"GOOD morning, mummy." Ucap Husna lalu mencium pipi ibu mertuanya yang sedang bersantai di laman. Puan Sri Ismahani hanya melemparkan senyuman kepada Husna. Senyuman Husna mati apabila dia melihat Hawa dan Rifqi yang sedang bermesra itu. Boleh dilihat betapa bahagianya Rifqi di samping isteri tersayang walaupun Hawa menunjukkan riak tidak suka pada perbuatan Rifqi yang mencium dahinya sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.
"Tengok tu mummy. Pagi-pagi lagi dah sweet macam tu. Dengan Husna pun tak macam tu." Husna mulai mengadu domba. Puan Sri Ismahani yang sedang enak membaca buku memandang sekilas ke arah anak lelakinya dan menantu tidak rasminya itu. Dia tidak berminat untuk melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh menantunya itu. Bagi Puan Sri Ismahani, Hawa sengaja mahu memporak-perandakan rumah tangga Husna dan Rifqi.
"Menyampahlah mummy tengok Hawa tu. Muka aje suci tapi perangai... Nauzubillahiminzalik!" Kata Puan Sri Ismahani mencemuh.
"Tulah, mummy. Sejak sekolah lagi memang perangai dia macam tu. Mummy tahu tak dulu dia selalu buli Husna waktu kat sekolah. Nasib baik Abang Rifqi ada tolong Husna. Kalau tak, tak tahulah apa nasib Husna waktu tu." Husna mulai mereka-reka cerita.
"Astarghfirullahalazim! Tak sangka perangai dia macam tu sekali!" Istighfar Puan Sri Ismahani yang tidak tahu cerita sebenar itu.
"Mummy, Husna rasa kita kena buat something dekat Hawa sampaikan dia tinggalkan rumah ni." Husna mulai mengeluarkan idea jahatnya.
"Maksud Husna?" Soal Puan Sri Ismahani. 'Aduh, blur pulak orang tua ni!' Kutuk Husna dalam hati. Nak kutuk depan-depan? Mahu Puan Sri Ismahani halau dia keluar daripada rumah mewah ni.
"Maksud Husna, mummy deralah dia. Biar dia serik tak nak duduk sini dah." Kata Husna.
"Hish! Tak beranilah mummy buat macam tu. Sejahat-jahat mummy, tak adalah sampai macam tu sekali." Pintas Puan Sri Ismahani. Husna memutarkan matanya.
"Mummy, bukan mummy aje yang kena buat macam ni. Nanti Husna tolonglah sekali. Mummy tak kesian ke dengan Husna? Sejak kahwin, Rifqi tak pernah tidur sekatil dengan Husna apatah lagi nak sentuh Husna. Husna rasa rumah tangga Husna ni retak menanti belah. Husna tak nak jadi janda muda mummy." Husna mulai mem'psiko' ibu mertuanya. Kedengaran Puan Sri Ismahani mengeluh. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Sayang mummy." Husna memeluk Puan Sri Ismahani dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan.
♘
"KAU nak ke mana tu Hawa?" Soal Puan Sri Ismahani, bengis. Hawa yang baru ingin melangkah masuk ke dalam rumah, memberhentikan langkahnya.
"Ada apa Puan Sri?" Soal Hawa, sopan. Husna tersenyum sinis apabila mendengar panggilan yang Hawa gunakan terhadap ibu mertuanya.
"Eii, biadapnya panggil macam tu. Eh, kau sedar tak yang depan ni mak mertua kau? Boleh pulak kau panggil Puan Sri macam tu." Sinis Husna berkata-kata. Hawa hanya tersenyum.
"Maaflah andai bahasa saya terkasar tapi pengetahuan saya sepanjang saya ada dekat sini, Puan Sri tak pernah terima saya sebagai menantu dia. Jadi buat apa saya terhegeh-hegeh nak panggil Puan Sri 'Mummy' sedangkan dia tak pernah terima saya. Maklumlah apabila darjat dan pangkat diambil kira." Terkedu Puan Sri Ismahani dan Husna apabila mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Hawa.
"Biadap kau!" Berang Puan Sri Ismahani.
"Saya jadi biadap sebab tidak pernah diajar bagaimana untuk menghormati seseorang yang biadap dengan saya. Saya masuk dulu. Assalamualaikum." Pamit Hawa. Sekali lagi Puan Sri Ismahani dan Husna terkedu dan terkaku melihat balasan daripada Hawa. Apa ingat Hawa ni budak-budak hingusan yang lemah ke? Cehh.
♘
HAWA menghentak-hentak pinggan makannya menggunakan sudu dan garfu yang berada di tangannya. Marah sangat nampak gayanya. Faris dan Maira hanya berpandangan sesama sendiri. Suka benor Hawa keluar dengan Faris dan Maira ni.
"Kau kenapa, Hawa? Nak beranak?" Soal Maira lalu menyuapkan makanan tengaharinya ke dalam mulutnya. Hawa memandang Maira tajam seperti pandangan seorang pembunuh. Bagi Maira itu hanyalah pandangan biasa tetapi tidak bagi Faris yang dah tertelan air liur akibat ketakutan.
"Tak payah nak pandang aku macam tu. Ada apa-apa jadi ke dekat rumah pagi tadi?" Soal Maira.
"Entahlah. Tiba-tiba dua ekor malaun tu kacau mood aku pagi-pagi buta. Tak pernah-pernah nak sibuk tiba-tiba menyibuk. Ni Rifqi punya pasallah ni. Sibuk nak menghantar sampai ke depan pintu. Selama ni boleh aje pergi kerja tanpa aku hantar dia kat depan pintu tu." Bebel Hawa.
"Ni mesti sebab Husna tukan? Haih macam kau tak kenal aje beruk cimpanzi tu macam manakan?" Kata Maira. Hawa mendiamkan diri.
"Pasal mertua kau tu. Kau tak teringin ke nak ambil hati dia?" Soal Maira apabila melihat Hawa yang mendiamkan diri itu.
"Nak ambil hati laki aku pun aku tak reti nikan pulak nak ambil hati mertua. Seriau aku." Kata Hawa.
"Macam manalah kau dengan mertua kau tu nak kamceng kalau setiap kali makan tengahari aje kau menyendeng dengan kitorang. Sekali sekala memasaklah kat rumah tu. Kesian aku tengok laki kau tu. Kadang-kadang sampai tak makan langsung sebab dah muak makan kat luar." Maira cuba menyampaikan luahan Rifqi melalui cerita Faris yang diceritakan kepada Maira.
"Aku saja aje tak nak bagi korang dating. Eleh, macamlah aku tak tahu yang korang ni ada something. Soroklah kat aku macam mana pun aku tetap tahulah. Hey, ni Hawa Afwan tau." Kata Hawa mendabik dada. Tersedak Faris dan Maira apabila tembelang mereka sudah pecah. Maira melemparkan sengihnya manakala Faris masih terbatuk-batuk mencari oksigen.
♘
"HAWA, abang nak cakap sikit." Kata Rifqi apabila mereka selesai solat Isyak berjemaah. Hawa yang sedang melipat kain telekungnya hanya mengangguk dan merapati suaminya itu.
"Tadi mummy cakap dekat abang yang Hawa..."
"Yang Hawa biadap?" Rifqi memandang wajah Hawa apabila kata-katanya dipintas oleh Hawa.
"Bukan maksud abang nak..."
"Tak apa bang. Hawa faham. Lagipun Hawa tak rasa yang Hawa biadap. Hawa tak mula kalau dorang tak mula. Harap abang faham." Kata Hawa. Rifqi hanya merenung wajah isteri kesayangannya. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Rifqi.
"Hawa panggil abang apa tadi?" Soal Rifqi. Terjongket kening Hawa.
"Apa?"
"Boleh tak Hawa panggil lagi sekali. Abang nak dengar." Pinta Rifqi.
"Salah ke Hawa panggil abang, abang?" Soal Hawa.
"Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Tak sia-sia abang berdoa selama ni. Akhirnya terbuka jugak pintu hati isteri abang." Rifqi meluahkan rasa syukurnya.
"Jangan nak perasan sangat. Dah tiba masanya Hawa kena hormat abang. Tak bermaksud Hawa terima cinta dan kasih sayang abang tu." Ego Hawa. Rifqi tersengih. Rifqi melekapkan telinga dan tangannya pada perut Hawa yang sudah masuk enam bulan itu.
"Tak kisahlah. Dengar Hawa cakap macam tu pun abang dah bahagia. Baby, baby dengar tak apa yang mama panggil papa? Bahagia sangat rasanya, baby." Rifqi meluahkan perasaan bahagianya terhadap anak-anaknya.
"Mama? Apa kelas?" Hawa seakan tidak setuju dengan panggilan mama terhadap anak-anaknya yang diucapkan oleh Rifqi.
"Hawa kan manja. So panggilan mama ni sesuai untuk orang yang manja macam Hawa." Kata Rifqi. Hawa mencebik. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Rifqi masih bersembang dengan bayi-bayi mereka.
_______________________________________
jadilah daripada tak update langsung 😅 yedokkk ?
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Lãng mạn"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...