Restoren nasi arab dipilih Irfan kerana tekaknya terasa mahu makan kambing bakar. Hani turutkan sahaja kerana dia tidak pernah cerewet fasal makanan. Apa yang terhidang asalkan halal ditelan sahaja. Restoren bertemakan arab ini dijumpai secara tidak sengaja ketika bersiar-siar tanpa hala tuju. Perjalanan tanpa hala tuju hukumnya makhruh tahu? Tetapi, kerana idea Irfan itu, mereka menjumpai restoren ini.
“Bila abang cuti panjang?” Tanya Hani walhal semua tarikh cuti Irfan sudah dihafal. Sengaja ingin memulakan cerita.
“Sebulan lagi dapat cuti seminggu.” Jawab Irfan. Itupun kalau penduduk Malaysia berkelakuan baik dengan tidak menimbulkan kes-kes berat yang melibatkan unitnya.
“Hani plan short vacation boleh? Dah lama sangat tak tengok tempat orang. Dekat-dekat je.”
Irfan berfikir sejenak. Diimbas kembali segala macam jadual yang terkandung dalam otak. Payah untuk dia berjanji kerana bimbang tidak boleh dikotakan. Sungguh, dia tidak mahu jadi munafik. Kemudian Hani dipandang. Kesiannya si solehah ni, walaupun zaman remajanya seorang yang bebas tetapi bila sudah diikat dengan tali perkahwinan tidak pernah sekali dia keluar rumah tanpa meminta izin. Walaupun kadang-kadang dah sampai tempat yang dituju barulah pandai nak bagitahu.
“Boleh, inshaAllah kalau tiada aral melintang lah ya?”
“InshaAllah...”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,
Suatu hari ada beberapa orang Quraisy telah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Mereka ingin bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulqarnain kepada baginda.Lalu bagindapun menjawab dengan yakin “Datanglah esok, aku akan ceritakan.”
Akan tetapi, pada keesokan harinya ditakdirkan wahyu masih lagi belum diturukan dan Rasulullah S.A.W tidak dapat menjawab soalan itu.
Maka turunlah wahyu daripada Allah untuk menegur perbuatan baginda.
Dan janganlah sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu : “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi” [23]
Kecuali dengan menyebut: “InshaAllah” dan inatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah : “Mudah-mudahan tuhanku akan memberi petunjuk yang lebih dekat kepada kebenaranNya daripada ini” [24]
Surah Al-Kahfi : 23-24Mama dan papa sibuk berbual. Aqil pula mahu ke tandas. Furqan menemaninya. Selesai urusan alam. Mereka keluar daripada tandas menuju ke meja mereka. Tanpa sedar, seorang peramu saji yang sedang membawa sup panas menggelegak yang baru sahaja siap dimasak tersadung dan mangkuk itu menghala ke arah Aqil. Tindakan refleks seorang abang, Furqan menolak Aqil laju.
PRANGGG!
Bunyi kaca pecah disertai dengan pekik tangisan Furqan menggemparkan seluruh restoren. Hani dan Irfan yang rancak berbual terus panik tak tentu fasal apabila melihat tempat kejadian. Aqil yang ditolak oleh Furqan segera mendapatkan abangnya yang kesakitan. Irfan terus mendukung Furqan untuk dibawa ke klinik atau hospital berdekatan.
“Encik! Letak balik budak tu dekat tempat kering.” Seorang wanita bangun daripada tempat duduknya. Lelaki yang berada di hadapan perempuan itu sedikit terkejut. Kuat gila dia menjerit.
“What?” Otak Irfan tidak berfungsi.
“Saya doktor. Curah tempat melecur dengan air banyak-banyak. Waiter, bawa air banyak.” Wanita itu menghampiri Furqan. Irfan berundur untuk memberi ruang. Hani memegang tangan Furqan yang sedang menahan kesakitan.
Peramusaji restoren itu datang tergesa-gesa dengan sebaldi air berisi ais.
“Nak buat ice bucket challenge ke? Air biasa plain water suhu bilik!” Marah dia.
YOU ARE READING
TSK : Permata
RomanceDaripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi...