PROLOG

14.5K 242 3
                                    

HAWA menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Dia menyesal kerana memperlekehkan orang-orang disekelilingnya. Gurauannya sendiri telahpun membawa kepada musibah. Dia sungguh menyesal dengan perbuatannya tapi apakan daya, salahnya juga kerana memperlekehkan orang-orang miskin. Mungkin Allah ingin memberi pengajaran terhadapnya. Hawa terkejut apabila seseorang melemparkan bajunya ke arah dirinya.

"Pakai baju kau tu. Tak ada guna pun nak menangis lagipun yang kau nak menangis kenapa? Kita halalkan?" kata lelaki itu dengan sinis. Kata-kata sinis yang dilemparkan oleh lelaki itu membuatkan kemarahan Hawa membara.

"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" jerit Hawa. Jeritan Hawa hanya mengundang ketawa Rifqi. Rifqi yang sedang berdiri di depan meja solek itu berjalan ke arah Hawa dengan perlahan membuatkan gadis itu ketakutan. Hawa gadis lagi ke setelah apa yang Rifqi dah buat dekat dia? Rifiqi menyentuh rambut Hawa yang panjang itu. Cantik. Satu ungkapan Rifiqi yang hanya berlegar di dalam kepalanya. Rifqi memerhati segenap wajah milik Hawa. Hawa mempunyai wajah yang menarik di mana bentuk mukanya berbentuk bujur sirih dengan kening yang seperti dicukur tetapi sebenarnya kening asli. Mata coklatnya dan hidungnya yang mancung sedikit serta bibir mungilnya yang sentiasa kemerahan walaupun tanpa memakai sebarang alat solek. Tapi sayang, kecantikan yang dimiliki oleh Hawa tak setanding dengan perangainya. Itu adalah tanggapan Rifqi secara mata kasarnya.

"Ni baru permulaan Hawa Afwan. Nanti ada sikit lagi seksaan yang kau kena tanggung sebab kebodohan kau waktu sekolah dulu! Kalau kau rasa tak nak ada third round kat sini baik kau pergi mandi sekarang sebab bila aku tengok badan kau yang berselimut ni buat aku geram." kata Rifqi dengan senyuman gatalnya. Hawa memandang Rifqi dengan perasaan yang sangat jijik.

"Dasar binatang!!" jerit Hawa lalu meludah di muka Rifiq. Rifqi memejam matanya lalu mengelap kotoran di mukanya. Rifqi menarik rambut Hawa yang panjang itu sehingga gadis itu terdongak ke atas.

"Hei, perempuan! Kalau kau rasa kau tak nak sakit, baik kau ikut arahan aku. Jangan sampai muka kau yang hodoh tu bertambah hodoh bila aku belasah kau! Kau memang tak serikkan?! Dasar perempuan murahan!" marah Rifqi sambil menolak kepala Hawa. Rifqi keluar dari biliknya. Dia malas mahu melayan kerenah isteri yang dibencinya. Disebabkan isteri dia tulah, maruahnya dipijak-pijak. Kau tunggu Hawa, kau tunggu!

HAWA memandang ke luar kereta. Dia tak sanggup nak pandang suami dia sendiri yang dah rogol dia sendiri. Hawa tak sangka yang Rifqi berdendam dengannya sampai macam tu sekali. Mungkin dendam Rifqi mula bertambah selepas mereka terpaksa berkahwin. Hawa tak minta semua ni. Air mata Hawa menitis lagi. Tiba-tiba kereta berhenti di tepi jalan.

“Turun.” Hawa bingung. Ni bukan jalan balik ke rumah mertuanya.

“Kau tak faham bahasa ke? Aku suruh turun, turunlah!!”

“Ta… Tapi ni bukan rumah mummy.” jawab Hawa.

“Kau ingat aku nak simpan perempuan kotor macam kau ni? Kau turun sekarang!” Hawa terkedu. Tak sangka suaminya sendiri menghalaunya setelah Rifqi sendiri rampas segalanya daripada dia. Hawa terdiam apabila Rifqi keluar daripada keretanya lalu bergerak ke pintu pemandu.

“Kau turun sekarang!” Sergah Rifqi lalu mengheret Hawa keluar daripada keretanya. Hawa yang masih belum hilang kesakitan di ari-arinya terpaksa mengikut langkah Rifqi.

“Awak! Awak! Please jangan buat saya macam ni. Saya isteri awak!” Rayu Hawa seperti pengemis.

“Kau dengar sini Hawa Afnan! Aku! Syed Rifqi Harith…!” Hawa menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menangis teresak-esak.

“Tak ada isteri macam kau dan aku akan seksa kau sampai kau mati!” Herdik Rifqi lalu memboloskan dirinya di dalam kereta. Hawa cuba menahan kereta suaminya dengan mengetuk-ngetuk pintu kereta.

“Awak! Awak! Jangan tinggalkan saya! Saya takut!” Rayu Hawa. Enjin kereta menderum kuat meninggalkan Hawa bersama linangan air matanya. Hawa sedih. Dia tak tahu bala apa atau ujian apa yang menimpanya ketika ini. Mungkin ini kifarahnya. Hawa teringat akan seseorang. Maira! Hawa mencapai telefon bimbitnya di poket seluarnya. Mujur dia meletakkan telefon bimbitnya di dalam poket seluar. Kalau tak, terkontang-kanting dia kini.

“Hello.” Sapa Maira dengan suara serak basahnya seperti baru bangun tidur. Hawa melihat jam di tangannya. Patutlah, pukul 1 pagi.

“Maira? Maira, sorry aku kacau kau tidur. Aku… Aku nak mintak tolong kau…” Hawa mula menangis lagi.

“Hawa, kau kenapa ni?” Soal Maira. Terus matanya sugar bugar apabila mendengar tangisan Hawa. Apa lagilah yang Rifqi dah buat dekat Hawa.

“Rifqi tinggalkan aku. Tolong ambil aku Maira.” Rayu Hawa dengan sisa tangisnya.

“Ya Allah! Kau kat mana sekarang ni Hawa?!” Maira terus turun dari katilnya untuk bersiap. Kau memang nak kena Rifqi!

“Aku tak tahu. Kau tahukan kondo Rifqi kat mana? Aku agak dalam 15 minit daripada kondo Rifqi.” Beritahu Hawa.

“Okay, okay. Kau tunggu situ. Jangan pergi mana-mana. Aku datang sekarang.” Talian dimatikan. Seperti lipas kudung Maira bersiap.

HAWA!” Hawa yang sedang menyebamkan mukanya sambil memeluk lutut terus mengangkat mukanya.

“Maira!” Hawa berlari mendapatkan Maira lalu memeluk gadis itu.

“Ya Allah, Hawa. Kau okay tak? Rifqi buat apa lagi dekat kau?” Soal Maira, risau. Hawa tidak berhenti menangis apabila dia terkenangkan perbuatan Rifqi terhadapnya.

“Okay, okay. Kita balik dulu. Kita tenangkan diri kau dulu. Jom.” Maira memimpin Hawa yang seperti kesakitan apabila ingin berjalan. Maira memandu ke klinik berdekatan untuk Hawa memeriksa keadaannya.

“Maira? Kita buat apa dekat sini?” Soal Hawa seperti ketakutan.

“Aku tengok kau tak okay. Kita pergi jumpa doktor dulu lepastu baru kita balik okay?” Pujuk Maira. Hawa menggelengkan kepalanya.

“Aku nak balik. Please Maira. Faham aku. Aku ada kau aje sekarang ni. Semua orang benci aku! Please, Maira.” Rayu Hawa lagi. Maira mengeluh.

“Okay, okay. Kita balik. Tapi kau kena janji dengan aku yang kau akan cerita semuanya dekat aku apa yang Rifqi dah buat dekat kau.” Lambat-lambat Hawa menganggukkan kepalanya.

“Okay. Tapi aku nak beli makanan kejap. Tiba-tiba aku rasa lapar and aku tahu kau pun lapar. Tunggu sini.” Hawa mula tertawa kecil. Maira merupakan sahabat baiknya yang sanggup bersusah payah untuknya. Tak ada kawan macan tu zaman sekarang ni. Yang ada kawan tikam belakang aje.

“Kau ni. Gelak pulak. Ingat, jangan pergi mana-mana!” Maira mengingati sekali lagi.

“Ya, aku tak ke mana-mana.” Setelah yakin dengan kata-kata Hawa, Maira meninggalkan Hawa seketika.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now