Seharian Hani duduk menghadap komputer riba menggali maklumat mengenai proses pengambilan anak angkat Syria. Prosedur yang panjang dan sukar. Melibatkan taraf kewarganegaraan, hak penjagaan dan banyak lagi. Berdenyut segala saraf otak dibuatnya. Dikumpul segala data yang perlu. Bukan mudah untuk meyakinkan Irfan bahawa cadangan yang dibuat oleh suaminya itu perlu diperhalusi lagi. Hujah tanpa maklumat dan bukti yang mantap pasti ditolak tepi mentah-mentah. Bekas ketua pembangkang Bahas Ala Parlimen peringkat kebangsaan sekolah menengah zaman batu kata kau!
Ketukan pintu mengganggu konsentrasinya.
“Masuk.” Izin Hani sepatah.
“Surat daripada sekolah Furqan.” Farra menghulurkan surat yang disampaikan oleh Furqan. Isinya tidak dibaca kerana itu amanah Furqan untuk disampaikan. Bukan haknya untuk membaca.
“Letak dalam ‘in’ tray nanti saya baca.” Hani menyambung tugasnya langsung tidak mengangkat kepala.
“Tuan ada dekat luar. Saya keluar dulu ya?” Farra meminta diri
Irfan pula masuk dengan sengihan dan muka kepenatan. Apa yang lagi kacak daripada Irfan? Irfan dengan seragam polis! So Hot that I nearly melt haha.
“Bila masa abang sampai? Tak sedar masa berlalu cepat sangat.” Jam dikerling sekilas. Patutlah, cik abang muncul waktu pejabat sudah lama tamat rupanya.
Dia berjalan ke arah pantri untuk segelas air kosong. Irfan disalam dan dihulurkan air. Di pejabat atau di rumah, dia masih seorang isteri yang mengejar gelaran mithali.
“Hani, cuba senyum sikit.” Irfan memegang dagu Hani. Ditarik supaya melihat matanya.
Hani terus tersenyum. Dipeluk Irfan selama yang mungkin. Rasa seperti mahu masuk tembus ke dalam jasad Irfan.
“Penat ya? Kesian sayang. Jom makan luar.” Ajak Irfan.
Berkerut sekejap Hani dengan frasa ‘makan luar’ yang digunakan Irfan. Setahunya makan luar tu ...
“Makan dekat luar sayangku. Pantang salah guna perkataan yang sepatutnya mulalah otak tu terbang bersimpang siur! Aduhai Puan Nur Irfan Syuhadaku. Tapi kita balik dulu, berlengas nak mandi.”
“Nawfal pun ada dekat sini. Nanti Hani bagitahu Rania, Nawfal balik lambat sikit.” Hani terus ke mejanya untuk mengambil telefon.
Surat yang ditinggalkan oleh Farra diambil dan diserahkan kepada Irfan. Surat itu dibaca Irfan dengan penuh kerutan di wajah. Nombor telefon yang tertera pada kertas itu ditelefon. Ini nampaknya perkara yang serius kerana melibatkan pendidikan anak sulungnya.
“Assalamualaikum, Cikgu Wan?” Irfan bermukaddimah.
“Waalaikumussalam, ya saya. Boleh tahu siapa bercakap?” Jawabnya setelah menjawab panggilan yang masuk ketika dia sedang melepak di kedai kopi. Macamnilah hidup bujang.
“Saya Irfan, ayah Furqan. Nak tanya tentang Program LINUS lepas waktu sekolah ni.” Irfan memberitahu.
“Oh, macam ni encik, Furqan ada masalah pembelajaran sebenarnya. Saya rasa encik pun tahu yang Furqan tak berapa cemerlang dalam akademik. Program LINUS atau Literacy and Numeracy Screening ni bertujuan untuk membantu pelajar macam Furqan. Jadi saya minta waktu Furqan hanya satu jam setiap hari.” Cikgu Wan menerangkan tentang program itu.
“Cikgu, rasanya tak perlu. Kami dah ada tutor peribadi untuk Furqan. Tak perlulah cikgu nak buang masa ajar dia. Cikgu mesti ada banyak lagi hal nak selesaikan. Lagipun, tak ada orang nak ambil dia nanti.” Terang Irfan. Apa guna bayar RM 1500 sebulan kepada Naila jika tak mampu membantu Furqan?
“Saya lepasan UPSI yang memang terlatih untuk membantu anak-anak yang agak lemah dalam pelajaran. Khidmat saya percuma encik. Memang bagus ada private tutor tapi cuba encik tanya balik budak macam mana yang dia ajar sebelum ini dan untuk makluman encik, Furqan akan diajar berasingan daripada murid LINUS lain sebab dia ada masalah tumpuan pembelajaran. Tentang masalah penangkutan, jangan risau, saya boleh tolong hantar dia pulang. Bukan hak saya nak menyibuk tentang keluarga encik tapi, mungkin Furqan ada masalah dyslexia dan gangguan mental. Kalau boleh bawalah dia pergi jumpa pakar.” Cikgu Wan sudah sedia untuk disembur dengan kata-kata pedas. Biasalah setiap kali dia berbual dengan ibu bapa murid LINUS masing-masing kuat melenting katanya anak mereka tidak bodoh. Tiada siapapun yang cakap anak mereka bodoh, sendiri terasa kenapa?
Irfan terdiam mendengar luahan panjang Cikgu Wan. Hani yang turut sama mendengar kerana Irfan membuka pembesar suara baru sahaja mahu membuka mulut untuk menyerang cikgu bermulut lancang itu tetapi disumbat dengan epal di atas meja oleh Irfan.
“Kalau tak menyusahkan cikgu, saya izinkan.” Balas Irfan. Salam bertukar dan talian telefon diputuskan.
Epal yang disumbat dalam mulut Hani, Irfan keluarkan dan gigit.
“Bagi la Hani cakap, suka cikgu tu je nak cakap anak kita macam-macam!” Hani bengang.
“Hani, ingat tak dulu masa kita polis biasa. Masa kita nak bebaskan budak bawah umur yang diikat jamin. Ingat tak mak bapak budak tu cakap apa?” Irfan cuba membawa memori lama.
“Budak tu baik, tak salah.” Tentulah Hani ingat! Mana boleh lupa dimaki mak bapak orang teruk-teruk.
“Semua ibu bapa ingat anak dia bagus, tapi, kita sebagai mak ayah kena ingat, orang yang tegur kita tentang anak kita, tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kalau itu bidang tugas cikgu tu, biarkan. Untuk dapatkan yang terbaik untuk Furqan, kita kena terima. Kelas LINUS kalau memang dia kena pergi, pergilah. Nanti abang suruh Akid ambil dia.” Kata Irfan memujuk Hani.
Hani mengangguk faham. Ada juga kebenaran kata-kata Irfan. Tapi, tentang dyslexia dan masalah mental, itu Hani tidak boleh terima. Bukan kurang kasih sayang dia curahkan kepada Furqan. Makan pakainya cukup, keperluannya lengkap. Ada juga mereka bermain. Kalau nak bermanja-manja sangat, Furqan mestilah faham mama papa dia sibuk, dengan adik-adik kembar lagi.
“Malam ni tak payah keluarlah, esok sabtu baru keluar.” Patah semangat Hani.
Irfan turutkan sahaja lagipun esok dia bercuti.
Pintu Nurseri dibuka, kelihatan anak-anak sedang bermain lompat tikus. Anak-anak mereka memang tidak didedahkan kepada gadget sejak dari kecil kerana lebih buruk daripada baiknya. Biarlah mereka membesar dengan cara lama.
YOU ARE READING
TSK : Permata
RomanceDaripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi...