BAB 24

9.8K 150 0
                                    

RIUH rendah rumah milik Tan Sri Syed Suhaimi dengan gelak tawa saudara maranya. Sesungguhnya keluarga Tan Sri Syed Suhaimi merupakan sebuah keluarga yang besar berbanding dengan keluarga milik Puan Sri Ismahani. Tapi kebanyakan saudara mara Tan Sri Syed Suhaimi tak berapa suka dengan sikap Puan Sri Ismahani yang terlampau materialistik. Hawa menuruni tangga rumah dengan perlahan.

“Eh, Kak Hawa!” Sepupu Rifqi iaitu Alin cepat-cepat mendekati Hawa yang sedang menuruni tangga itu. Risau betul Alin tengok keadaan Hawa tu. Rifqi pula mahu tercabut jantung tengok Hawa yang seksi tu padahal pakai baju mengandung biasa aje.

“Kenapa akak tak cakap nak turun. Bahayalah. Perut akak tu besar tahu tak.” Bebel Alin. Hawa tertawa kecil.

“Akak okaylah. Tak ada apa pun.” Balas Hawa. Alin membantu Hawa duduk di sofa yang berada di ruang tamu itu. Kelihatan di ruang tamu ada Husna sekali. Patutlah rancak semacam.

“Tak payahlah Alin nak manja-manjakan dia tu. Pandailah dia uruskan diri dia. Nak mengandung sangatkan.” Perli Puan Sri Ismahani. Hawa membetulkan duduknya dan berdehem sedikit.

“Kak Hawa nak pergi mana ni?” Soal Amir iaitu adik kepada Alin.

“Akak nak keluar. Yalah, buat apa akak ada dekat rumah nikan kalau ada laki tapi laki sendiri pun tak reti jaga bini. Akak tak boleh bayangkanlah kalau laki akak tu kahwin lain tapi bini pertama dia pun tak reti nak jaga. Akak bukan apa tapi akak kesian dengan madu akak tu. Dapat pulak mak mertua yang sebiji perangai dengan laki akak…” Bunyi hon yang sengaja ditekan menghentikan percakapan Hawa.

Daddy, Hawa pergi dulu eh. Kawan Hawa dah sampai. Hawa pergi dulu ye, semua.” Hawa meminta diri.

“Haa tengoklah menantu kesayangan awak tu!” Kata Puan Sri Ismahani.

“Tak sangka Husna perangai dia macam tu. Ingatkan dah berubah.” Sampuk Husna pula.

“Apa yang Hawa cakap tu betul, kak. Tak ada yang salah pun. Sepanjang saya kenal Abang Long ni, tak pernahlah dia sekurus ni walaupun dia sedih macam mana pun tapi semenjak dia kahwin dengan akak…”

“Sudahlah tu Ngah.” Larang Tan Sri Syed Suhaimi. Terkedu Puan Sri Ismahani dibuatnya.

“Ngah naik dululah.” Pamit Mak Ngah.

HAWA memboloskan dirinya di dalam perut kereta. Senyuman manis dilemparkan kepada Zarul.

“Dah?” Soal Zarul.

“Dah.” Balas Hawa. Zarul menekan pedal minyak dan perlahan kereta itu bergerak meninggalkan pekarangan rumah Tan Sri Syed Suhaimi.

“Nampak macam happy semacam aje.” Kata Zarul.

“Hah? Tak adalah. Biasa aje.” Jawab Hawa dengan senyuman manis.

Something happen sebelum keluar rumah? Atau…” Zarul sengaja menghentikan percakapannya.

Or what?”

Or dah jatuh cinta dengan husband sendiri?”

What?! Pleaselah Zarul!” Zarul tertawa.

Chill Hawa. I gurau aje okay.” Kata Zarul.

“Zarul, you tahukan I tak suka bergurau pasal family mertua I. You pun tahu macam mana tak sukanya mak mertua I and husband I dekat I.” Kata Hawa.

“Ya, Hawa. I tahu tapi I just pelik kenapa tiba-tiba you happy semacam. Tak nak share?” Soal Zarul.

“Mestilah I happy. You tahu tak seumur hidup I, I tak pernah lawan cakap mak mertua I but just now I dah lawan cakap dia and I rasa puas sangat dapat kenakan dia.” Luah Hawa.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now