Bab 12

20.6K 1.4K 208
                                    

Furqan memandang Cikgu Wan. Cikgu Wan memandang Furqan. Loceng sekolah berbunyi. Rakan-rakan yang lain sudah lesap daripada pandangan. Nawfal yang berada di luar kelas tergaru-garu. Kenapalah pula adiknya asyik ditahan sahaja?

“Assalamualaikum Cikgu Wan, nak jumpa Furqan sekejap boleh?” Nawfal meminta izin. Cikgu Wan hanya mengangguk.

“Siapkan cepat.” Nawfal memberi sekeping kertas kepada Furqan. Kemudian Nawfal pergi meninggalkan Furqan dengan Cikgu Wan.

Kertas itu Furqan buka. Perkataan pelik berpusing huruf bercelaru. Tidak dapat Furqan tafsir sekali imbas.

“Cikgu... Bacakan.” Pinta Furqan. Jangan segan! Bila tak tahu minta bantuan. Itu pesan Atuk.

“Cuba Furqan eja.” Dipatahkan balik permintaan itu.

“Fuqan tak...” Cikgu Wan menghentikan ayat Furqan.

“Furqan tahu tak kata-kata itu doa? Kalau selalu cakap tak pandai, nanti jadi betul-betul. Jangan cakap macam tu lagi.”

“Baik.” Furqan tunduk.

Kertas di tangan Furqan Cikgu Wan ambil. Tulisan tangan budak darjah 3. Kemas dan cantik itu budak perempuan. Serupa tulis dengan kaki itu budak lelaki. Boleh cam sangat dah. Terangkat kening Cikgu Wan melihat satu senarai lukisan siap bersaiz dan bertanda harga. Budak-budak ni buka perniagaan dekat sekolah ke macam mana ni?

Senarai lukisan
Saiz besar (RM1.50)
- Logo Harimau Malaysia (2)
Saiz kecil (RM1.00)
- Anime perempuan pakai tudung
- Itachi Uchiha
-Sasuke dengan Sakura

“Furqan suka melukis?” Tanya Cikgu Wan.

Furqan sekadar angguk kepala.

“Cikgu boleh tolong Furqan tapi Furqan ikut dulu cakap cikgu. Okay?” Cikgu Wan membuat cadangan bijak. Give and take harus ada!

Cikgu Wan memulakan ujian dyslexia ke atas Furqan. Ujian yang agak mudah dan tidak terlampau klinikal. Disuruh Furqan menyebut singkatan suku kata perkataan. Baca perkataan perkataan mudah seperti pagi, topi dan gula. Kemudian perkataan yang lebih sukar suku katanya seperti bunga dan payung. Ujian ejaan dan kira-kira mudah juga diberi. Furqan sudah tiada masalah mengenal abc cuma tulisannya agak cakar ayam, ayam pun tak mengaku itu tulisan dia!

Masalah Furqan yang Cikgu Wan sudah perhatikan dari tadi, dia akan berhenti separuh jalan bila buat kerja yang agak panjang. Fokusnya kurang. Hasil ujian diletakkan dalam sampul dan akan diserahkan sendiri kepada ayah Furqan yang memberi kebenaran kepadanya untuk menjalankan ujian itu.

“Cikgu, tunaikan janji.”

“Iya, cikgu ni nampak macam tak jujur ke?” Cikgu Wan sengaja angkat kening.

“Ingatkan je.” Furqan sudah sedia mendengar. Jarinya memegang pensil dan kertas.

“Logo Harimau Malaysia besar dua.” Baca Cikgu Wan.

Furqan terus melukis logo kasar agak besar dua. Mustahil dia tidak tahu logo ini Abi Afiq gila bola. Selalu juga ditayang tetapi dia tidak ingat perinciannya. Nantilah minta bantuan Nawfal.

“Anime perempuan bertudung saiz gambar kecil”

Perempuan bertudung dengan baju panjang dan seluar.

“Siapa tu?” Tanya Cikgu Wan. Kagum dengan kepintaran anak ini. Tidak mampu menulis perkataan dia lukis apa yang dicakapkan.

“Cik Ila.”

“Cantik?”

“Cantik, tapi garang macam singa.”

“Oh takutnya. Lagi dua gambar Itachi Uchiha, Sasuke dengan Sakura dalam satu gambar.”

TSK : PermataWhere stories live. Discover now