Bab 4

21.4K 1.5K 127
                                    

Selesai daftar keluar, mereka menuju pulang. Singgah sekejap di warung cendol dan gerai pisang goreng. Alasan Irfan, apa salahnya membantu peniaga kecil dan sederhana. Walhal mahu mengisi perutnya lagi! Mahu bulatkan yang cengkung. Esok lusa dia sendiri bising kata berat naiklah, perut buncitlah, stamina pancitlah apalah, sudahlah!

Irfan fokus kepada pemanduan. Sekali sekala tangannya mencapai pisang goreng. Tak ada cheese sebab pisang goreng bagi Irfan sedap dimakan tanpa ada apa-apa cicahan atau topping. Tapi kalau Hani, dia kisah apa. Berkeju atau bersambal kicap, bismillah, telan, Alhamdulillah. Tidak pernah cerewet fasal makanan asalkan diberi makan.

“Furqan, ni ambil makan.” Pelawa Hani. Dari tadi hanya tangan Aqil dan Aqilah sahaja yang menyambar pisang goreng. Furqan termenung ke luar tingkap. Terperangkap dalam dunianya.

“Kena eja.” Dua patah jawapan yang mengoyakkan mental ibu bapa. Kerana itu sahaja Furqan tak mahu makan lebih sanggup berlapar?

“Abang makan.” Aqilah menghulurkan pisang goreng.

“Mama, abang tak nak makan.” Lalu Aqilah menyumbat pisang goreng itu ke mulutnya.

Irfan serba salah kerana dia yang membantutkan selera Furqan. Bukan susah sangat ejaan roti coklat. Sudah dekat akhir tahun darjah dua takkan tak boleh mengeja lagi? Dia tahu prestasi akademik Furqan agak lemah tapi tidakkan selemah itu?

“Furqan makan je lah nanti masuk angin susah pula nak cari klinik lagi.” Pujuk Irfan.

“Terima kasih, papa.” Furqan tersenyum namun senyumannya mati apabila melihat plastik sudah kosong.

Aqil menghulurkan pisang goreng yang sudah digigit separuh kepada Furqan. Kepala Aqil diusap perlahan tanda terima kasih. Aqilah juga berbuat serupa dengan pisangnya yang tinggal suku. Furqan mengusap kepala Aqilah juga. Pertukaran itu langsung tidak diketahui oleh ibu bapa mereka.

#SiblingsSecret

Hani bermain dengan frekuensi radio. Sekejap Era sekejap Klasik nasional alih ke Hot FM. Sekali tap! IKIM FM keluar lagu Hijjaz Dia Kekasih Allah.
 
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

“Wahai si cerdik Hani, berdasarkan lirik lagu tadi, apakah yang cuba disampaikan oleh kumpulan Hijjaz ini. Sila kemukakan hujah bernas anda. Empat markah.” Irfan menembak soalan KBAT. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang baru sahaja diperkenalkan oleh kementerian dua tahun lepas.

Terkulat-kulat Hani dibuatnya. Lirik lagu pun boleh jadi stimulus ke? Dah pula kena perah otak.

“Ha, tak dapat la tu. Hani tahu tak? Tak ada beza nasyid dengan lagu cinta, balada heavy metal ke apa kalau pendengarnya tak mahu berfikir.” Irfan masih sama. Sepanjang 15 tahun yang diisi bersama Irfan sejak dari bangku sekolah sehingga ke detik ini, dia akan sentiasa mengajak Hani berfikir. Memanfaatkan otak manusia kurniaan Allah yang paling hebat.

“Beza la, alunan muzik dia kan lembut.” Hani menjawab.

“Orang tanya lain, lain yang dia jawab. Gigit karang baru tahu.” Irfan menggeleng. Nasiblah bini suka menjawab dalam taatnya.

“Okay, sorry, ampun! Hani ambil bahagian ‘Apa terdaya ku amalkan sunnahnya’. Banyak sangat sunnah nabi yang dipandang sepi. Paling terkenal dalam kalangan masyarakat kita ada empat. Nikah, poligami, niqab dan...” Hani berjeda sekejap.

“Dan?” Irfan tertunggu-tunggu.

“Makan dengan tangan kanan.” Hani tersengih hehe. Betul apa? Sunnah nabi juga tu kan! Rakyat Malaysia kan suka makan. Kan kan kan?

“Iyalah sayangku, sila sambung.” Irfan anggukkan sahaja. Ada benarnya juga.

“Tapi itupun banyaknya budak-budak surau masjid yang hidup dalam tarbiah daripada kecil sampai besar panjang. Macam ‘budak-budak kita’ tu yang kena tinggal tepi jalan, mak bapak tak ada, institusi kekeluargaan porak peranda, solatpun kena paksa. Nak amalkan sunnah tang mana? Roh Islam dalam hati masih goyah nak mengharap orang jabatan agama turun padang? Kirim salam! Kelas agama dengan Bi haritupun kena serbu kata ajaran sesat. Siapa tabur fitnah pun tak tahu. Kesian adik aku kena tidur lokap satu malam. Usaha nak menghidupkan sunnah tu macam ada, tapi tak jelas, tak nampak. Program macam MCR tu, kebanyakan yang pergi sudah dalam kategori bertarbiah.” Panjang pula bebelan Hani.

“My Chemical Romance?” Terangkat kening Irfan. Apa pula kaitannya dengan sunnah nabi? Stress sangatkah sampai salah sebut atau dia yang salah tafsir?

“MCR tu Malam Cinta Rasul ya Abang...” Hani memandang Irfan tidak percaya. Jauh sungguh kau terbabas.

“Banyak lagi sunnah nabi yang mudah. Sedekah, tolong menolong sesama jiran, puasa sunat solat sunat.Abang taknak try poligami? Tak payahlah, sekarangpun dah rasa macam isteri ke dua, yang pertama negara ye tak?” Sengaja diajukan soalan itu secara gurauan.

Irfan yang terkejut dengan soalan Hani terus mengambil lorong sebelah kiri dan berhenti pada laluan kecemasan. Suka hati dia je berhenti dekat situ! Hani sudah mula gelabah ayam. Main-main je apa yang nak diseriuskan sampai kena berhenti ni?

Tangan Hani dicapai dan dikucup lama. Kata-kata Hani menikam hatinya walaupun dia tahu Hani hanya bergurau, atau mungkin itu memang luahan hatinya. Ubun-ubun Hani dikucup kemudian mata mereka bertentangan.

“Hani tahu? Syarat poligami ada empat. Tidak lebih empat isteri satu masa. Tak kumpulkan mahram satu masa. Berkemampuan. Adil. Abang tak layak nak berpoligami sebab syarat keempat. Sedangkan dengan Hani abang tak adil. Selalu ditinggalkan besarkan Furqan dan kembar sendiri uruskan syarikat bagi pihak abang lagi. Maafkan abang kalau terkurang nafkah untuk sayang.” Irfan cuba membaca reaksi Hani yang tergamam.

“Hani... Hani...” Sudah berkaca mata seorang Puan Nur Hani Syuhada.

“Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu dia cenderung memberi keistimewaan kepada salah seorang daripada keduanya, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget sebelah. Hani nak abang jadi macamtu? Sebab sayangku, abang akan sentiasa utamakan hanya dua perempuan dalam hidup abang. Ibu abang dan Hani.” Disandarkan kepala Hani di atas bahunya.

“Hani tanya je... Sebab ada mitos mengatakan semua lelaki bermimpi nak poligami.” Perlahan sahaja suaranya.

Irfan membacakan sepotong ayat Al-Quran yang cukup sesuai untuk mengkonklusikan topik poligami yang tak pernah-pernah Hani tanya sepanjang tiga tahun mereka berumah tangga.

Maka kahwinilah mana-mana perempuan yang kamu sukai, dua, tiga atau empat jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka kahwini seorang sahaja.
Surah An-Nisa’ : 3

“Susunan ayat ni cukup cantik. Allah berfirman nak kahwin dua, tiga, empat boleh tak ada hal, tapi kalau tak mampu adil, satu cukuplah. Hani, cukuplah Hani seorang sahaja untuk abang. Kalau dicari ganti, tak akan sama, tak akan ada yang sanggup terima abang dengan pekerjaan abang. Setabah Hani tak akan muncul. Abang sayang Hani sangat-sangat abang minta maaf kalau abang lukakan Hani.” Mereka berpandangan.

Hani sudah lama menitiskan air mata. Sumpah, taubat taknak cakap hal ni lagi. Irfan semakin rapat ke bibir Hani.

Bagaikan menunggu Que, Aqil menutup mulut Irfan, Aqilah menutup mulut Hani dan serentak si anak-anak berkata serentak

“Geli lah!”

#PerangMelawanMitos tak semua lelaki gila poligami.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now