BAB 14

6.9K 126 0
                                    

HAWA membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya berpinar. Hawa memegang kepalanya. Terasa berat kepalanya tika ini. Hawa memandang jam yang terlekat di dinding bilik itu. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Hawa cuba mengingati apa yang berlaku. Setelah dia ingat apa yang berlaku semalam, Hawa memejamkan matanya. Hawa masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap untuk solat. Hawa mengeledah almari milik Rifqi. Mungkin dia jumpa sesuatu untuk dibuat solat. Seusai dia solat, Hawa mengejutkan Rifqi.

“Awak, awak. Bangun. Dah Subuh ni.” Kata Hawa. Kelihatan Rifqi sedikit menggeliat.

“Kau nak apa?” soal Rifqi dalam keadaan mamainya.

“Bangun, solat. Saya nak mintak izin awak. Saya nak balik rumah ambil baju.” Kata Hawa.

“Hmm.” Balas Rifqi. Hawa mengeluh lalu menyiapkan dirinya.

“HAWA!” Hawa yang sedang mengelamun di pondok bas itu tersedar apabila ada seseorang memanggilnya.

“Maira.” Hawa mengumam lalu memeluk Maira sekuat hatinya.

“Ya Allah, Hawa. Apa dah jadi dekat kau ni?” Soal Maira lalu meleraikan pelukan. Dia menilik muka Hawa yang ada sedikit kesan lebam di tepi bibir dan benjol di dahinya.

“Rifqi buat apa kat kau ni?” Soal Maira. Terkejut dia apabila Hawa menelefonnya sesusai Maira siap solat Subuh. Hawa menyuruh Maira mengambilnya di pondok bas berdekatan dengan rumah keluarga Rifqi.

“Hawa, aku tanya ni.” Kata Maira apabila Hawa hanya menunduk memandang lantai. Hawa memandang Maira lalu menggelengkan kepalanya.

“Maira, please jangan bagitahu sesiapa pun pasal benda ni. Kau kawan aku kan?” Hawa merayu. Maira mendiamkan diri. Melihatkan Hawa yang merayu itu, Maira menganggukkan kepalanya.

“Dah, jom kita balik.” Kata Maira. Hawa tersenyum hambar.

HAWA mengemas baju-bajunya. Hanya sedikit sahaja pakaiannya ditinggalkan di rumah Maira. Setelah dia mengemas bajunya, Hawa menyiapkan diri untuk ke pejabat pula. Seusai dia menyiapkan diri, Hawa turun ke ruang makan pula untuk bersarapan.

“Maira!” Hawa memanggil Maira.

“Ya!?” Balas Maira yang sedang bersiap di dalam biliknya.

“Mehlah makan. Tak rindu ke masakan aku ni.” Kata Hawa sambil mencedokkan Nasi Goreng Kampung ke dalam pinggannya dan pinggan Maira.

“Wahh! Nasi Goreng Kampung!” Maira yang sudah bersiap jadi teruja apabila nampak makanan kegemarannya. Sejak Hawa masakkan Nasi Goreng Kampung tu, Maira jadi addicted pulak.

“Ni lastlah kau dapat merasa masakkan aku. Lepas ni belajarlah masak.” Kata Hawa dalam nada sayunya.

“Alah, Hawa. Janganlah cakap macam tu.” Kata Maira pula. Sesungguhnya dia berasa sebak apabila Hawa akan berpindah.

“Nak buat macam mana? Ni hidup aku. Nak tak nak aku kena tempuhkan?” Kata Hawa. Maira hanya mengangguk.

“Kau pergi kerja ke?” Soal Maira.

“Em, nope.”

“Habis tu kau nak pergi mana?” Soal Maira, pelik. Hawa hanya mendiamkan diri.

“EH, Hawa!” Nurul menyapa Hawa. Hawa hanya melemparkan senyumannya.

“Nurul, tolong paskan surat ni dekat bos.”

“Surat apa ni?” Soal Nurul.

“Aku nak resign.” Kata Hawa. Terbuntang mata Nurul dibuatnya.

“Kau nak resign?!”

“Shhh!! Janganlah kuat sangat. Nanti orang dengar!” Marah Hawa.

Sorry, sorry. Tapi kenapa kau nak resign?” Soal Nurul. Hawa hanya tersenyum.

“Nanti kau bagi kat bos eh. Bye.” Pamit Hawa. Nurul yang terpinga cuba memanggil nama Hawa.

“Eh, Hawa! Hawa!” Namun panggilan itu tidak diendahkan oleh Hawa.

____________________________________

500 words . hambarrr 🐰

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now