BAB 12

7.1K 121 0
                                    

SEPANJANG perjalanan, Hawa hanya mendiamkan diri. Rasa geram pulak dia dengan Rifqi ni. Suka sangat mainkan hati dan perasaan orang. Muka Hawa cemberut.

“Dah, dahlah tu gelaknya.” kata Hawa. Rifqi sedaya upaya cuba menahan tawanya.

“Aku tak boleh lupa bila tengok muka kau tadi. Haihh, nasib comel.” Merona merah muka Hawa dibuatnya.

“Kau jangan nak beria eh.” Hawa memberi amaran.

“Okay, okay. Sorry. Lamalah tak jumpa kau. Bila jumpa ni, kau tau tak macam mana rasa excitednya aku?” Hawa mencebik.

“Eii, mulut kau ni. Suka sangat mencebik.” Kata Rifqi mulai geram.

Whatever. Kita nak pergi mana ni?” soal Hawa.

“Emm, adalah.” Rifqi seperti mahu berahsia.

“Eh, kau ni. Suka suki aje nak rahsia rahsia. Kau ingat kau tengah bawak anak kucing?”

“Bebel aje mulut kau ni. Tak bawak pergi mana pun. Papa cakap kau baru habis study. Haa aku nak bawak kau jalan-jalanlah ni.” kata Rifqi. Hawa membulatkan matanya.

“Jalan-jalan ke mana gilerr? Aku penatlah. Otak aku perlukan rehat!” Hawa membentak.

“Okay, dah sampai. Rehatkanlah otak kau tu.” Terbuntang mata Hawa apabila mereka berada di pusat beli-belah yang terkemuka itu.

“Kita buat apa kat sini?” soal Hawa.

“Kata nak rehatkan otak.” jawab Rifqi.

“Kau perli aku ke apa ni? Aku mana mampu nak shopping kat sini kott.”

“Hawa, Hawa. Ada aku cakap beli pakai duit kau?” Hawa memandang Rifqi.

“Kau belanja?!” Melihatkan Rifqi yang menganggukkan kepalanya, terus bersinar biji mata Hawa.

“Okay, jom!” Semangat pulak Hawa hari ni.

“ASSALAMUALAIKUM!” Hawa memberi salam.

“Waalaikumusalam.” Jawab Maira. Terkejut Maira apabila banyak beg kertas berjenama di tangan Hawa.

Babe! Kau dari mana ni?!”

“Hishh, kau ni. Bisinglah. Senyaplah sikit. Kesian jiran tetangga nak tidur.” Kata Hawa sambil masuk ke dalam rumah.

“Hawa! Kau dari mana ni? Banyaknya barang! Jangan cakap kau dengan Tan Sri…”

“Hoii! Mulut jangan macam-macam eh. Kau ni tak baik tuduh member macam tu. Sinilah kalau nak tahu cerita.” Hawa mengajak Maira duduk disebelahnya. Maira akur.

“Tadi aku jumpa Rifqi! Kau tahu tak sebenarnya Rifqi tu anak Tan Sri! Haa, dialah yang belikan untuk aku semua ni.” Terkejut Maira dibuatnya. Perlahan-lahan Maira mengukir senyuman. Tak sangka dorang ni ada jodoh!

“Aku rasakan, Hawa. Kau dengan Rifqi ni ada jodohlah.” kata Maira. Membulat mata Hawa.

“Kau ni. Eii, mana ada.” Hawa menafikan.

“Elehh kau. Macamlah aku tak tahu yang kau tu still lagi ada hati dengan Rifqi kan?” Maira cuba mengorek isi hati Hawa.

“Eh, aku ada belikan kau baju tau! Banyak baju lawa-lawa kat situ. Patutlah aku tengok anak orang kaya semuanya lawa-lawa eh.” Hawa mula menukar topik. Maira hanya menggelengkan kepalanya apabila Hawa cuba menafikan perasaan sebenar dia.

HARI ini merupakan hari pertama Hawa bekerja di bawah Rifqi. Nampaknya Hawa kena biasakan diri. Nampak aje kelibat Rifqi lalu di hadapan mejanya, Hawa terus membuntuti Rifqi masuk ke dalam biliknya.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now