“WOII Sarang!” Jerit seseorang. Hawa yang sedang berjalan itu, berkerut mukanya. Siapa pulak Sarang ni? Bila masa ada orang Korea mai sekolah ni pulak. Ngomel Hawa. Hawa terus berjalan. Perut yang lapar perlu diisi terlebih dahulu.
“Woii!” Okay, aku rasa dia memang panggil aku. Kata Hawa dihati. Dia memandang ke arah gerangan yang memanggilnya. Geram pulak dia rasa bila Rifqi memanggilnya dengan panggilan macam tu. Sarang? Euu, apa maksud perkataan tu? Hawa memerhati sekeliling, ramai budak perempuan tertawa kecil. Erk?! Nak tak nak Hawa terpaksa melangkah ke arah Rifqi dan kawan-kawannya. Eh! Kenapa si Husna pun ada sekali ni? Dah kenapa budak ni tersengih-sengih macam orang miang aje ni. Hawa abaikan.
“Nak apa?” soal Hawa, tak suka.
“Duduk.” Hawa memutarkan bebola matanya lalu dia duduk. Faris yang sedari tadi memandangnya, dia abaikan. Nanti mesti Faris banyak tanya ni.
“Abang…” Husna memanggil Rifqi dengan panggilan yang meleret. Rifqi memandang Husna yang duduk disebelahnya. Haziq dan Danial sudah tersengih-sengih miang. Faris pula mencebik menyampah. Hawa lagilah. Dah berapi berasap aje dia tengok Husna menggatal dengan laki dia. Eh?
“Husna laparlah. Boleh tak suruh perempuan tu belikan nasi ayam untuk Husna?” What the fuck?! Perempuan?! Woii! Aku ada namalah sial!
“Lapar? Jap eh.” kata Rifqi.
“Hawa, kau dengar apa yang adik kesayangan aku ni cakap? So, tunggu apa lagi. Pergilah beli.” Hawa malas nak bergaduh. Terus dia hulurkan tangan ke arah Rifqi. Rifqi mengangkat keningnya.
“Duit?” Rifqi tersenyum sinis.
“Gunalah duit kau. Kau kan ada duit. Aku tak ada duitlah.” kata Rifqi. Hawa mendengus kemudian berlalu dari situ. Setelah jauh sedikit daripada mereka, Hawa memeriksa dompetnya. Ada 3 ringgit aje? Aku nak makan apa nanti? Hawa mengeluh. Nak tak nak dia kena beli jugak. Setelah membeli makanan untuk Husna, Hawa kembali ke tempat duduknya.
“Bagus ada kau ni.” kata Rifqi. Hawa mencebik.
“Em, abang. Husna rasa tak nak pulak makan nasi ayam ni. Husna nak makan mee karilah.” kata Husna. Terbuntang mata Hawa dibuatnya.
“Hawa. Dengarkan?”
“Aku tak ada duitlah.” kata Hawa.
“Takkan tak ada duit kot.” kata Rifqi.
“Tak dengar ke apa yang Abang Rifqi cakap tu. Cepatlah pergi. Pemalas.” kutuk Husna. Makin membara pulak hati Hawa ni. Hawa berdiri. Dia mencapai mee kari milik Haziq yang tak habis lalu dituangkan di atas tudung Husna.
“Nah! Mee kari kau!” kata Hawa. Terkejut semua orang yang ada kat situ. Faris pula sudah terbahak-bahak melihat riak muka Husna.
“Hawa!!!” Teriak Rifqi lalu menampar kuat pipi Hawa. Berpaling muka Hawa ke kiri apabila dia ditampar kuat seperti itu. Ramai pelajar yang memandang ke arah mereka dan automatik suasana kantin senyap. Hawa memandang Rifqi lalu mengesat darah yang mengalir di bibirnya. Sebaik mungkin Hawa menahan air matanya daripada mengalir. Perlahan-lahan Hawa meninggalkan Rifqi dan kawan-kawannya.
♘
SEPANJANG waktu kelas, Hawa hanya termenung. Nasib cikgu-cikgu pada waktu itu tak masuk ke kelas. Hanya waktu cikgu sebelum rehat aje. Mungkin cikgu tengah mesyuarat. Tiba-tiba ada seseorang mengambil tempat duduk Maira yang berada di sebelahnya. Terkejut Hawa apabila Faris duduk di tempat Maira.
“Kau okay tak?” Soal Faris lalu memegang pipi Hawa yang ditampar.
“Woii! Apa pegang-pegang ni.” Marah Hawa.
“Sorry, sorry. Aku tak sengaja.” pinta Faris.
“Bibir kau lebam ni. Jom pergi bilik rawatan.” Ajak Faris.
“Malaslah.” kata Hawa.
“Kalau kau tak nak pergi, aku bagitahu Maira.” Faris mula mengugut. Faris tahu, Hawa hanya takut kalau dia sebut nama Maira. Hawa memandang Faris lalu mengecilkan matanya.
“Besar kecil besar kecil aje aku tengok kau ni. Kau tak ada kelas ke sekarang ni?” soal Hawa. Faris meluku kepala Hawa.
“Cikgu tengah mesyuaratlah ngokk.” kata Faris. Hawa menyengih.
“Dah, jom.” Nak tak nak Hawa terpaksa mengikut Faris. Ketika melalui kelas Rifqi, Hawa perasan yang Rifqi asyik memandangnya. Kau nak tengok apa? Lebam yang kau bagi kat aku ni? Dayus. Masin betul mulut aku waktu tengking dia haritu. Bergerak-gerak mulut Hawa mencemuh Rifqi. Sampai sahaja di bilik rawatan, Hawa duduk di birai katil bilik manakala Faris memeriksa alatan yang ingin dia gunakan.
“Alamak! Pembalut tak adalah. Aku pergi beli kat koperasi jap.” kata Faris lalu menonong meninggalkan Hawa yang terpinga-pinga. Hawa hanya mendiamkan diri di dalam bilik rawatan itu. Ini pertama kali dia masuk ke dalam bilik rawatan. Sekolah ni memang betul kaya eh. Semua dekorasi nampak moden. Tengoklah semua yang masuk sekolah ni semuanya anak orang kaya cuma dia yang tersangkut masuk sini tu pun sebab ada biasiswa. Tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke dalam bilik rawatan.
“Cepatnya kau balik Faris.” kata Hawa.
“Aku bukan Faris. Faris dah balik kelas.” kata Rifqi. Terkejut bukan kepalang Hawa apabila Rifqi berada dalam bilik rawatan itu. Rifqi menghampiri Hawa sambil membawa ubat untuk disapu pada bibir Hawa.
“Tak apalah. Aku balik kelas dulu.” kata Hawa lalu beredar.
“Duduk kalau tak nak bibir kau tu lebam lagi.” Ugut Rifqi.
“Kalau nak tolong tapi tak ikhlas, baik tak payah. Terima kasih aje.” kata Hawa lalu meninggalkan Rifqi. Rifqi meraup mukanya. Yang aku nak caring sangat dengan perempuan tu dah kenapa?! Rifqi berlawan dengan kata hatinya.
♘
HAWA membuka kasut sekolahnya di tangga rumah. Kelihatan motor ayahnya tiada disitu. Pergi kebunlah tu. Kata hati Hawa. Mereka sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur balik pun sebab Encik Adnan nak uruskan kebun pusaka arwah atuk dan neneknya.
“Along dah balik?” soal Haris, adik Hawa.
“Senyap aje rumah. Mak mana?” soal Hawa.
“Mak ikut ayah ke kebun.” kata Haris. Hawa hanya menganggukkan kepalanya.
“Long, adik laparlah. Masakkan.” kata Haris.
“Mak tak masak ke?” Melihat gelengan Haris, tahulah Hawa bahawa Puan Aini tak masak untuk tengahari. Entah kenapa Hawa rasa tak sedap hati.
“Tak apalah. Haris pergi masak nasi dulu. Along nak mandi dulu. Badan melekit ni.”
“Okay. Cepat sikit tau long. Adik dah lapar ni.” kata Haris yang baru berumur 9 tahun itu.
“Em, yelah.” Hawa masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri.
♘
AZAN Maghrib kedengaran. Hawa masih menunggu ibu bapanya pulang. Takkan daripada pagi tadi lagi sampai sekarang tak balik kot. Kata hati Hawa. Dari tadi hatinya tak tenteram.
“Long.” Hawa menoleh memandang Haris yang sudah bersiap dengan baju Melayu dan kain pelikatnya disertai kopiah di kepalanya.
“Adik dah nak pergi surau ke?” soal Hawa dengan kerutan di dahi.
“Haah. Kenapa?”
“Adik tak payah pergilah. Along risaulah.” kata Hawa.
“Mana boleh, long. Adik dah janji dengan kawan-kawan adik nak pergi surau.” kata Haris. Hawa mengeluh.
“Hm. Pergilah. Jangan balik lewat sangat.” Pesan Hawa.
“Yelah, kak.” Akur Haris lalu mencium dahi Hawa yang sedang duduk di anak tangga rumahnya. Mencicit Haris melarikan diri takut kakaknya kejar dia. Haih, makin tak sedap hati si Hawa ni.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romance"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...