Bab 13

18.7K 1.4K 53
                                    

Furqan yang terjaga lewat bangun dengan tergesa-gesa untuk mandi dan solat subuh. Apabila melihat pakaian sekolahnya tidak tergantung seperti biasa di tempat gosok baju, Furqan terus mencari mamanya. Dapur dituju. Tak syak lagi mama pasti ada di situ untuk menyediakan sarapan pagi.

Irfan yang sedang memasak bihun goreng dengan apron bunga-bunga memandang Furqan dengan ceria.

“Selamat pagi Furqan!” Sapa Irfan.

Furqan kebingungan. Sejak kebelakangan ini aturan hidup menjadi pelik. Papa mengambilnya di sekolah, mama tak gosok baju sekolah.

“Mama mana?” Tanya Furqan.

“Carilah papa! Ada pagi-pagi cari mama.” Irfan acah merajuk. Hakikatnya anak-anak memang akan mencari mama mereka dalam apa-apa jua hal!

“B-baju sekolah Furqan?” Tanya Furqan kepada Irfan. Takkan papa nak gosokkan pula?.

“Pakai jelah baju tak bergosok tu.” Gurau Irfan.

Tanpa banyak bunyi, Furqan masuk ke bilik gosok dan memakai uniform tidak bergosok. Walaupun nampak selekeh dan dia langsung tidak menyukai kedutan-kedutan itu namun tetap dipatuhi arahan papa.

Furqan turun semula ke dapur. Irfan garu keepala melihat kelurusan anaknya itu.

“Papa gurau je la Furqan, serius sangat! Hari ni sampai Jumaat papa minta cuti dekat cikgu Furqan. Jadi Furqan tak perlu pergi sekolah.” Terang Irfan.

“Ponteng?” Furqan pelik. Selalu mama kata jangan ponteng sekolah. Hari ini papa boleh pula kata minta cuti dekat cikgu. Macam mana nak pandai kalau ponteng sekolah?

“Tak nak ikut bercuti ke? Nak duduk sorang-sorang dekat rumah?” gertak Irfan.

Furqan terus menggeleng. Duduk dekat rumah seorang diri itu menakutkan! Macam mana kalau ada raksasa datang? Kalau Adudu ketuk pintu nak kata apa? Koko Tok Aba Aqil baru habiskan.

“Papa masak apa?” Si Furqan tukar topik.

“Bihun Goreng Singapura.”

“Kenapa tak Bihun Goreng Malaysia?” Aduh patriotik sungguh jiwa si anak. Goreng bihun apa itu pun nak dipertikaikan ke?

“Sebab kita kan serumpun!” Jawab Irfan.

“Se...rumpun?”  Ah pula dah!

“Serumpun tu sama benda banyak-banyak berkumpuldekat satu tempat.. Macam pokok buluh, pokok serai ke.” Bagi contoh pokok dekat budak lapan tahun yang duduk ditengah bandar, memang tahu sangat!

“Tak faham.” Si anak geleng kepala. Apakah itu buluh? Apakah itu serai? Sejenis serangga, tumbuhan atau makhluk asing?

“Tak masuk periksa jangan risau pergi tukar baju sana.” Irfan menyuruh Furqan pergi bersiap.

Kalau betul nak tahu kita betul-betul faham sesuatu benda, terangkan dekat budak-budak sampai dia pun faham.

“Mama, kita nak pergi mana?” Tanya Furqan teruja.

“Kita pergi jumpa kawan mama dulu lepastu kita pergi ke tempat yang istimewa.” Jawab Hani. Tak mahulah merosakkan kejutan.

“Mama baju Aqilah takda.” Rengek si lima tahun.

“Kan mama dah siap lipatkan semua.” Baju apa pula yang tak ada?

“Dress Elsa! Aqilah nak jadi Elsa hari ni.” Aqilah merujuk kepada gaun biru Frozen yang baru dibeli untuknya.

“Dress tu mama hantar dekat Makcik Mek Jah suruh pendekkan. Labuh sangat untuk Aqilah. Nanti dah siap pakailah.” Terang Hani.

Aqilah mula menarik muncung panjang. Air matanya mula bergenang tanda mahu melalak. Furqan terus mengambil baju kotak-kotak Aqilah yang sepadan dengan Aqil.

“Aqilah nampak cantik pakai apa-apapun. Baju ni nanti sama dengan Aqil. Kauorang kan kembar.” Pujuk Furqan. Banyak pula patah perkataan keluar daripada mulutnya pagi ini.

Kecil-kecil dah pandai berayat manis, bila besar jangan jadi kaki ayat perempuan sudah anak sulungku nan seorang ini! Aqilah terus tersenyum. Baju yang dihulur oleh Furqan dia pakai dengan senang hati.

“Aqilah nak pakai tudung tak?” Tanya Hani. Anaknya baru berusia lima tahun jadi tiada paksaan dalam memakai tudung. Biarlah perlahan-lahan dahulu janji anaknya faham fungsi tudung yang sebenar. Dia sebagai ibu akan cuba menjadi suri teladan terbaik untuk puterinya yang seorang ini.

Short chapter super busy day

TSK : PermataWhere stories live. Discover now