Bab 17

21.8K 1.4K 43
                                    

Selesai subuh, mereka terus bersiap. Kata Irfan aktiviti mereka akan menjadi teramat padat hari ini. Kalau sempat, seluruh pulau hendak dijelajah bersama.

"Huarggghhh!" Jeritan Aqilah menggemparkan satu bilik.

"Kenapa?" Irfan yang paling hampir dengan Aqilah bertanya.

"Ya Allah... Tengok tangan tu pegang mana?" Hani sangat memahami mengapa Aqilah menjerit.

Irfan mengalihkan pandangan ke tangannya yang diletak di kepala sofa. Lebih tepat, di atas tudung Hani dan Aqilah.

"Kenapa? Ada bom ke dekat situ?" Tanya Aqil tidak faham.

"Kedutlah nanti!" Dua beranak itu berkata serentak.

Peringatan untuk kesekian kalinya, jangan sentuh tudung yang telah siap digosok, boleh mendatangkan mood yang tidak baik.

Furqan terus menyelamatkan Aqil dan Irfan daripada dibebel Hani dan Hani Jr. Tangan mereka berdua ditarik keluar bilik.

"Baik minta maaf." Furqan menunjuk ke arah gerai goreng-goreng yang baru buka di tepi pantai.

Minta maaf dengan makanan? Papa dah besarkan kau dengan betul Furqan!

Makam Mahsuri, Padang Mat Sirat

Lagenda Mahsuri yang masih lagi menjadi bualan orang. Makamnya dijaga rapi. Sentiasa dibersihkan. Replika rumah tradisional masyarakat zaman dahulu turut dibina bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai kehidupan zaman Mahsuri.

"Mama, cerita la." Aqil meminta Hani bercerita kisah lagenda Mahsuri.

Pada zaman dahulu, ada seorang anak dara yang sangat rupawan. Dia menjadi kegilaan semua lelaki di kampungnya. Mahsuri telah berkahwin dengan Wan Darus. Wan Mahora isteri kepada ketua kampung berasa cemburu kerana suaminya turut menaruh hati kepada Mahsuri.

Wan Darus terpaksa pergi berperang dan meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung. Setelah cukup bulan, Mahsuri melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Wan Hakim.

Namun, langit tidak sentiasa cerah. Kehadiran seorang pedagang kain yang bernama Deramang yang datang ke rumah Mahsuri untuk berniaga membuka ruang untuk Wan Mahora melunaskan dendam dan iri hati yang bersarang sekian lama. Keakraban Mahsuri dan Deramang membuka pintu untuk Wan Mahora menabur fitnah.

Wan Mahora membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Dato' Pekerma Jaya Wan Yahya. Suaminya termakan hasutan isterinya untuk memerhati tindak-tanduk Mahsuri. Mengeruhkan keadaan apabila Deramang dilihat naik ke rumah Mahsuri. Tanpa usul periksa, Mahsuri dan Deramang diheret ke Padang Mat Sirat untuk diadili.

Mahsuri tidak diberi ruang untuk membela diri. Kebenaran bahawa dia menyuruh Deramang untuk menjaga anaknya Wan Hakim sementara dia turun ke bendang terkubur tanpa ada yang mendengar. Mereka berdua dijatuhi hukuman mati.

Sebelum Mahsuri menghembuskan nafas terakhir, dia bersumpah. "Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Melihat segalanya, aku reda dengan kematianku andai benar aku bersalah. Tapi, jika benar aku dianiaya, aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini dan aku bersumpah, bumi langkawi tidak akan aman. Berpuakalah menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan."

Darah putih kelihatan mengalir daripada luka tikaman keris. Menandakan Mahsuri difitnah.

Wan Darus yang pulang dengan kekalahan bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila mengetahui bahawa isterinya mati difitnah. Dia membawa anak lelaki bersama ahli keluarganya yang lain keluar daripada Langkawi.

Sumpahan Mahsuri ternyata benar. Siam menyerang Pulau Langkawi. Keadaan huru-hara yang berakhir dengan Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur membuktikan Mahsuri tidak bersalah.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now