Kabut

316 6 0
                                    

"Eh mama dah balik?"

 Ujar ku sambil membuka pintu kepada ibuku.

"Kenapa tak tidur lagi? dah lewat ni."

 Prihatin ibuku membuat aku tersentuh.

 Aku tersenyum lalu aku ke dapur untuk memanaskan air dalam cerek elektrik. Ibuku membawa keluar makanan dalam beg tangan yang selalu dia bawa ke tempat kerja. Inilah saat yang aku gemari sejak kecil lagi. Begitu banyak makanan yang dibawa. Aku takjub dengan makanan yang sebegitu banyak dan ia muncul daripada beg yang kecil dan comel itu. Ibuku sering membawa balik makanan bukan kerana dia kaya nak beli semua benda tetapi hakikatnya adalah makanan itu  semua diberi oleh rakan-rakannya. Pekerjaan ibuku tidak setinggi hingga boleh dibanggakan seperti orang lain namun aku tetap bersyukur kerana pekerjaannya mampu menampung kehidupan kami sekeluarga hingga kedua-dua anaknya mampu menyambung pelajaran di menara gading. Ibuku bekerja sebagai casheir di sebuah kompleks membeli belah. Pada waktu malam ada saja rakannya yang akan memberi makanan percuma kepada ibuku kerana rakannya itu mengusahakan perusahaan makanan jadi apabila larut malam masih ada makanan yang tidak dijual. Untuk menjaga kualiti dan meraih kepercayaan daripada pembeli mereka terpaksa membuang makanan yang tidak laku dijual walaupun makanan itu masih elok dan segar. Oleh itu, mereka tidak sanggup untuk membuangnya lalu makanan tersebut diberi kepada ibuku dan akhirnya akan selamat mendarat dalam usus kecil Ku ini.

Aku menghidangkan air yang telah dibuat oleh diriku sendiri. Kami pun menjamah makanan yang tersedia.

Seusai makan malam atau supper ibuku seperti ingin memberitahu sesuatu yang penting kerana wajahnya bertukar menjadi suram.


"Abang.. Tuan rumah kata anak dia nak duduk sini lepas kahwin. Bulan dua dorang nak duduk dah." 


Aku tersentak dengan kata-kata ibuku cepat saja mataku melirik pada kalender dibelakangku yang tergantung. Sekarang masih bulan 12. Sungguh cepat masa berlalu, aku masih ingat aku pindah ke sini pada usia aku 14 tahun dan sekarang aku sudah berumur 18 tahun mahu melanjut ke usia 19. Dalam kegembiraan nikmat itu ditarik. Aku memikirkan perasaan ibuku yang runsing pasal wang untuk berpindah dengan kegawatan ekonomi dan kos sara hidup makin melambung. Pada malam itu, aku menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada kakakku. Aku cuma ada dua beradik jadi apabila sesuatu berlaku aku pasti beritahu padanya. Aku dan kakakku ibarat aur dan tebing pada masa yang sama seperti kucing dan anjing. Kakakku membalas dan cara jawabnya aku boleh fikir dia juga sedang gelisah dengan apa yang berlaku. Tamat perbualan aku mencari rumah sewa dengan pertolongan aplikasi lain. Dua jam mencari, aku mengeluh. Harga sewa semakin meningkat hingga tidak masuk akal. Pada keesokannya aku memberitahu ayahku perihal rumah sewa yang telah aku cari. Dia juga sedang mencari walaupun jangka masa diberi agak banyak namun untuk mencari rumah yang murah peluangnya agak tipis.

PindahWhere stories live. Discover now