Bab 15

19.8K 1.5K 57
                                    

Furqan, Aqil dan Aqilah. Knock Out!

Acah-acah tak mahu tidur sepanjang perjalanan ke KLIA 2 tetapi baru separuh jalan semua sudah lena. Irfan bercadang untuk membeli MPV tetapi Hani kata nantilah tunggu anak-anak besar sikit. Apa belum besar anak-anak? Tak dicampur anak-anak susuan lagi, memang kewajarannya tinggi. Diselitkan juga dalam perancangan budget tahun hadapan.

“Minggu depan Hani settlekan dengan sekolah Furqan sekali daftar kembar darjah satu.” Beritahu Hani kepada Irfan yang sedang menumpukan perhatian ke jalan raya.

“Rasa cepat sangat kan masa berjalan? Banyak benda dah berubah. Daripada musuh pemadam sekarang anak dah tiga. Hani si polis brutal dah jadi business woman berjaya.” Irfan tersengih mengenang memori silam.

Dua puluh tahun telah berlalu, kalau diukur dengan usia manusia, sudah mahu menjejakkan kaki ke menara gading usia pertemuan mereka berdua.

“Tahu tak apa yang tak pernah berubah?” Tanya Hani.

“Kasih sayang abang terhadap Hani. Tak pernah berubah macam bunga plastik yang tak akan layu.” Tangan Hani diusap.

‘Lain macam romantik. That’s my man.’ Desis hati Hani. Baru hendak mencairkan Irfan, sudahnya dia yang cair.

“Abang suka tempe?” Hani cuba membuat pickup line. Asyik Irfan sahaja yang berpickup line mana aci!

“Mestilah suka, sebab tempemu di sisi siapalah abang.” Irfan tergelak.

#PickupLineKenaCuri

“Spoil la abang ni! Jangan curi pickup line orang!” Jerit Hani. Mahu sahaja dirotan-rotan punggung Irfan. Sengaja tidak mahu biar Hani menang.

“Jangan jeritlah nanti budak-budak bangun.” Mulut Hani disumbat dengan kerepek pisang yang menjadi kudapan.

Kalau mulut asyik disumbat makanan bila suruh diam, mana tak kembang badan? Cuba disumbat ciuman, eh?!

Hani mengunyah kerepek pisang dengan rasa tak puas hati.

“Tahu apa beza abang dengan chewing gum?” Hani mencuba lagi kali ini dengan mata amaran tidak bagi Irfan menyambung.

“Tak tahulah pula.” Irfan beri peluang. Kasihan bini weh!

“Chewing gum lekat dekat gigi abang lekat dekat hati sayang!” Hani bahagia kerana pickup linenya berjaya dihabiskan.

“Ingat abang hempedu nak lekat dekat hati? Awak tu yang beza dengan chewing gum sebab chewing gum manis sekejap je, Hani manis sentiasa!” Irfan ketawa kuat kerana dia tahu Hani sudah terpaku. Ada ke nak lawan pickup line dengan pakar mestilah kalah.

Kali ini giliran Hani pula menyumbat kerepek pisang dalam mulut Irfan. Kemudian ditepek sebuah ciuman ke pipi. Mujur mereka sedang menunggu lampu trafik bertukar hijau! Kalau tengah membelok selekoh atau memandu, apa tak haru main gurau kasar begitu?    

“Mengganggu konsentrasi pemandu! Awak disaman satu juta Dollar atau penjara selama-lamanya dalam hati saya.” Aduh Irfan!

“Kurela dipenjara. Drama apakah ini cik abang?” Melayan Irfan sungguh memenatkan.

“Drama TV 4 suku. Suamiku Pegawai Penjara Hati.” Jawab Irfan lancar. Ah sudah makin mengarut.

Setibanya di KLIA 2, anak-anak terus dikejut bangun. Muka masing-masing macam nak bertumbuk. Manakan tidak, lena dua putera dan seorang puteri diganggu. Masing-masing disuruh untuk mengangkut beg kecil sendiri. Irfan dan Hani menolak bagasi.

“Kita nak pergi mana?” Soal Aqilah teruja.

“Rahsia!” Jawab Hani.

“Clue mama clue!” Pinta Aqil. You know what? Curiosity kills the cat.

“Helang gergasi. Kedai shopping bebas cukai. emm..” Sengaja Hani beri petunjuk yang tidak membantu budak enam tahun.

“Kucai?” Aqil pelik.

“Cu...Kai la!” Aqilah membetulkan.

“Kucai!”

“Cukai!”

“Kucai tu daun yang papa suka sangat tu. Cukai tu bayaran tambahan. Kali ni Aqilah betul.” Hani memenangkan anak perempuannya.

“Pernah ke Aqilah salah?” Aqil menjeling mata. Kalau namanya perempuan memang tak pernah salah! Dia sahajalah yang betul.

Furqan mengikuti Irfan ke kedai serbaneka.

“Furqan ambil je la apa Furqan nak.” Irfan memberi izin kepada Furqan yang berdiri tegak bak tiang bendera dari tadi.

Tidak berkutik. Lebih tepat, tidak tahu apa yang nak diambil. Dia tidak dibiasakan untuk mencapai makanan ringan apabila ke kedai. Roti dan air sudah Irfan ambil. Furqan hanya menggeleng kepala. Beli benda keperluan bukan kehendak.

Irfan menarik tangan Furqan menuju tempat alat tulis.

“Ambil apa yang Furqan nak.” Ulang Irfan. Bukan dia tidak perasan dari tadi Furqan memandang ke arah itu.

Furqan mengambil buku nota berwarna hitam yang tidak bergaris sekotak pensil kayu dan pemadam. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Furqan.

“Taknak drawing block?” Tanya Irfan.

“Besar.” Jawab Furqan. Papa ni, beragak-agaklah takkan hendak kehulu hilir dengan kertas lukisan sebesar alam?

“Pensil warna?” Irfan menunjukkan set 12 sehingga 64 pensil warna, krayon dan cat air.

“Tak, Furqan s-suka pensil.” Cukup dengan apa yang diambil.

Irfan angguk dan ikutkan sahaja. Dia mahu Furqan bebas mengekspresikan diri dengan caranya. Sungguh, dia akan cuba membantu dan memahami Furqan dengan lebih dekat. Bukan bermakna si kembar akan diabaikan tetapi dia akan cuba dapatkan keseimbangan yang sepatutnya.

Mereka berkumpul semula dengan Hani dan kembar yang sedang bermain sep patung. Langsung tidak bergerak. Hani juga terjebak sama.

Irfan menepuk tangan di hadapan muka Hani. Hani terkelip mata dek kerana tepukan yang betul betul di hadapan mukanya.

“Yes mama kalah!” Si kembar saling ber hi-five

“Mana ada kalah! Kata boleh kelip mata... Mama tak gerak pun!” Hani membantah keputusan permainan. Mana boleh dia kalah dengan budak-budak.

“Mama kan dah besar. Budak kecil je yang boleh kelip mata.” Aqilah keriangan.

“Dengan budak pun nak menang ke?” Irfan ketawa. Sifat kompetitif yang wujud dalam diri Hani memang payah untuk dipadamkan.

“Jomlah tu flight kita.” Hani mengubah topik.

Si anak-anak berjalan di hadapan. Irfan berjalan di sebelah Hani. Hani sengaja melaga-lagakan tangannya dengan tangan Irfan.

“Nak pegang tu cakap ajalah.” Jari jemari Hani disatukan dengan jari jemarinya.

Tangan isteri, digenggam bukan hanya sebelum anak pertama. Jika diizinkan Tuhan, biarlah selamanya.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now