“HAWA, pergi tolong mak belikan sup bunjut. Lupa pula mak nak beli hari tu.” Kata Mak Limah.
“Okay.” Hawa mendaki tangga yang memisahkan ruang dapur dan ruang atas. Sewaktu dia ingin masuk ke dalam bilik, Hawa bertembung dengan suaminya. Tanpa berlengah lagi, Hawa terus masuk ke dalam biliknya. Setelah memakai tudungnya, Hawa keluar dan turun semula ke dapur. Kelihatan Rifqi sedang duduk di meja makan dan bersembang dengan Mak Limah.
“Mak, Hawa pergi dulu eh. Sup bunjut nak berapa?” Soal Hawa.
“Beli tiga aje.” Jawab Mak Limah. Hawa menganggukkan kepalanya. Dia keluar daripada rumah dan menghampiri motosikal. Sikit pun dia tak pandang Rifqi. Bukan dia tak tahu yang Rifqi dari tadi lagi renung dia.
“I nak ikut.” Tiba-tiba datang pula Rifqi menganggu kebahagiaan Hawa.
“You ni dah kenapa tiba-tiba nak ikut I?” Soal Hawa, menyampah.
“Dah, tak payah nak perasan sangat. I nak tengok jalan-jalan kat sini aje. Bukan nak pergi teman you pergi kedai.” Kata Rifqi.
“Kalau nak tengok jalan-jalan kampung ni, pergilah jalan kaki. Yang nak ikut I naik motor ni dah kenapa?”
“I malas nak jalan kaki. Nanti ada perempuan bukan-bukan tegur I, haa you nak ke I kahwin dengan perempuan yang bukan-bukan?” Balas Rifqi.
“Alah, sebelum ni pun you kahwin dengan perempuan yang bukan-bukan juga.” Geram rasanya Rifqi dengan jawapan Hawa ni.
“Haa, baguslah tu menjawab. Teruskan perangai macam tu. Dah! Sana! Biar I aje yang bawa motor ni. Entah reti ke tidak bawa motor ni.” Kata Rifqi. Geram pula Hawa dengan Rifqi ni. Dia malas nak bergaduh dengan suaminya. Nanti kata menjawab pula.
♘
KETIKA Hawa sedang membeli barang, ada seorang makcik bertanya kepada Hawa.
“Tu siapa, Hawa? Acik tak pernah nampak pun dia sebelum ni.” Soal wanita yang memanggil dirinya Acik. Hawa melihat ke arah yang ditunjukkan oleh wanita tersebut. Dia dapat melihat bahawa Rifqi sedang melayan gadis kampung. Siap bertepuk tampar lagi! ‘Eii, baru budak sekolah dah nak menggatal dengan laki orang! Tak tahu malu!’ Kata hati Hawa, geram.
“Berkenan pula acik dengan dia. Dahlah badan tegap, handsome pula tu.” Sambung wanita itu lagi.
“Kenapa? Acik nak kahwin dengan dia ke?” Soal Hawa. Tiba-tiba wanita itu tersengih malu atau dengan kata lain tersengih gatal!
“Hishh! Kamu ni, Hawa. Takkanlah dengan acik pula. Mestilah acik nak kenenkan dengan anak acik tu.” Kata wanita itu. ‘Eii lah aku dengan perempuan tua ni. Tak tahu malu betul!’ Kutuk Hawa dalam hati.
“Sebenarnya, itu suami saya acik. Acik ni memang tak tahu malu eh? Yang tengah menggatal dengan laki saya tu, anak acik eh? Satu keluarga acik ni memang tak tahu malu ke? Menggatal dengan suami orang! Jangan sampai nanti suami acik yang kena caras! Pesan sikit dekat anak acik tu. Orang sekolah, pergi belajar tau. Bukan pergi sekolah belajar cara-cara nak menggatal dengan suami orang!” Berdas-das Hawa bagi dekat wanita tak tahu malu tu! Terdiam seribu bahasa dia apabila Hawa berkata begitu. Malu bukan kepalang rasanya! Selesai urusan pembayaran, Hawa menghampiri suaminya yang masih melayan budak sekolah itu. Pada kiraan Hawa, gadis ini adalah pelajar sekolah menengah atas.
“Haa, ni dah kenapa ni?” Soal Hawa kepada gadis itu.
“Eh, Kak Hawa! Bila balik? Tak ada apa. Saja berbual dengan abang Rifqi ni haa.” Meluat rasanya bila gadis itu memanggil Rifqi dengan panggilan abang.
“Kau pergi sekolah belajar apa haa?” Hawa menyoal dengan kasar.
“Apa ni kak Hawa? Tak boleh tanya elok-elok ke?”
“Elok sangatlah satu keluarga kau ni semuanya tak tahu malu. Laki orang pun kau nak caras. Kau nak ke aku caras bapak kau tu.?!” Berangin pula Hawa sekarang. Jangan ingat Hawa ni lembut macam dulu ya! Kalau nak caras laki dia, langkah dulu mayat dia! Melihatkan riak wajah Hawa yang sedang marah, terus gadis itu berlalu pergi. Setelah gadis itu pergi ke arah ibunya, Hawa terus memandang Rifqi.
“Malu anak-anak I kalau tahu macam ni perangai bapak dia.” Sindir Hawa, pedas. Terdiam jugalah Rifqi. Rasa macam benci diri sendiri pula apabila Hawa berkata seperti itu.
♘
SELEPAS sahaja Hawa siap masak bersama Mak Limah, di terus naik ke atas. Langsung tak dipandang wajah suaminya. Bila ditanya, dijawabnya sudah kenyang. Kenyang sebab makan hati sendiri!
“Gaduh ke?” Soal Mak Limah semasa dia dan Rifqi sedang makan malam.
“Hawa tu. Jealous melebih.” Jawab Rifqi. Mak Limah tersenyum sekilas.
“Dulu, Hawa tak macam ni. Lembut aje perangai dia. Tapi tulah, orang sekitar dia yang buat dia berubah. Hawa tu baik orangnya. Jadi mak harap, Rifqi janganlah sia-siakan dia. Nampak aje dia tu macam tak ada masalah tapi dalam hati dia, Allah aje tahu. Rifqi fikirlah mana baik mana buruk. Kadang yang kita nampak buruk tulah yang baik sebenarnya.” Pesan Mak Limah kemudian mencuci pinggannya sendiri dan meninggalkan Rifqi yang masih makan.
♘
PERLAHAN-LAHAN Rifqi masuk ke dalam bilik mereka. Kelihatan Hawa sedang baring membelakanginya. Rifqi naik ke atas katil. Dia baring mengadap isterinya. Rambut Hawa, Rifqi usap perlahan.
“Abang minta maaf.” Ucap Rifqi. Entah kenapa dia rasa apa yang Hawa rasa. Ya, dia akui dia mula jatuh cinta pada Hawa. Perlahan-lahan, Rifqi memeluk Hawa daripada belakang. Rifqi dapat mendengar tangisan Hawa. Makin kuat dia memeluk Hawa.
“Shh, jangan nangis. I love you, sayang.” Rifqi memujuk Hawa. Ya, dia yakin dengan perasaannya kini. Hawa miliknya seorang dan tiada siapa pun boleh ganti tempat Hawa di hatinya. Dan pada malam itu merupakan bukti kasih sayang dan cinta Rifqi terhadap Hawa.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romantik"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...