CHAPTER SEVEN

47 7 1
                                    

Di Dalam Kereta

"Dekat mana nak lunch ni?" tanyaku pelik.

"Sabarlah kejap lagi sampai," jawab Jimin sambil tersenyum.

Beberapa minit kemudian kami pun telah sampai di restoran MY KIMCHI. Besar sungguh restorannya.

"Wahhh cantik nye restoran ni," ujarku sambil tersenyum lalu keluar dari kereta.

"Of course cantik. Lagi pun saya dah booking tempat ni," jawab Jimin.

"Owh patut lah tak ramai orang," kataku.

"Jomlah saya tunjuk tempat makan kita," ajak Jimin. Aku pun segera mengikutnya dari belakang.

"Duduklah Shin Hye," pelawa Jimin.

"Okay gomawo," jawabku.

Baru berapa minit berlalu. Makanan pun sudah sampai.

"Wahh banyaknya awak order," ujarku terkejut kerana meja dipenuhi makanan.

"Ala apa lah sangat lagi pun first time saya keluar makan dengan perempuan," jawab Jimin sambil memandang kearahku.

"Eh ye ke. Tipulah takkan orang hensem cam awak tak ada orang nak," kataku sambil tersenyum.

"Hehe memang ada yang nak tapi saya tolak," jawab Jimin dengan selamba.

"Kenapa tolak?" tanyaku.

"Sebab saya dah jumpa awak. Saya nak awak je taknak yang lain," ujar Jimin tanpa teragak-agak. Aku terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Jimin.

"Owh,hmm jomlah makan nanti sejuk pulak," dalihku lalu mengambil kimchi. Sebenarnya aku benar benar malu.

"Hmm tukar topik pulak," jawab Jimin sambil ketawa.

"La betul lah kita makan dulu lepas makan kita bincang balik ye. Saya lapar dah ni," ujarku.

"Hmm ye la." jawab Jimin lalu makan dengan tenang. Mereka pon makan. Tiba tiba Jimin menyuap makanan ke arah mulutku.

"Apa ni!" tanyaku.

"La nak suapkan pun tak boleh ke," pelawa Jimin sambil tersenyum.

"Eh awak ni. Nanti ada orang nampak. Dah sambung makan," dalihku lagi.

"Ala tak nak. Kalau awak tak mahu saya buat secara paksa nanti," usik Jimin sambil membuat muka comel.

"Aihh dia ni. Ha ye la ye la," jawabku lalu mengangakan mulut. Jimin pun menyuapku sambil ketawa.

"Hahaha comel la awak ni," usik Jimin lagi.

"Hmm dah dah sambung makan," jawabku dengan mulut dipenuhi makanan.

Kami pun makan sampai kenyang. Mana tak nya macam macam jenis makanan tteotbokki la kimbap la kimchi la. 10 minit berlalu kami pun selesai makan. Tiba tiba...

"Hmm Shin Hye, saya nak bagitau awak something, saya harap awak tak marah," ujar Jimin sambil tersenyum.

"Apa dia. Buat apa saya nak marah. Tanya je saya sedia mendengar," jawabku sambil meminum air.

"Sebenarnya.....

*HAHA SUSPEN JE. NAK TAU APA YANG JIMIN NAK CAKAP TUNGGU EPISOD SETERUSNYA OKAY. ANNYEONG*

WHO SHOULD I CHOOSEWhere stories live. Discover now