Bab 19

20.9K 1.5K 108
                                    

Island hopping!

Bot yang dinaiki oleh mereka sudah dipenuhi dengan penumpang lain. Furqan dari tadi mencari sesuatu untuk dijadikan subjek fotografinya. Tiba-tiba lensanya terhala ke arah seorang budak perempuan sebayanya yang memakai tudung labuh dan niqab. Dihujung niqabnya tersulam initial FE. Seluruh ahli keluarga perempuan budak itu turut memakai niqab. Tak rimas ke budak tu?

Gambar kandid budak perempuan itu diambil beberapa kali.

Turun sahaja di Pulau Dayang Bunting, Furqan kehilangan jejaknya.

“Ma, nanti kita naik bot yang sama kan?” Tanya Furqan kepada Hani.

Hani mengiyakan. Furqan gembira kerana akhirnya dia menjumpai satu subjek yang menarik minatnya.

Pantai Beras Basah.

Furqan tidak mengikut kembar dan papa mandi di persisiran pantai yang amat bersih itu. Dia memberanikan diri menghampiri budak berniqab itu. Hani sekadar memerhati. Apa punya Islamik taste anak aku yang sulung ni?

Tak sempat Furqan menegur, Si FE perasan hadirnya Furqan. Dia hendak lari tapi Furqan halang.

“Saya nak tangkap g-gambar awak je.” Aduh waktu ni juga gagap nak muncul! Spoil!

Budak itu diam. Kepala digelengkan tanda tidak setuju. Furqan menutup lensa kamera. Dia mahu berbual dengan budak perempuan unikitu. Si Introvert Furqan ingin berbual? Satu perkembangan baharu! Hani terus pergi ke arah Furqan untuk membantu. Kakak budak itu juga mendekatinya.

“Assalamualaikum, si cantik. Nama kamu siapa?” Soal Hani.

“Waalaikumussalam, saya Fairuz Eryna.” Tangan Hani disalam dan dicium.

Hani juga berjabat tangan dan berpelukan dengan kakak Eryna.

“Kenapa awak pakai niqab?” Terkeluar terus pertanyaan Furqan.

“Maaflah anak saya ni, budak-budak lagi semua benda dia nak tahu.” Hani meminta maaf bagi pihak Furqan sedangkan dia sendiri sebenarnya mahu bertanya soalan yang sama.

“Tak apa, duduklah saya cerita.” Kakak Eryna melabuhkan punggungnya di atas pasir.

Hani turut duduk di situ. Furqan mengikuti Eryna dengan lensanya. Gambar kandid yang cukup cantik ditangkap. Gambar Eryna bersama ibu bapanya turut ada.

“Sebenarnya, kami dari kecil memang dibiasakan begini. Sejak lahir sudah bertudung dan apabila mumayyiz umi menyuruh kami berniqab. Pendek kata, kami memang dihidupkan dengan sunnah sejak lahir sehingga sekarang saya empat belas tahun dan Eryna lapan tahun tak pernah sekalipun kami keluar tanpa tudung.” Terang gadis itu. Baru 14 tahun rupanya...

“Selesa ke macam ni? Eryna boleh terima ke?” Teringin juga Hani tahu.

“Nak tak nak memang kena. Masuk tahun ni saya dah lapan tahun berniqab, Eryna dah biasa dia ikut sahaja. Abi kata syurga bawah tapak kaki ibu, jadi kalau dah itu syurga kami, ikutkan sahaja.”

“Auntie harap kamu ikhlas berniqab bukan sebab abi atau umi kamu. Apa-apapun auntie doakan yang terbaik.” Bahu anak itu diusap.

Hani berjumpa pula dengan ibu bapa mereka. Daripada raut wajah ayah dan cara ibunya terpancar satu imej keluarga islamik. Hani dan Irfan juga berusaha ke arah itu tetapi tidaklah sedahsyat itu.

Hani mengambil Furqan dan dibawa ke tempat Irfan dan kembar.

“Furqan kesian dengan dia.” Furqan merujuk kepada Eryna.

“Kenapa?” Tanya Hani.

“Dia tak gembira. Furqan tahu.” Furqan dapat merasai Eryna.

“Mama tak akan paksa anak-anak mama buat sesuatu. Kalau Furqan terasa mama paksa Furqan belajar, sebenarnya tak sayang. Cuma mama tak tahu. Furqan perlu beritahu mama. Lepas ni, Furqan boleh masuk bilik mama bila-bila masa. Mama ada untuk Furqan. Maafkan mama kalau selama ni mama dingin dengan Furqan terlalu fokus dengan kerja mama sedangkan Furqan sebenarnya keutamaan mama.” Dahi Furqan dicium.

TSK : PermataWhere stories live. Discover now