BAB 26

9.5K 146 1
                                    

MAJLIS resepsi belah perempuan diadakan selepas majlis akad nikah. Selepas sahaja majlis akad nikah, Hawa meminta Maira untuk menghantarnya pulang terus ke rumah. Rasa tak sanggup tengok suami yang dicintai bersanding dengan perempuan lain. Air mata tak berhenti mengalir di pipi Hawa.

“Hawa, dahlah tu.” Pujuk Maira yang sedang memandu kereta pulang ke rumah.

“Aku tak bolehlah, Maira. Kepala aku ni asyik terbayang aje fikir pasal dia.” Kata Hawa sambil menyedut hingusnya.

“Eii kau ni. Ambil tisu ni.” Kata Maira. Hawa tertawa kecil.

“Alah, tak ada apa. Nanti kau tacklelah suami kau tu.” Hawa memandang Maira tajam.

“Dengan keadaan aku macam ni nak tackle dia? Kau gila ke apa? Kang dia minta benda lain, naya aku. Dahlah semalam…”

“Haa semalam apa?!” Hawa menyengih.

“Tak ada apa. Mana ada apa-apa.” Dalih Hawa.

“Eceh kau. Nak rahsia-rahsia eh dengan aku. Tak apa, tak apa. Nanti aku korek sampai ke lubang cacing.” Kata Maira.

“Eleh kau. Poyo aje lebih. Menyampah aku.” Hawa tertawa.

“Yeayyy, Hawa dah senyum. So aku belanja kau makan Mcflurry jom.”

“Eh, asal pulak?” Soal Hawa pelik.

“Yalah, tadi aku dah cakap dalam hati yang kalau kau ketawa, aku belanja kau makan aiskrim McD tapi kalau kau tak ketawa, aku kena cuci tandas setiap hari!”

“Menyesal aku ketawa.”

“Kejam!” Kata-kata Maira disambut oleh tawa Hawa.

TEPAT jam lapan malam, majlis persandingan belah pengantin perempuan dan lelaki sudah bermula. Majlis diadakan di Grand Hotel Neon sangat meriah dengan kehadiran VVIP dan rakan-rakan seniaga Tan Sri Syed Suhaimi dan Syed Rifqi Harith. Rifqi yang berada di atas pelamin bersama Husna mulai resah. Resah apabila dia tidak nampak kelibat Maira mahupun Hawa apatah lagi Faris! Marah betul kawan baik Rifqi padanya.

“Rifqi , are you okay?” Soal Husna yang berada di sebelahnya. Rifqi hanya tersenyum nipis.

You cari apa? Semua tetamu pandang you semacam tau tak?” Soal Husna. Dia mulai berang.

Nothing. I just cari kawan-kawan I aje.” Nafi Rifqi. Husna mulai mendiamkan diri apabila ada beberapa orang tetamu ingin merenjis mereka. Well, adatkan kalau renjis-renjis tu. Setelah selesai majlis bersanding, Rifqi dan Husna turun daripada pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Rifqi mulai tersenyum apabila melihat kelibat Haziq dan Danial yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk tu.

“Amacam bro kahwin dua?” Sapa Haziq sambil menepuk bahu Rifqi. Danial menolak kepala Haziq yang lancang dalam percakapannya itu. Riak wajah Rifqi berubah sedikit. Mungkin terkesan.

“Aduhh!”

Sorry, bro. Tak tahu sejak bila Haziq ni mulut dia lain macam sikit.” Pinta Danial. Rifqi hanya tersenyum nipis.

“Oh ya, aku kenalkan my second wife. Aku rasa korang dah kenalkan?” Kata Rifqi.

Well, tak payah kenalkan pun tak apa. Aku tak berminat.” Kata Haziq terus terang. Nampak sangat Haziq ni jujur orangnya. Berubah riak muka Husna.

“Aduhhh! Sakitlah! Kenapa pijak kaki aku?!” Marah Haziq.

Sorry bro. Aku rasa better kitorang gerak dulu. Kang makin melalut Haziq ni. Biasalah dia tengah high ni.” Dalih Danial sambil memaut tengkuk Haziq. Rifqi hanya menganggukkan kepalanya.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now