Baju Melayu Irfan, Aqil dan Furqan sudah siap digosok. Aqilah sudah siap dalam kebaya labuhnya dan sedang sibuk menyuruh Hani memakaikannya selendang. Hani yang sedang menggosok bajunya sendiri pening kepala. Aduhai anak dara nan seorang!
“Suruh papa pakaikan.” Kata Hani.
“Hah? Papa? Okay…” Aqilah separuh tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Papa pakaikan shawl?
“Sini Aqilah cinta hati papa. Mama sibuk ya? Meh papa pakaikan.” Irfan mengambil selendang di tangan Aqilah.
“Kalau Aqilah cinta hati, mama apa?” Tanya Hani sengaja.
“Mama cinta jantung, limpa, paru-paru, saraf tunjang, otak…” Disenaraikan satu persatu organ badan manusia. Bertuah punya Irfan!
Selesai Hani melilit selendang, dia ke ruang tamu untuk melihat hasil usaha Irfan. Aqilah duduk tegak bak patung cendana. Furqan memegang pin dan jarum manakala Aqil memegang telefon Irfan.
Tengok tutorial selendang! Ya Allah, berdekah Hani ketawa. Hendak sahaja dia berguling-guling.
“Abaikan mama, itu cuma anasir jahat nak mematahkan semangat.” Irfan menekan butang main semula pada telefonnya.
“Aqilah okay?” Tanya Hani sambil menahan sisa tawanya.
Aqilah hanya mampu menyentuh jari telunjuk dengan ibu jari. Isyarat okay universal. Bimbang pula tercucuk pin jika membuka mulut.
Irfan dengan teliti mencucuk jarum kiri kanan melilit sana sini. Pakai macam biasa sudahlah… nak juga buat yang susah.
“Finally, Alhamdulillah selesai sudah.” Irfan menunjukkan hasilnya kepada Hani.
“Not bad, bolehlah 7/10.” Komen Hani. Padahal lilitan Irfan kemas dan cantik terletak!
“Not bad? Cantiklah ni 10/10. Meh sini tanggal balik shawl Hani abang lilitkan balik.” Irfan berdiri untuk menangkap Hani.
Hani apa lagi terus menyambar anak-anaknya dan berlari keluar. Kalau ditangkap Irfan mahu lambat dua jam mereka ke majlis.
Dewan majlis berhias cantik hasil sentuhan Dixsya.co. Tema putih Kristal bagai berada di kayangan. Makanan sudah terhidang di atas meja. Tiada beza antara makanan untuk vip dan makanan kanak-kanak syurga yang dirai kerana ini majlis mereka. Anak-anak ini selayaknya merasai kenikmatan yang serupa kerana merekalah vip sebenar.
Kerusi-kerusi mula dipenuhi dengan tetamu. Harga untuk satu kerusi ialah RM100 bagi orang dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak. Seribu kerusi sudah terjual. Siapa kata orang Malaysia kedekut?
Irfan dan Hani menuju ke arah anak-anak Rumah Kasih Syukur. Budak lelaki berjubah putih dan yang perempuan berjubah hitam. Sejuk sahaja memandang mereka semua tunduk. Bukan menghadap telefon tapi menghadap Al-Quran! Tiada yang berbual kosong. Generasi inilah yang mereka impikan. Generasi yang menjunjung sunnah dan berteraskan Al-Quran. Mempersiapkan diri untuk menjadi bala tentera Imam Mahdi bila saatnya tiba nanti kerana janji Tuhan itu benar. Islam akan tegak kembali di muka bumi ini tidak perlu risau tentang itu. Tetapi, risaulah kepada diri-sendiri bergunakah kita kepada agama bila sampai masanya nanti?
Majoriti penghuni RKS ialah anak yatim. Ada juga anak luar nikah yang ditinggalkan dalam struktur khas yang dibina di hadapan RKS untuk bayi yang tidak diingini. Banyak tomahan masyarakat yang terpaksa dihadapi ketika struktur itu siap. Kata mereka, kemudahan seperti itu akan menambah lagi kes zina. Tetapi semua yang berada di RKS lebih tahu berbanding masyarakat. Banyak baik daripada buruknya pembinaan struktur itu.
“Acara akan dimulakan sebentar lagi. Hadirin diminta bertenang dan duduk di tempat masig-masing.” Nabil sebagai pengacara majlis akan memulakan acara.
YOU ARE READING
TSK : Permata
RomanceDaripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi...