan. Dia juga menghantar Furqan ke kelas terapi bercakap supaya Furqan dapat berkomunikasi dengan lebih lancar tanpa gagap.

Hani tahu Furqan anak yang bijak. Mungkin keajaiban boleh berlaku andai Tuhan izinkan dengan cara pembelajaran yang berkesan.

Emosi Furqan turut diberi perhatian. Hani tidak mahu Fuqan menjadi normal kerana Furqan anak luar biasa. Biar dia meneroka dunia dengan caranya. Biar dia kenal erti hidup dengan gayanya. Jika sekolah tidak mampu membantu Furqan, Hani akan mencari seribu usaha untuk bantu anaknya bangkit.

Hari ini sudah masuk dua bulan Furqan belajar bersama tutor khas yang dicadangkan oleh Dr.Cinta. Bayaran yang dikenakan agak tinggi tetapi kata Irfan, masa hadapan Furqan lebih bernilai daripada wang ringgit. Duit habis boleh dicari.

Masa senggang tanpa kerja di pejabat Hani gunakn untuk mencuri-curi lihat perkembangn Furqan. Mereka belajar di bilik mesyuarat lama. Tersenyum Hani melihat Furqan yang begitu tekun belajar.

“Cik Am nak tanya boleh?” Dr. Amirul kagum dengan semangat Furqan.

Dia tidak seperti budak-budak lain yang berada dalam pemerhatiannya. Daripada apa yang dia perhatikan, Furqan anak yang bijak. Andai masalah dyslexia yang dihadapi dapat dibendung, anak ini akan menjadi sesuatu yang hebat. Disiplin dirinya sangat baik. Budi pekerti tip top sejuk perut mak mengandung.

Furqan angkat kepala.

“Kenapa Furqan nak belajar.” Soal Dr. Amirul.

“Sebab nak buat mama papa gembira.” Jawapan Furqan menyebabkan bulu roma Hani naik.

“Selama ni mama papa tak gembira dengan Furqan ke?” Dr. Amirul cuba masuk lebih dalam. Dia ingin uji keterbukaan Furqan dan keberkesanan kelas bertutur yang Furqan jalani.

“Papa Mama tak pernah gembira sebab periksa Furqan teruk.” Nada anak itu perlahan hampir bersulam dengan tangisan halus tetapi ditahan.

“Sebenarnya…” Dr. Amirul hendak berkata sesuatu tetapi Furqan mencelah.

“Furqan malu. Bila Umi beritahu Mama Abang Naufal dapat nombor satu mama cakap tahniah. Furqan pandang mama tapi mama tak pandang Furqan balik. Mama tak nak tengok Furqan pun. Sebab Furqan teruk. Periksa nombor akhir. Kelas hujung!” Bom Furqan yang berdetik sekian lama hari ini meletup.

Jeritan emosi Furqan mendiamkan Dr. Amirul. Hani yang berada di sebalik pintu terduduk kaku. Air mata diseka perlahan kemudian dia kembali ke pejabatnya. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan Furqan kerana dia ibu yang teruk.

“Furqan tak benci mama papa?” Tanya Dr. Amirul lagi.

“Tak. Salah Furqan sendiri sebab tak pandai.”

“Aippp, Cik Am kata apa?” Dr. Amirul mengingatkan.

“Tak cakap lagi…” Furqan tahu Dr. Amirul pantang mendengar perkataan tak pandai.

“Jangan risau, bila Furqan ambil UPSR nanti, mama papa akan menangis gembira sebab Furqan. Kita ada empat tahun lagi untuk buktikan. Asalkan Furqan…”

“BERUSAHA!” Jerit Furqan kuat membangkitkan semangatnya sendiri.

Dr. Amirul memberi laporan mingguan seperti biasa kepada Hani tentang perkembangan Furqan. Kali ini apa yang mahu disampaikan mungkin akan mengoyakkan jiwa Hani tapi, perkara ini mampu memecahkan dinding terakhir antara Furqan dengan keluarganya.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now