BAB 10

7.6K 131 1
                                    

“JAHATNYA kawan awak tu.” kata Zarul. Rasa geram pulak dia apabila Hawa menceritakan apa yang terjadi pada dirinya.

He's not my friend.”

“Okay, okay. Sorry. So awak nekad nak pindah?” soal Zarul.

“Yup! Saya tak tahan sekolah kat situ. Lagipun bukan salah saya.” kata Hawa mempertahankan diri. Terangkat kening Zarul dibuatnya. Bagi Zarul, Hawa memang salah sebab membuli budak-budak. Tapi Rifqi tak sepatutnya menghukum Hawa seperti itu.

“Okay, okay! Saya mengaku saya bersalah tapi patut ke dia buat macam tu?” Hawa masih ingin mempertahankan haknya.

“Awak ni, nak menang jugakkan? Tapi awak betul ke nak pindah sekolah ni?” soal Zarul.

“Kenapa pulak tak?”

“Yelah, awak kira beruntung kot dapat sekolah kat situ. Tak semua tau dapat sekolah kat situ, tambahan pulak awak dpt biasiswa. Takkan awak nak sia-siakan peluang yang awak ada.” Hawa terdiam. Apa yang Zarul katakan itu betul juga. Bukan senang nak masuk sekolah tu. Lagipun ayah dia yang nak sangat dia masuk sekolah tu. Katanya lebih berpelajaran dan segala kemudahan tersedia.

I ask you again, Hawa. Are you sure nak pindah sekolah?” Zarul seperti mahu memanipulasi perasaan Hawa. Hawa memandang Zarul.

Fuck! Awak saja mainkan perasaan saya!” Meletus ketawa Zarul apabila dia sudah tertangkap.

“Fikir elok-elok, Hawa.” Zarul mengingati lagi. Hawa mengeluh.

“MAIRA, aku tak jadi pindah sekolahlah.” kata Hawa. Sewaktu itu mereka sedang berkemas untuk pulang ke rumah.

“Kenapa pulak tak jadi?” soal Maira. Dia bersyukur Hawa tak jadi pindah sekolah kalau tak keseoranganlah dia kat sini. Hawa menyengih.

“Ada orang tolong bagi semangat kat aku.” kata Hawa tersipu malu. Maira mengerutkan dahinya.

“Sampai hati! Ada orang baru tak kenalkan kat kita pun.” kata Maira acah-acah merajuk.

“Alah, Maira. Kau sepatutnya berterima kasih tau dekat dia sebab dialah yang pujuk aku jangan pindah sekolah.” kata Hawa lagi. Terbuntang mata Maira dibuatnya.

“Jangan cakap kau dah jatuh cinta eh!” Maira mula merapu.

“Hishh!! Kau ni! Mulut! Aku dengan dia kawan aje. Lagipun aku rasa selesa dengan dia.” kata Hawa.

“Emm, tak nak kenalkan aku dekat dia ke?” soal Maira.

“Eiii, kau ni gatal jugakkan!”

“Apa? Aku nak kenal aje. Kawan kau, kawan aku jugakkan kan?”

“Em, yelah.” akur Hawa.

“Okay, nice! Jom! Aku tak sabar nak jumpa scandal kau! Oops!” Hawa menjegilkan matanya. Maira hanya menyengih sambil menayangkan peace.

NAK tak nak Hawa terpaksa bawa Maira pergi berjumpa dengan Zarul. Habis cemberut muka Hawa.

“Assalamualaikum.” Hawa memberi salam acuh tak acuh.

“Waalaikumusalam.” Jawab Zarul yang sedang berehat di pondok yang berada di kebun itu.

“Err, kenalkan ni Zarul, orang kepercayaan ayah and Zarul ni Maira, my bestfriend and secret admire awak.” Terbuntang mata Maira dibuatnya.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now