BAB 21

11K 178 4
                                    

SUDAH tiga hari Hawa tidak menyedarkan diri. Sepanjang tiga hari itu juga, Maira dan Faris tidak pernah berhenti menjenguk Hawa tapi Hawa masih macam tu. Diulit mimpi yang membuatkan dia lena.

“Assalamualaikum mummy-to-be. Amboi, tidur tak nak bangun langsung. Kesian anak-anak kau ni. Tak dapat makan.” Kata Maira yang baru balik dari kerjanya. Maira memegang baby bump Hawa yang kelihatan itu.

“Patutlah semenjak ni aku nampak kau gemuk rupanya ada dua nyawa dalam rahim kau tapi kenapa kau nak gugurkan dorang, Hawa?” Soal Maira lirih.

“Dorang tak salah apa pun, Hawa. Yang salah ayah dorang. Hawa, aku tahu kau kuat.” Kata Maira lalu menyembamkan mukanya di tangan Hawa.

“Macam mana kau tahu aku kuat?” Suara Hawa membuatkan Maira mengangkat kepalanya kembali.

“Kau dah sedar, Hawa? Jap aku panggil doktor.” Kata Maira. Hawa menahan tangan Maira yang hendak berlalu itu. Maira memandang Hawa.

Baby aku macam mana?” Soal Hawa. Maira duduk kembali.

“Kandungan kau sihat tapi…”

“Tapi apa?”

“Kau mengandung anak kembar tapi babbies kau dalam keadaan yang tak selamat. Salah seorang baby kau maybe terkena jangkitan and doktor mintak kau gugurkan kalau nak selamatkan kau and baby kau yang sihat tu.” Kaa Maira. Hawa memejamkan matanya setelah dia mendengar berita itu.

“Aku nak dua-dua gugurkan.” Kata Hawa. Maira terkejut mendengar kata-kata Hawa.

“Kau gila ke Hawa?!” Bentak Maira. Bagi Maira walaupun Hawa benci dengan Rifqi dia tak sepatutnya membabitkan kandungan yang dia tengah kandungkan sekarang ni. Orang zaman sekarang payah nak dapat anak, yang senang dapat anak ni suka-suka hati aje nak buang.

“Aku tak kisah. Aku nak gugurkan dua-dua sekali. Aku tak perlukan dorang.” Kata Hawa bersama linangan air mata. Bagi Hawa, dia bukan sengaja nak buang anak-anaknya. Kalau anak-anak dia lahir tanpa kasih sayang seorang ayah, buat apa dia nak lahirkan anak-anak dia kalau dia tahu Rifqi takkan terima anak-anak dia kelak.

No! Aku takkan benarkan kau gugurkan dorang!” Tegah Maira.

“Kalau kau nak aku simpan kandungan ni, aku nak simpan dua-dua and aku nak Rifqi terima aku. Kalau tak, aku akan gugurkan kandungan ni.” Kata Hawa. Kata-kata Hawa membuatkan Maira terdiam.

SEBUAH pertemuan telah dilakukan antara Rifqi dan Hawa atas permintaan Hawa sendiri. Hawa juga memaksa Maira dan Faris supaya segera membawa dia keluar daripada hospital itu.

So ada apa kau nak jumpa aku ni?” Soal Rifqi. Rifqi melihat Hawa lebih berisi berbanding dulu tambahan pula melihat baby bump Hawa. Comel! Rasa nak pegang aje tapi tulah bila ego setinggi Gunung Everest, anak sendiri pun tak nak mengaku.

“Tak ada apa. Aku just nak tuntut hak aku.” Kata Hawa dengan senyuman sinis.

“Hak kau? Hak apa?” Soal Rifqi keliru. Rifqi aedikit terkejut apabila Hawa sudahpun bertukar perangai.

“Kau tahukan aku mengandung? So, aku nak tuntut hak aku. Walaupun kau tak mengaku tapi kau tak boleh nak nafikan kenyataan. Aku dah jumpa daddy and aku akan pastikan kesemua harta daddy jatuh kat tangan my babbies.” Kata Hawa dengan sinis. Terkejut Rifqi apabila Hawa sanggup buat macam tu.

“Wow! Ni bukan Hawa yang aku kenal.”

“Tapi nilah Hawa yang kau kena hadap selama aku ada.” Kata Hawa dengan sinis. Rifqi semakin geram dengan permainan yang Hawa sedang ciptakan. Tapi Rifqi berlagak cool.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now