“ASSALAMUALAIKUM!” Hawa memberi salam setelah mereka sampai di rumah Maira. Pintu pagar automatik itu terbuka sendiri. Hawa dan Faris masuk ke dalam perkarangan rumah Maira bersama-sama.
“Non Hawa ya? Mahu jumpa dengan non Maira ya?” tegur Kak Yanti.
“Kak Yanti, kan saya dah cakap jangan panggil saya non. Panggil aje saya, Hawa. Lagipun Hawa tak selesa akak panggil Hawa macam tu.” tegah Hawa.
“Akak bukan enggak mahu tapi akak takut dimarahin ama bapak dengan ibu.”
“Kak Yanti, tak ada siapa yang nak marah Kak Yanti pun. Kak Yanti jangan risau eh. Kenalkan ni Faris.” Hawa memperkenalkan Faris kepada Kak Yanti. Faris hanya menundukkan kepalanya begitu juga dengan Kak Yanti. Tiba-tiba Hawa ingin membisikkan sesuatu kepada Kak Yanti. Faris menjadi pelik. Tersengih-sengih Kak Yanti memandang Faris.
“Maira ada dekat atas?” soal Hawa setelah selesai membisikkan sesuatu.
“Ada. Hawa pergi aja ngelihat non Maira.” Hawa hanya menganggukkan kepalanya.
“Hawa naik dulu eh kak.” pamit Hawa sambil diikuti Faris. Sampai sahaja di bilik Maira, Hawa berhenti di depan pintu. Hawa memandang Faris yang ada di belakangnya.
“Kau tunggu sini kejap. Aku cek Maira dulu. Bila aku suruh masuk, baru kau masuk.” Hawa memberi arahan.“Eh, kenapa pulak?” Hawa memutarkan bola matanya.
“Kau ni. Ni bilik anak dara tahu tak. Kalau Maira tengah bogel ke apa ke macam mana? Sekarang ni jugak aku suruh mama papa Maira kahwinkan kau dengan Maira.”
“Haa, okay jugak tu. Aku nak masuk!” Hawa menjegilkan matanya.
“Okay, okay. Aku tunggu sini.” Setelah mendengar kata-kata Faris, baru Hawa masuk ke dalam bilik Maira.
“Fuhh! Garang jugak Hawa ni. Apalah yang dorang buat dalam bilik ni.” ngomel Faris.
♘
“ASSALAMUALAIKUM, Maira.” Hawa memberi salam. Kelihatan Maira sedang terbaring lemah di atas katil. Mukanya pucat sekali.
“Maira, aku ni Hawa.” beritahu Hawa. Perlahan-lahan Maira membuka matanya.
“Hawa.” seru Maira perlahan. Rasa nak menitis air mata Hawa melihat keadaan rakan baiknya.
“Janganlah menangis. Aku okaylah. Demam sikit aje ni.” kata Maira lalu membetulkan duduknya. Hawa mengelap air matanya yang hampir menitis.
“Tolong ambilkan aku air.” pinta Maira. Hawa mencapai cawan dan jug air yang berada di meja lampu Maira. Hawa membantu Maira minum. Sewaktu Maira meneguk airnya sambil dibantu oleh Hawa, Maira perasan akan lengan Hawa yang lebam disebalik baju kurung sekolahnya.
“Sekolah macam mana? Okay?” soal Maira tiba-tiba. Hawa menjadi pelik.
“Okay aje. Kenapa?” soal Hawa pelik. Maira hanya menggelengkan kepalanya.
“Kau datang sorang aje ke?” soal Maira.
“Taklah.” jawab Hawa. Berkerut dahi Maira.
“Weh! Masuklah!” Pintu terbuka dari luar. Kelihatan Faris masuk sambil tersengih.
“Faris?”
“Hai awak.” sapa Faris.
“Awak macam mana? Sihat?” soal Faris kaku.
“Soalan apa kau tanya ni? Merapu meraban aje korang ni. Dahlah, korang sembanglah dulu. Aku nak ambil kudap-kudap jap.” kata Hawa lalu meninggalkan mereka berdua. Faris mengambil tempat di birai katil.
“Sorry.” Ucap Faris tiba-tiba.
“Sebab?”
“Sebab saya baru tahu yang awak demam.” jawab Faris. Maira tertawa kecil.
“Tak ada apalah. Saya okay. Em, saya nak tanya something boleh tak?” pinta Maira.
“Tanyalah.”
“Hawa kat sekolah macam mana? Dia okay?” soal Maira. Berkerut dahi Faris apabila Maira menyoal seperti itu.
“Entahlah. Saya tak jumpa pun dengan Hawa hari ni. Kitorang jumpa pun dekat Dhia Restoran tadi.” jawab Faris. Maira hanya menganggukkan kepalanya.
“Kenapa?” soal Faris.
“Tak ada apa.” Maira tersenyum. Hawa yang berada di sebalik pintu bilik Maira terdiam. Dia memeriksa lengannya yang berbirat lebam itu. Tak sangka Maira sedar birat lebam yang ada di lengannya. Kalau Maira tahu ni, masak aku! Kata hati Hawa lalu beredar ke dapur untuk mengambil kudap-kudap.
♘
SETELAH pulang daripada melawat Maira, Hawa dan Faris datang kembali di Dhia Restoran untuk mengambil motosikal Faris yang ditinggalkan di situ.
“Aduh! Panasnya, Ya Allah.” keluh Hawa. Dia membuka ikatan rambutnya yang ditocang satu. Hawa mengikat kembali rambutnya menjadi sanggul menyerlahkan leher jinjangnya. Lengan baju sekolah Hawa melurut ke bawah dan menampakkan lebam akibat cengkaman Rifqi pagi tadi. Faris yang perasan melihat dengan teliti lebam itu. Ni lebam baru ni. Bila masa Hawa jatuh?
“Hawa.” panggil Faris serta merta.
“Em.” balas Hawa yang masih mengikat sanggul mereka sambil berjalan itu.
“Kau ada jatuh ke kat mana-mana?” soal Faris.
“Kau nak buat pickupline ke macam mana ni?” soal Hawa.
“Jawab soalan aku, Hawa.” kata Faris dengan tegas sambil berhenti daripada berjalan.
“Hey, kenapa kau nak serius sangat ni.”
“Lebam kat tangan kau tu, lebam barukan?” tanya Faris. Hawa mula kelam kabut. Ni mesti dia nampak waktu aku ikat rambut tadi.
“Oh. Haah, aku ada jatuh tadi. Tapi tak ada apa pun. Em, okaylah. Aku balik dulu. Thanks teman aku tadi. Bye.” Hawa cepat-cepat meninggalkan Faris. Dia tak nak nanti Faris tanya dia macam-macam. Kalau dia tahu Rifqi yang buat, mesti dia bagitahu Maira and yang paling teruk habislah Rifqi!
♘
SENGAJA Hawa datang awal ke sekolah. Kalau dia datang lambat macam semalam, mungkin dia akan dimalukan lagi dengan Rifqi. Hawa orang pertama yang masuk ke dalam kelas. Suasana gelap dalam bilik darjahnya membuatkan bulu roma Hawa berdiri. Hawa memberanikan diri membuka suis lampu dan kipas. Dia bergerak ke tempat duduknya dan meletakkan beg sekolahnya. Dia tak nak berlama-lama dalam bilik darjah yang kosong ni. Sewaktu dia ingin keluar daripada kelasnya, Hawa terlanggar seseorang.
“Kau buta ke sial?!” jerkah seseorang. Hawa memandang lelaki itu. Terpancar riak ketakutan.
“Aku mintak maaf. Aku tak sengaja.” ucap Hawa. Hawa cuba membuat muka kesian sikit. Mungkin menjadi tambahan pulak sekarang dia memang takut.
“Bak sini handphone kau.” kata Rifqi.
“Buat apa?”
“Aku cakap bak tu, bak ajelah. Payahlah cakap dengan orang bebal ni.” kata Rifqi. Lambat-lambat Hawa mengeluarkan telefon bimbitnya. Dalam hati tak payah cakaplah berapa banyak sumpah seranah Hawa dekat Rifqi. Setelah menekan sesuatu dalam telefon Hawa, Rifqi memulangkan semula telefon Hawa.
“Aku bagi warning dekat kau eh. Aku tak nak ada nombor lelaki pun dalam telefon kau ni melainkan keluarga kau. Faham?!”
“Oh ya, aku faham.” Hawa termelatah. Dia menutup mulutnya. Rifqi menjeling Hawa lalu beredar dari situ.
“Awal pulak dia datang.” kata Hawa sambil memerhati langkah Rifqi. Hawa memandang telefonnya.
“Dia buat apa eh tadi?” Hawa menjongketkan bahunya. Dia baru tersedar yang dia keseorangan di blok itu. Cepat-cepat dia melangkah pergi.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romance"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...