HAWA merenung lama rumah agam itu. Dia rasa berdebar-debar pula untuk melangkah masuk. Yalah, dia bukannya dialu-alukan pun di sini. Bunyi deringan telefon memeranjatkan Hawa sekaligus perutnya ditendang oleh anak-anaknya. Hawa mengaduh sedikit. Dia mengusap perutnya untuk mengurangkan rasa terkejut anak-anaknya. Warna hijau dislide ke atas.
“Assalamualaikum, Hawa. Ada kat mana tu?” Soal Tan Sri Syed Suhaimi.
“Waalaikumusalam. Hawa tak jadi datang. Maybe lepas Hawa bersalin.” Kata Hawa lalu menutup talian telefon dan mematikan telefonnya. Hawa masih belum bersedia. Tambahan pula apabila Hawa mendapat tahu yang Rifqi akan berkahwin lagi. Mungkin ini salah satu rancangan Rifqi supaya tinggalkannya. Hawa memandu mengikut kata hatinya sahaja. Dia sendiri pun tak tahu dia di mana. Apabila dia nampak signboard ‘Ipoh’, Hawa meneruskan perjalanannya. Jam menunjukkan enam petang. Jarak perjalanan daripada Kuala Lumpur dan Perak tak adalah jauh mana. Hawa hanya memandang kosong rumah yang kelihatan suram itu. Setelah setengah jam dia berada dalam kereta akhirnya Hawa mengambil keputusan untuk keluar.
“Assalamualaikum.” Hawa memberi salam.
“Waalaikumusalam. Kejap, nak. Kejap.” Kata seorang wanita tua. Wanita itu membuka pintu rumah dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hawa di depannya.
“Ya Allah, Hawa ke ni?” Soal wanita itu lagi. Hawa mengemam bibirnya menahan tangis lalu menganggukkan kepalanya.
“Ya Allah, Hawa. Mak Limah rindu sangat dengan Hawa. Hawa sihat nak?” Soal Mak Limah sambil memeluk Hawa. Hawa membalas pelukannya dengan tangisan.
“Hawa mintak maaf, Mak Limah. Hawa kecewakan Mak Limah.” Ucap Hawa, sedih.
“Sudah, Hawa tak pernah salah apa-apa dengan Mak Limah. Jom kita masuk dalam. Dah nak senja ni tak elok ibu mengandung duduk kat luar.” Kata Mak Limah lalu menarik Hawa masuk ke dalam rumah.
“Dah berapa bulan dah tu?” Soal Mak Limah sambil mengambil tempat duduk di ruang tamu.
“Baru nak masuk empat bulan, Mak Limah.” Beritahu Hawa.
“Besarnya. Kembar eh?” Soal Mak Limah. Hawa dengan senyuman lebar, menganggukkan kepalanya.
“Alhamdulillah. Untung Hawa. Suami Hawa tahu?” Serta merta mati senyuman Hawa.
“Kenapa ni, Hawa?” Soal Mak Limah apabila melihat riak wajah Hawa yang berubah.
“Dia tak mengaku yang ni anak dia sedangkan dia yang rogol Hawa malam tu.” Beritahu Hawa sebak. Walaupun sudah hampir empat bulan berlalu, Hawa masih tidak melupakan bagaimana dia diperlakukan malam itu. Mengucap panjang Mak Limah.
“Astarghfirullahalazim. Habis tu?”
“Nak buat macam mana lagi, Mak Limah. Lepas saya bersalin baru saya balik dekat dia semula.” Kata Hawa.
“Kenapa pulak? Apa maksud kamu ni?” Soal Mak Limah.
“Daddy Rifqi ada suruh Hawa balik tapi Hawa tak sedia lagi. Hawa buat semua ni pun untuk anak-anak Hawa yang bakal lahir nanti.” Kata Hawa lagi. Mak Limah mengeluh.
“Haih, Mak Limah tak tahulah nak kata apa. Tapi kalau tu yang Hawa rasa betul, Hawa buatlah.” Kata Mak Limah.
“Hawa faham, Mak Limah.”
♘
BUNYI deringan telefon menyedarkan Hawa yang sedang memasak itu. Hawa merapati meja memasak yang sudah tersedia di dapur itu. Punat hijau dislide keatas.
“Helo, assalamualaikum.” Sapa Hawa terlebih dahulu.
“Waalaikumusalam, Hawa. Hawa sihat?” Balas Tan Sri Syed Suhaimi.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romance"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...