BAB 39

7.6K 110 2
                                    

SEUSAI Hawa memasak, dia memanggil suaminya yang ralit menonton televisyen.

You, makanan dah siap I hidangkan. Makanlah, nanti kata I isteri tak berjenis pula.” Jemput Hawa tapi masih sempat menyindir suaminya. Rifqi merengus lalu mengambil tempat di meja makan. Hawa menyendukkan nasi dan lauk untuk suaminya.

“Nanti dah habis makan, letak aje kat sinki. Biar I yang basuhkan. Kalau nak apa-apa, I ada kat dalam bilik kerja I.” Kata Hawa selepas menyendukkan nasi dan lauk untuk suaminya. Hawa ingin beredar meninggalkan suaminya.

“Ingatkan bila dah balik sini dapatlah isteri yang elok sikit daripada Husna tu. Rupanya sama aje.” Kata Rifqi seperti berjauh hati dengan sikap Hawa yang tidak menemannya makan.

You nak apa ni? Nak I teman makan? Kalau nak kasih sayang, cakap. I ni manusia, mana nak faham apa yang you nak tu.” Kata Hawa lalu mengambil tempat di sebelah suaminya.

“Hmm, kau tak makan?” Soal Rifqi. Niat di hati ingin berbaik saja walaupun tiada perasaan kasih dan cinta di hatinya.

“Tak naklah. Tak ada selera. Makan cepat sikit. I ada kerja ni.” Kata Hawa sambil memerhati Rifqi makan masakannya.

“Sedap?” Soal Hawa apabila Rifqi terlampau asyik makan masakannya.

“Hmm. Tak ada apa pun yang berubah. Sama aje.” Balas Rifqi.

“Ya, orang aje berubah. Yang lain semua sama aje. Dah habis makan? Tinggal aje kat situ. Biar I yang kemaskan.” Kata Hawa. Rifqi hanya mengangguk lalu membawa pinggan makannya ke sinki untuk dibasuh. Biar pun Hawa suruh tinggal aje, dia bukannya jenis yang suka menyusahkan isteri seperti suami-suami yang lain.

SETELAH mengemas meja makan, Hawa terus berlari ke atas. Ada seseorang yang menunggunya di dalam bilik kerjanya. Rifqi yang memandangnya diabaikan sebab ada yang lagi penting daripada Rifqi. Hawa menekan suis on di laptopnya. Cepat-cepat dia membuka aplikasi Skype.

“Assalamualaikum, kak.” Hawa memberi salam.

“Waalaikumusalam, Hawa. Hawa sihat?” Soal Farhana.

“Alhamdulillah sihat. Mana Hakim dengan Hafiz? Hawa rindu sangat dengan dorang.” Soal Hawa.

“Ada ni haa. Tengah makan. Asyik panggil mummy dorang aje.” Kata Farhana.

“Serius ke kak? Dorang dah boleh bercakap?” Soal Hawa.

“Ya, Hawa. Tapi pelat sikitlah.” Beritahu Farhana.

“Hawa!” Panggilan daripada Rifqi memeranjatkan Hawa yang sedang berskype dengan Farhana. Terus dia menutup laptopnya lalu memandang ke arah pintu bilik.

“Ya, kenapa?” Soal Hawa apabila melihat muka Rifqi di sebalik pintu.

Mummy call. Dia call number kau, tak dapat. Susah sangat ke nak jawab call?” Rungut Rifqi. Hawa mengambil telefon daripada pegangan Rifqi apabila Rifqi berada di depannya. Malas dia nak bertekak dengan Rifqi. Buang masa je!

“Assalamualaikum, mummy. Ada apa call Hawa?” Soal Hawa.

“Tak ada apalah. Mummy nak bagitahu yang esok mummy ada buat makan malam sikit. Saja nak masak yang special-special. Boleh ajak anak menantu mummy sekali. So kalau boleh, esok Hawa datanglah dengan Rith.” Hawa menjeling Rifqi.

“In Sha Allah, mummy. Apa-apa nanti Hawa call balik.” Kata Hawa tanpa memberi kata putus.

“Yalah. Nanti Hawa call mummy ya. Bye, assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Panggilan dimatikan. Hawa memulangkan semula telefon kepada Rifqi.

Mummy kata apa?” Soal Rifqi.

“Esok ada makan malam kat rumah mummy. Dia suruh datang.” Kata Hawa.

“Okay.” Balas Rifqi kemudian berlalu daripada situ meninggalkan Hawa yang tercengang.

PUAN Sri Ismahani bergerak ke pintu utama apabila bunyi loceng kedengaran.

“Eh, Hawa! Dah sampai dah menantu mummy ni.” Kata Puan Sri Ismahani sambil memeluk dan mencium pipi kiri dan kanan menantunya.

Mummy.” Sebut Rifqi sebelum mencium tangan ibunya.

“Jemputlah masuk. Makanan semua dah siap. Tinggal nak tunggu korang aje.” Kata Puan Sri Ismahani sambil berjalan menuju ke arah meja makan.

“Maaflah, mummy sebab Hawa tak dapat nak tolong apa-apa. Ni pun kitorang baru balik daripada office. Banyak sangat kerjanya.” Kata Hawa.

“Tak apalah, Hawa. Cari duit untuk si kembar juga.” Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Hawa dan Puan Sri Ismahani berpandangan sesama sendiri.

“Kembar?” Rifqi menyoal, pelik.

“Tak, maksud mummy. Bolehlah Hawa ni nak cari duit nak pergi kembara. Maksud mummy, Hawa kan suka mengembara.” Kata Puan Sri Ismahani bersama senyumannya untuk menutup ketelanjuran dalam percakapannya.

“Eh, jemputlah duduk.” Jemput Puan Sri Ismahani apabila Rifqi memberi respon yang positif. Hawa pula melepaskan nafas kelegaannya.

“Mana daddy?” Soal Hawa.

Daddy kamu tadi pergi ke masjid. Sampai sekarang tak baliknya.”

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Tan Sri Syed Suhaimi memberi salam.

“Haa tu dah balik dah. Hishh, orang tua ni.” Rungut Puan Sri Ismahani.

“Kenapa lambat, bang? Kitorang dah nak start dah ni.” Soal Puan Sri Ismahani.

“Kat masjid tadi ada mesyuarat. Tu yang lambat tu.” Jelas Tan Sri Syed Suhaimi lalu mengambil tempat duduk di meja makan.

“Rifqi, baca doa.” Arah Tan Sri Syed Suhaimi. Rifqi memulakan bacaan doa.

“SO far, macam mana dengan company?” Soal Tan Sri Syed Suhaimi kepada Hawa yang baru meletakkan manisan.

“Macam biasalah, daddy. Ada naik dan turunnya. Tapi buat masa sekarang, okaylah.” Beritahu Hawa lalu duduk di tepi suaminya.

“Husna ada datang lagi kat office?” Tumpuan Rifqi kini beralih kepada pertanyaan Puan Sri Ismahani mengenai bekas isterinya. Hawa menjeling sedikit ke arah suaminya.

“Tak ada dah, mummy. Berani dia datang lepas kena dengan Hawa hari tu?” Kata Hawa membuatkan Puan Sri Ismahani dan Tan Sri Syed Suhaimi tertawa. Rifqi mengenggam pergelangan tangan Hawa.

“Kau buat apa dekat dia haa?!” Soal Rifqi keras. Hawa memandang sekilas ke arah ibu bapa mertuanya yang begitu terkejut dengan reaksi anak mereka.

“B…buat apa? Mana ada Hawa buat apa.” Jawab Hawa tergagap.

“Patutlah Husna mengadu macam-macam dekat aku! Kau rupanya puncanya!” Rifqi mulai baran. Dia meluru keluar daripada rumah ibu bapanya.

Mummy, daddy. Hawa pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Hawa mengikuti langkah suaminya. Nasib baiklah mereka pergi berasingan ke tempat kerja makanya pergi ke rumah mertuanya berasingan.

DENDAM CINTA ✔Where stories live. Discover now