Bab 25

22.2K 1.4K 120
                                    

Dr. Amirul yang memantau perkembangan Furqan sudah hampir setahun menyelak kembali lembaran kerjanya berkali-kali. Terasa bagai mahu dibawa sahaja Furqan membuat MRI Scan. Perkembangan Furqan terlalu pantas untuk seorang anak dyslexia. Bayangkan setahun yang lepas Furqan gagap dan tak boleh membaca kini dia sudah fasih Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sedang belajar Bahasa Arab! Jujurnya, kondisi ini mustahil untuk anak dyslexia.

Furqan diberi ujian dyslexia sekali lagi dan keputusannya negatif. Keadaan itu membuatkan Dr. Amirul terdiam melihat Furqan.

Pintu pejabat Hani diketuk.

Setelah duduk, fail rumusan setahun Furqan diserahkan kepada Hani.

“ Saya tak rasa Furqan ada dyslexia. Dia tunjukkan progression yang terlalu cepat. Dia mungkin seorang genius siapa tahu? Sebab dyslexia ni dia bukan penyakit. Dyslexia ni satu keadaan masalah pembelajaran yang tak ada lagi cara untuk betulkan hanya ada cara untuk mengawal daripada jadi lebih teruk.”

“Is it a good thing?” Tanya Hani risau.

“Ya, satu benda yang baik. Dia daripada paling lemah antara kawan-kawannya sekarang sama dengan mereka mungkin lebih lagi.”

“Boleh ke masukkan dia dekat sekolah?”

“Yang tu kena tanya kehendak dia sendiri. Apa yang saya perasan Furqan ni ada jiwa dan emosi yang sangat halus. Kalau dijaga dengan betul, dia akan menjadi sesuatu yang hebat.”

Berita mengenai Furqan itu disampaikan kepada Irfan melalui facetime. Irfan terlalu gembira dengan perkhabaran itu. Anaknya normal. Tidak, anaknya genius!

Pulang sahaja Irfan ke tanah air daripada misinya di Mexico, terus dipeluk cium Furqan. Aqilah dan Aqil turut gembira kerana abang mereka sudah boleh berlajar bersama-sama.

Furqan tidak lagi dibimbing oleh Dr. Amirul, Cik Ila sahaja sudah cukup. Kadang-kadang dia dibawa oleh Irfan berjumpa dengan Cikgu Wan. Besar jasa Cikgu Wan dalam hidup Furqan. Kalau tidak kerana keperihatinan seorang guru LINUS, diri sebenar Furqan tidak akan muncul.

Rutin hidup Furqan kini lebih tersusun. Selepas menghantar Aqil dan Aqilah ke sekolah, Furqan dihantar ke rumah Rania untuk kelas hafazan dan Bahasa Arab. Pukul 10 Naila akan datang ke situ untuk mengajar Furqan. Tengah hari berhenti makan, selepas zohor sambung belajar sehingga Asar. Selepas asar masa riadah dengan Nawfal dan Umair. Malam masa untuk adik beradik dan bonding keluarga.

Sekali sekala Furqan pergi menziarahi kubur kakaknya Khadijah. Dia tahu kisah Khadijah dan tanggungjawab anak sulung memang sudah diserahkan untuknya lama dahulu.

“Kak, walaupun kita tak pernah jumpa, semua orang sayang kakak.” Nisan kecil kakaknya yang tidak pernah merasa siksa dunia dipegang. Kubur itu sentiasa dibersihkan.

“Furqan nak sekolah tak?” Tanya Irfan.

“Tak, budak sekolah tak suka Furqan.” Jawapan Furqan menampakkan parut yang masih berbekas. Trauma untuk ke sekolah kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya.

“Sekolah menengah?” Soal Hani pula.

“Mungkin… Tapi Furqan nak ambil UPSR tau mama. Macam abang Nawfal.”

“Mama mama mama mama mama mama mama mama mama!” Aqilah berlari turun daripada tangga sampai dua tangka terakhir tak sabar dia terus melompat.

“Ikut perangai awak la tu pergi melompat tangga sebab excited nak nikah dengan saya.” Irfan terkenang hari pernikahan mereka.

Hani mencampak bantal ke arah Irfan. Kisah zaman muda janganlah hendak dibangkitkan!

“Papa papa papa papa papa papa papa papa!” Aqil muncul berlarian dengan kertas di tangan.

“Iya iya iya iya iya, ada apa?” Dilayan sahaja si kembar itu.

“Tepilah, Qila panggil mama kan Aqil pergi la sana!” Aqilah menyelit antara Irfan dan Hani.

“Tempat abang la! Tepi la abang lagi tua kan!”

“Berapa minit je! Tempat Aqilah la!” Macam nak perang!

Sebelum dua kembar itu bertumbuk baiklah dipisahkan. Irfan dan Hani berdiri. Si kembar bergelut di atas sofa. Furqan bangun dengan air separuh gelas.

SPLASH!

Si kembar kebasahan disiram air.

“Mama kata, marah dan gaduh tu api, nak heret kau orang ambil wuduk payah jadi ni kira kecemasan lah ni. Bagi abang kertas tu.” Furqan meletakkan gelas yang sudah kosong.

Mak datuk, nasib baik sofa mama tu kulit. Kalau span, dengan Furqan sekali mama jemur!

Aqil akur. Kertas diserahkan kepada Furqan. Empat helai semuanya.

“Wah, tahniah tahniah. Nah mama.” Kertas itu dihulur kepada Irfan dan Hani.

Jemputan ke Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Aqil mendapat anugerah nilam tahap jauhari perak dan matapelajaran terbaik matematik dan sains. Aqilah rajin sedikit membaca berbanding Aqil dapatah anugerah nilam tahap jauhari emas dan satu lagi tempat ke 3 dalam kelas.

“Jom semua, papa belanja makan!” Hani bersorak.

Irfan hanya mampu tersenyum. Tugas dia menggemukkan dompet, tugas isteri dan anak kasi kurus dompet. Untuk kebahagiaan bersama juga!

Alhamdulillah, anak-anak mula membesar dengan baik. Dunia dan akhrirat seimbang. Irfan dan Hani juga sedang berusaha menjadi anak yang baik kepada orang tua yang kian senja usianya.

Kuncinya ialah didikan yang betul. Emosi anak-anak perlu diambil kira. Kecederaan emosi mampu mengubah perwatakan manusia. Kerana itulah pepatah ada mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Author's note

Cerita dekat wattpad tamat di sini. Kalau ada rezeki Permata ke versi cetak, kau orang akan jumpa Furqan dan Eryna versi dewasa!!! Jadi marilah doa dan tunggu bersama-sama. Realiti nak terbitkan buku bukan sebulan dua 😌 lama gak kena tunggu, but anyways thanks for the support

TSK : PermataWhere stories live. Discover now