Empat bulan berlalu...
HAWA memandang jauh ke arah laut yang terbentang di hadapan mata. Kenangan lalu begitu cepat terhapus di minda Hawa. Sesekali dia mengeluh apabila mengingati kisah tragis yang dia alami.
"Hawa." Sapa seseorang. Hawa mengalihkan pandangan. Dia melemparkan senyuman yang manis.
"Hey, Leo." Balas Hawa.
"Jauh termenung. You ingatkan apa tu?" Soal Leo. Untuk kesekian kalinya, Hawa mengeluh lagi.
"I don't know. Maybe kenangan silam." Jawab Hawa. Leo ketawa sinis.
"Buat apa you nak ingat Hawa? Tak ada guna pun." Kata Leo lagi.
"Memanglah tak ada guna tapi saja nak ingat. Biar I tak ulang kesilapan yang sama."
"Motivasi yang baik."
"So, how dengan pembelajaran you? Senang?" Soal Hawa. Leo menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Em, bolehlah. Not too bad."
"Bunyi macam ada yang tak kena aje. Alah biasalah tu, you baru empat bulan belajar. Alah bisa tegal biasa."
"Apa tu? Alah apa?" Hawa tertawa kecil.
"Alah bisa tegal biasa. Maksudnya bila you dah biasa buat sesuatu kerja tu, you dah tak rasa apa dah. Semuanya rasa mudah aje." Kata Hawa. Leo hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
"Hawa, you dah fikir masak-masak dah pasal tawaran daddy you tu?" Hawa terdiam. Dia memandang Leo sekilas kemudian mengeluh.
"I tak tahulah, Leo. I rasa serba salah." Luah Hawa.
"Hey, you nak rasa serba salah kenapa? Inilah masanya you nak ambil balik hak you balik. Ingat dendam you tu." Leo sengaja mahu mencucuk Hawa. Baginya mereka perlu diberikan pengajaran.
"I know tapi I kena fikir jugak pasal anak-anak I. Siapa nak jaga dorang?"
"Kami boleh tolong." Jawab seorang lelaki dan seorang wanita yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka.
♘
Flashback...
DUA bulan sudah berlalu semenjak Hawa dihalau oleh Rifqi daripada rumah. Kini Hawa sedang sarat mengandungkan anak-anaknya. Hawa menghilangkan diri daripada semua orang termasuk Maira sendiri. Dengan bantuan Zarul dan isterinya serta Leo, Hawa dapat menghadapi segala rintangan yang mendatang.
"Eh, Hawa nak pergi mana ni?" Soal Farhana, isteri Zarul.
"Hawa nak pergi ambil angin kak." Beritahu Hawa.
"Elok-elok. Perut tu dah sarat sangat tu. Akak takut terberanak aje nanti." Kata Farhana sambil tertawa kecil.
"Akak ni memandai aje. Hawa bukan pergi jauh sangat pun. Pergi tepi pantai aje." Kata Hawa.
"Yalah, Hawa." Farhana hanya memandang langkah Hawa yang keluar daripada rumah itu. Hawa menyembunyikan dirinya di Langkawi bersama isteri Zarul, Farhana. Hanya Farhana seorang sahaja yang boleh diharapkan dan mujur Farhana dan Zarul ingin membantunya. Deringan telefon bimbit memeranjatkan Hawa yang sedang termenung itu.
"Assalamualaikum, sayang." Hawa tersengih.
"Gelilah aku nak bersayang-sayang dengan kau." Kata Hawa. Kedengaran gelak ketawa Maira di sebalik telefon bimbit itu.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✔
Romance"Kau memang tak guna Syed Rifqi Harith!! Dasar lelaki pengecut!!" - Hawa Afwan. Hawa seorang gadis yang sangat nakal dan suka membuli tapi dia seorang yang rajin, penyayang dan taat. Kelakuannya membuatkan semua orang membencinya kecuali Umaira Irdi...