RIFQI melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan muka yang ketat. Dia mengerling kearah meja Hawa yang kosong itu. Shit! Mana perempuan tu pergi?! Makin panas hati Rifqi apabila dia tidak melihat Hawa di pejabat. Dahlah dia bangun lewat lepastu tengok-tengok Hawa tak ada. Sampai di biliknya, Rifqi melemparkan kesemua barang-barang yang ada dibiliknya. Kemarahannya memuncak. Dia akan pastikan Hawa menderita. Suka hati Hawa aje tinggalkan Rifqi lepas apa yang jadi semalam! Ketukan di pintu menyedarkan lamunan Rifqi.
“Masuk!”
“Err, bos. Ni ada surat daripada Hawa.” Kata Nurul, takut-takut apabila dia melihat keadaan bilik Rifqi yang bersepah. Rifqi mencapai surat itu lalu dibacanya.
“Keluar.” Rifqi cuba menahan amarahnya. Nurul yang terketar-ketar itu menundukkan kepalanya lalu beredar. Sejurus Nurul keluar, Rifqi menghempas segala barang-barang yang berada di mejanya. Dia perlu buat sesuatu yang Hawa akan serik kali ni!
♘
HAWA memarkirkan keretanya di hadapan sebuah rumah kampung yang diperbuat daripada kayu dan simen itu. Kawasan rumahnya kelihatan cantik dan kemas seperti ada seseorang yang menjaganya. Hawa keluar dari kereta miliknya. Rumah yang berkunci menandakan pemilik sebenar rumah itu telah meninggalkan rumah itu terlalu lama. Hawa melihat jiran rumah itu yang sedang menyapu halaman rumah. Hawa tersenyum lalu mendekati perempuan tua itu.
“Assalamualaikum, Mak Limah.” Hawa memberi salam. Mak Limah yang sedang menyapu sampah itu memandang Hawa. Mukanya berkerut cuba mengingati siapa yang menegurnya.
“Waalaikumusalam. Anak ni siapa?” Mendengarkan soalan itu membuatkan Hawa dirundung sebak. Sudah lama dia meninggalkan kampung itu rupanya. Hawa sudah dianggap lupa daratan.
“Mak Limah, ni Hawa.” Kata Hawa dalam suara sebaknya. Terlepas penyapu daripada pegangan Mak Limah oleh kerana terlampau terkejut.
“Ya Allah, Hawa! Ya Allah, Mak Limah rindukan kamu Hawa. Kenapa Hawa tinggalkan Mak Limah?” Kata Mak Limah sambil memeluk Hawa. Hawa yang sebak itu sudah bercucuran air matanya.
“Maafkan Hawa, Mak Limah.” Pinta Hawa lalu melutut di kaki Mak Limah. Mak Limah yang terpinga pantas menghalang Hawa daripada melakukan hal itu. Dia tidak salahkan Hawa. Mak Limah faham akan keadaan Hawa.
“Jangan buat macam tu, Hawa. Mak Limah tak pernah salahkan Hawa. Jom kita masuk dalam. Mak Limah rindu sangat dengan Hawa. Banyak benda yang Mak Limah nak cerita kat Hawa.” Kata Mak Limah. Hawa mengelap sisa air matanya lalu beriringan masuk ke dalam rumah Mak Limah.
♘
“MINUMLAH air tu Hawa.” Jemput Mak Limah. Hawa hanya menganggukkan kepalanya lalu mencicip sedikit air yang dihidang oleh Mak Limah.
“Mak Limah, Hawa nak tanya sikit boleh tak?” Soal Hawa.
“Hawa nak tanya apa?”
“Siapa yang jaga rumah Hawa tu? Mak Limah ke?” Soal Hawa.
“Mak Limah ni dah tua. Tak larat dah, Hawa. Yang jaga rumah tu Zarul. Tiap petanglah dia menjaga rumah tu. Sapu sampah, kemas rumah. Dialah yang buat semua tu.” Beritahu Mak Limah.
“Cakap pasal Zarul, kebun ayah dia jaga lagi ke?” Soal Hawa. Mak Limah hanya menganggukkan kepalanya.
“Tapi Hawa tak boleh ambil lagikan tanah kebun tu sebab Hawa tak kahwin lagi.” Mendengarkan perkataan kahwin, Hawa menelan air liurnya. Perlahan-lahan Hawa mengangguk dan mengigit bibirnya.
“Haa, bila Hawa nak kahwin? Umur Hawa pun dah 24 tahun. Tak elok Hawa kahwin lambat.” Kata Mak Limah.
“Em, Hawa bukan tak nak kahwin. Tapi Hawa tak bersedia lagi.” Aduh! Terpaksalah aku kelentong Mak Limah ni. Terkejut Mak Limah kalau dapat tahu aku kahwin sebab kena tangkap basah!
“Ikut suka hati Hawa lah. Hawa yang nak kahwin, bukan Mak Limah.” Kata Mak Limah. Hawa menyengih.
“Mak Limah, nanti Hawa nak pergi jumpa Zarul eh.” Pinta Hawa.
“Yalah. Hawa dah makan? Mak Limah dah masak. Entah kenapa Mak Limah masak lebih hari ni. Rupa-rupanya anak Mak Limah nak balik.” Kata Mak Limah. Hawa tersenyum. Mak Limah memang anggap Hawa anaknya.
♘
ZARUL mengibas-ngibas tangannya supaya mengeluarkan angin kecil. Panas terik ini membuatkan Zarul merehatkan diri sebentar di pondok kecil. Zarul melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dia mulai mengemas untuk ke rumah pusaka Hawa. Memang menjadi rutinnya setiap hari untuk memastikan rumah Hawa dalam keadaan bersih. Dia sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu tapi yang pasti dia yakin Hawa akan balik suatu hari nanti walaupun bukan sekarang. Zarul mengeluh. Bilalah kau nak balik, Hawa?
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Zarul terkejut apabila melihat Hawa berdiri di sebelahnya. Pantas dia bangun daripada duduk.
“Hawa.” Perasaan Zarul ketika ini tak boleh digambarkan dengan perkataan. Semuanya bercampur baur. Gembira, rindu, sayu segalanya bercampur. Melihatkan senyuman Hawa, dia terasa ingin memeluk gadis itu.
“Bila awak balik?” Soal Zarul.
“Tengahari tadi sampai. Awak sihat?” Soal Hawa. Zarul hanya menganggukkan kepalanya.
“Eh, jomlah kita pergi warung depan tu. Tak elok pulak kalau berdua dalam kebun ni. Nanti benda lain yang jadi.” Kata Zarul. Hawa hanya akur dan mengikuti langkah Zarul.
“Hawa sihat?” Soal Zarul. Matanya tidak lepas memandang gadis yang sudah mencuri hatinya sejak dulu lagi. Hawa semakin cantik apabila meningkat dewasa.
“Alhamdulillah, sihat.” Jawab Hawa. Zarul tersenyum.
“Lama awak tinggalkan saya kat sini.” Kata Zarul seperti berjauh hati. Hawa menggigit bibirnya.
“Saya mintak maaf. Saya tak bermaksud nak lupakan semua orang sini. Saya perlukan masa tapi tulah, saya terlupa yang saya masih lagi ada orang yang perlukan saya kat sini.” Kata Hawa membuatkan Zarul tersenyum.
“Awak istimewa, Hawa. Sepanjang awak tak ada saya betul-betul rindukan awak. Yalah, rindu lepak, rindu luahkan perasaan masing-masing. Rumah awak ajelah jadi tempat lepaskan rindu saya ni.” Hawa tertawa.
“Okay. Saya mintak maaf. Kali ni saya akan spent time dengan awak dan semua orang yang pernah tolong saya dulu.” Kata Hawa.
“Cara awak bercakap macam cuti lama aje.”
“Maybe yes. Saya perlukan rehat and tenangkan fikiran saya.” Kata Hawa. Makin lebar senyuman Zarul dibuatnya.
“Awak cuti berapa lama?” Soal Zarul dengan mata bersinar.
“Maybe sebulan lebih.”
“Haa, cukuplah tu saya bawak awak ronda kampung kita ni.” Hawa tertawa lagi. Sungguh lelaki di hadapannya ini tidak pernah putus membuatnya tertawa.
____________________________________
959 words .
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romance"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...