BAB 43

8.9K 126 12
                                    

“MAK jaga diri elok-elok tau. Kalau ada apa-apa nanti call aje Hawa.” Pesan Hawa sebelum mereka ingin berangkat pulang.

“Yalah, Hawa. Zarul pun ada kat sini boleh tengok-tengokkan mak.” Balas Mak Limah. Rifqi menghampiri dua orang wanita setelah dia meletakkan bagasi di dalam kereta.

“Kami pergi dululah, mak. Nanti lambat pula nak sampai.” Pinta Rifqi.

“Yalah. Hati-hati memandu tu.” Pesan Mak Limah. Rifqi menyalami tangan mertua angkatnya disusuli oleh Hawa.

“Jaga diri Hawa dengan perkahwinan ni.” Pesan Mak Limah kepada Hawa. Hawa hanya tersenyum hambar. Kereta Rifqi mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah Mak Limah. Setelah sepuluh minit kereta bergerak, Hawa perasan jalan mereka ikut ni lain macam.

You nak pergi mana ni?” Soal Hawa sambil memandang Rifqi yang sedang fokus memandu itu.

“Adalah.” Hanya itu yang Rifqi jawab terhadap soalan Hawa.

“BUAT apa kita dekat rumah Zarul ni?” Soal Hawa, cuak.

“Jom.” Ajak Rifqi lalu turun daripada keretanya.

“Abang! Ni Hawa dengan Rifqi dah sampai ni.” Jerit Farhana daripada pintu utama. Melihatkan Rifqi yang sudah sampai di depan pintu dan Zarul serta Farhana turut berada di pintu utama membuatkan Hawa terpaksa turun. Hawa bersalam dengan Farhana dan hanya melemparkan senyuman kepada Zarul. Begitu juga Farhana dan Zarul.

“Jemputlah masuk.” Jemput Farhana. Hawa memandang sekeliling. Mencari Hakim dan Hafiz sebenarnya.

“Sayang cari apa?” Soal Rifqi apabila melihat Hawa seperti mencari-cari seseorang.

“Jomlah makan dulu. Takut makanan sejuk pula.” Jemput Zarul.

“Mana Hakim dengan Hafiz kak?” Soal Hawa. Farhana dan Zarul memandang Rifqi.

“Err, dorang ada. Tengah tidur. Akak dah bagi dorang makan tadi.” Jawab Farhana. Hawa hanya mengangguk walaupun sebenarnya dia curiga sedikit. Selepas selesai sahaja mereka makan, Farhana membawa pencuci mulut kepada tetamu yang berada di ruang tamu.

“Jemputlah makan koktail ni.” Jemput Zarul. Setelah Farhana meletakkan pencuci mulut, dia terus bangun ke bilik tidurnya untuk membawa keluar Hafiz dan Hakim.

“Ya Allah, anak mummy. Rindunya mummy dengan dia!” Semua mata kini menumpu ke arah Hawa. Hawa mengambil Hakim daripada pegangan Farhana. Hawa yang masih leka dengan anak-anaknya langsung tidak menyedari bahawa dia sudah pun terlepas cakap. Apabila Hawa tersedar, dia memandang Farhana. Farhana hanya memberikan senyuman kepada Hawa.

“Abang pun rindukan anak-anak abang.” Rifqi bersuara sambil menghampiri Hawa. Dia mengambil Hafiz daripada pegangan Farhana.

“Kenapa sayang rahsiakan semua ni daripada abang?” Soal Rifqi.

I…”

No more I-You between us. No more benci dan dendam cinta antara kita. Abang dah tak nak ada dendam antara kita. And abang minta maaf segala-galanya.” Rifqi pantas memintas kata-kata Hawa. Hawa sebak. Walaupun ringkas, Hawa tahu Rifqi ikhlas menuturkan kata-kata tersebut.

“Sayang pun nak minta maaf sebab sayang sorokkan anak-anak abang daripada abang.” Ucap Hawa dengan matanya yang berair. Rifqi hanya memberikan senyuman dan mencium dahi Hawa. Inilah keluarga bahagia yang dia impikan selama ni. Dia bahagia bersama Hawa. Hawa adalah yang tercipta untuknya. Rifqi berjanji bahawa dia akan menjaga keluarganya sehingga akhir hayatnya.

_________________________________________

yeayyyy dah tamat ! siapa setuju kalau ada Book 2 untuk Dendam Cinta ni ? kalau setuju , tinggal di ruang komen okay 😆 lebih 20 orang komen , sis buat Book 2 : Dendam Cinta .

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now