BAB 38

7.9K 131 1
                                    

“ASSALAMUALAIKUM, puan. Encik Rifqi nak jumpa. Puan busy ke?” Interkom yang berbunyi membuatkan kerja-kerja Hawa terhenti.

“Waalaikumusalam. Nope. Suruh je dia masuk.” Hawa hanya memandang sekilas bukaan di pintu masuk. Dia menghentikan segala kerja-kerjanya kerana baginya perkara yang berada di depan mata lebih penting.

“Ada apa-apa masalah ke nak jumpa I ni?” Soal Hawa, lembut. Rifqi menghempaskan sampul berwarna coklat di hadapan Hawa. Hawa senyum sinis. Dia sudah mengagak kedatangan Rifqi di dalam biliknya.

Let me check first. Duduklah dulu kalau tak keberatan.” Rifqi duduk dengan kasar sambil memerhati wajah tenang Hawa.

“Wow! Sanggup lakukan apa sahaja ya untuk dapatkan harta?” Sinis Hawa berkata-kata.

Well, kau sebenarnya yang sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan aku. Macam kau buat sekarang. Sampaikan sanggup cerai-beraikan orang.” Hawa membalas kata-kata Rifqi dengan senyuman manisnya.

“Memandangkan you all dah setuju so bolehlah ya proceed penceraian tu secepat mungkin. Sebab I malaslah nak pegang harta yang bukan milik I lama-lama. Kuman.” Kata Hawa. Rifqi mengetap giginya tanda geram. Dia mula berdiri ingin beredar daripada bilik isterinya itu.

“Rifqi Harith.” Panggil Hawa. Rifqi menghentikan langkahnya.

“Em, nothing.” Hawa melemparkan senyuman kepada Rifqi. Rifqi hanya memberi jelingan kepada Hawa sebelum keluar daripada bilik tersebut.

HAWA melepaskan keluhannya. Penat gila kerja hari ni! Bukan penat apa pun, penat melayan karenah Husna yang tiba-tiba menyerangnya.

Flashback…

REMPUHAN di pintu bilik memeranjatkan Hawa yang sedang menulis sesuatu sehingga menyebabkan tulisannya terconteng. Ceit! Siapa kacau aku buat kerja pula ni?! Hawa melihat si figura yang menendang pintu biliknya dengan wajah bengisnya.

“Maaf, puan. Saya dah…”

Sokay. Maria, tolong kunci pintu tu sekali ya. Dan kalau dengar apa-apa, hiraukan kalau tak nak kena pecat.” Arah Hawa.

“Baik, puan.” Maria akur dan mengikuti arahan yang disuruh Hawa. Hawa bersama senyuman manisnya memandang Husna.

“Jemput duduk, Husna.” Pelawa Hawa.

“Lepaskan, Rifqi!” Jerit Husna, tiba-tiba. Riak wajah Hawa dikawal setenang yang boleh walaupun dalam hatinya segelodak membara menahan marah. Hawa bangun dan menghampiri Husna. Dia mengelilingi Husna sambil memandang atas dan bawah.

“Kau siapa nak suruh aku lepaskan suami aku sendiri?” Tanya Hawa sambil menunjal kepala Husna. Biar dia rasa sakit macam mana Hawa rasa sakit selama ni.

“Kau masih tak sedar dekat tempat mana kau berdiri sekarang?” Soal Hawa sambil menunjal kepala Husna. Setiap soalan yang ditanya, satu tunjalan di kepala Husna. Husna hanya berdiri tergamam dengan tingkah laku Hawa kini. Apa dia lupa macam mana Hawa buli dia waktu sekolah dulu?

“Kau jangan ingat aku lemah dengan kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat aku dulu?” Soal Hawa lalu mencekak rambut Husna kemudian dia menarik rambut Husna lalu keluar daripada bilik peribadinya. Kemudian dia mencampak Husna menyebabkan Husna tersungkur jatuh.

“Sekali lagi kau datang sini ataupun jumpa Rifqi lagi sekali, aku tak teragak-agak nak buat lebih daripada ni.” Mencerlung tajam Hawa memandang Husna.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now