BUNYI muzik yang terlampau kuat di dalam kelab itu sudah biasa bagi seseorang yang inginkan ketenangan. Begitu juga dengan Husna yang memerlukan ketenangan. Serabut kepalanya apabila memikirkan Rifqi seperti melebihkan Hawa dalam sebarang hal berbanding dirinya.
“Hey, girl.” Sapaan daripada seseorang menarik perhatian Husna.
“Hey, John. Kenapa lambat sangat? I already miss you.” Kata Husna dalam keadaan separa mabuk.
“Sorry, baby. I ada hal tadi.” John menafikan hal sebenar.
“Dahlah John. Macam I tak kenal you aje.” Balas Husna. Husna mulai mengenal John setahun yang lalu. Bersama John, Husna mulai merancang sesuatu untuk membuatkan rumah tangga Rifqi dan Hawa berantakan. Bersama John juga, pelbagai perkara Husna sudah lakukan bersama John termasuk di atas katil sekalipun.
“So macam mana life you and husband you?” Soal John.
“Haa, tu lagi satu hal. You tahu tak sekarang ni dia nak tackle balik isteri pertama dia tu. And I was like what the fuck man. I'm his wife too!” Husna mula bercerita dengan keadaan mabuknya. John tertawa sinis.
“Tulah you. I dah cakap. Kahwin aje dengan I. Masalah semua settle. I boleh aje convert dalam agama you.” Kata John seperti menukar agama itu sesuatu yang mudah. Husna tertawa.
“Hey, you ingat agama Islam ni senang ke? Tak boleh nak buat tu, tak boleh nak buat ni. Shit!” Husna masih membebel dengan gaya mabuknya.
“You dah mabuk sangat ni Husna.” Kata John.
“Biarkan I mabuk! I nak lupakan husband I dengan wife dia tu! Sekarang ni masa I dengan you. Em, why not you ajak I balik. I rindu you.” Kata Husna dengan suara sensualnya. John yang sudah lama menanti saat itu hanya bersetuju.
“Why not, baby. Come.” John memimpin Husna ke keretanya lalu menuju ke rumah John.
♘
“AWAK tunggu siapa tu, Isma?” Soal Tan Sri Syed Suhaimi apabila sedari tadi isterinya itu mundar mandir di ruangan bilik tidur mereka.
“Husna.” Mendengarkan nama menantu keduanya itu, Tan Sri Syed Suhaimi mencabut cermin matanya lalu menutup buku yang dibacanya.
“Haa kenapa dengan menantu kesayangan awak tu?” Soal Tan Sri Syed Suhaimi.
“Dah pukul berapa ni, bang. Dia tak balik-balik lagi.” Kata-kata Puan Sri Ismahani lebih kepada nada kerisauan.
“Biarlah dia. Dia dah besar. Pandai-pandailah dia uruskan diri dia tu. Lagipun KL ni bukannya besar sangat pun.” Tan Sri Syed Suhaimi cuba menenangkan hati isterinya itu.
“Macam mana saya tak risau, bang. Dia tu satu-satunya menantu kita tau.” Kata Puan Sri Ismahani.
“Eh, bukan menantu kita. Menantu awak sorang aje. Saya tak pernah iktiraf dia sebagai menantu saya walaupun saya terima dia. Awak yang pandai-pandai.” Balas Tan Sri Syed Suhaimi.
“Hish awak ni. Penatlah saya bercakap dengan awak. Baik saya tidur.” Marah Puan Sri Ismahani. Tan Sri Syed Suhaimi hanya menggelengkan kepalanya dan meneruskan pembacaannya.
♘
BAGAIKAN pencuri lagaknya, perlahan-lahan dia memanjat katil bersaiz Queen itu. Dia tersenyum apabila melihat wajah yang disayangi sepenuh hatinya itu sedang lena diulit mimpi.
‘Comelnya sayang tidur. Rasa nak gigit!’ Dia masih sempat berangan akan wanita yang disayanginya itu. Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya dan memeluk badan berisi wanita itu. Akibat merasakan pergerakan yang luar biasa dengan bingkas wanita itu bangkit dari tidurnya.
“Arghh!! Pencuri! Pencuri!”
“Hey! Sayang, sayang! Ni abanglah. Mana ada pencuri.” Rifqi cuba memujuk isterinya yang mulai meroyan itu. Hawa yang seperti kerasukan itu terdiam apabila mendengar suara Rifqi.
“Buat apa kat sini?” Soal Hawa.
“Tidur dengan bini.” Jawab Rifqi selamba.
“Habistu Husna?” Soal Hawa.
“Husna? Entah. Dia tak ada pun dalam bilik. Arhh, biarlah dia. Abang ngantuk ni. Jom tidur. Rindulah.” Ajak Rifqi.
“Jangan nak mengada eh. Nanti Husna balik tengok laki dia tak ada dalam bilik. Marahlah dia.” Bantah Hawa.
“Tak naklah. Dia lambat sangat.”
“Tunggu ajelah dalam bilik tu. Mana tahu dia ada kerja banyak ke.”
“Sayang pun tahu Husna tu macam mana. How can abang tak boleh tahu perangai buruk Husna tu macam mana.” Terkedu seribu Hawa apabila Rifqi tahu perkara sebenar.
“You tahu tapi tetap kahwin dengan dia?”
“Semua yang abang buat, untuk sayang. Dah jom tidur.” Hawa yang sudah keletihan hanya mengikuti kehendak Rifqi. Malam ini Rifqi tidur bersama ‘Teddy Bear’nya.
♘
FARIS yang sudah lama memerhati gelagat Hawa yang tersengih-sengih itu mulai curiga. Pandangannya silih berganti dengan wajah Hawa yang sedang termenung sambil tersengih dan Maira yang sedang makan makanannya dengan lahap sekali. Macam tak jumpa makanan setahun!
“Ehem! Ehem!” Deheman daripada Faris mematikan lamunan Hawa sekaligus memberhentikan tabiat Maira yang makan dengan gelojoh itu. Kini wajah Faris menjadi tumpuan dua orang wanita di hadapannya.
“Jemputlah makan.” Kata Faris.
“Oh, ya.” Hawa mulai termalu sendiri apabila dia perasan makanannya tidak terusik semenjak tadi. Maira hanya mengangkat bahunya. Pada tika ini, makanan lagi penting daripada kepelikan wajah kekasihnya. Eh, dah jadi kekasih dah!
“Are you okay, Hawa?” Soal Faris setelah agak lama mereka mendiamkan diri. Hawa memandang Faris.
“Yes, I am. Kenapa nampak muka saya pelik sangat ke?” Soal Hawa sambil menyentuh mukanya.
“No. Tadi saya perasan awak asyik termenung aje. Tu yang saya tegur tu.” Balas Faris. Maira yang baru perasan menunjukkan muka risaunya.
“Kau ada masalah lagi ke dengan laki kau?” Soal Maira sambil menyedut jus tembikainya.
“Hah? Eh tak adalah. Cuma…” Kenangan malam semalam menggamit senyuman Hawa.
“Haih lain macam aje rope gayanya.” Kata Maira dalam loghat Peraknya.
“Hish kau ni Maira. Aku nak bahagia sekejap pun takkan tak boleh.”
“Bukan tak boleh Puan Hawa oii. Masalah awak ni dah sampai tersengih-sengih. Kot ya pun gaduh dengan laki janganlah sampai tersengih. Eii, risau aku tahu tak. Kau tu dahlah tengah pregnant. Aku risau nanti sakit mental kau tu berjangkit kat anak kau. Siapa susah? Aku jugak.” Bebel Maira.
“Kau ni Maira, asyik nak berprasangka buruk aje kat laki aku.” Kata Hawa.
“Ada bau something tak?” Soal Maira.
“Bau apa?” Soal Faris.
“Bau cinta nak berputik kembali.” Selamba Maira menjawab sehinggakan Hawa hampir tercekik.
“Kau nak bagi aku mati ke!” Marah Hawa.
“Aku cakap aje. Siapa makan cili terasalah pedasnya.” Selamba Maira menyambung aktiviti makannya sebentar tadi. Hawa menggerutu geram.
_______________________________________
maaf sebab dah lama tak update . musim exam sekarang ni .
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romantik"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...