Farry balik lambat sikit tau kalau lapar makan la maggi dulu malam nanti Farry beli Subwey.-Farry.
Aku merenung lemah lalu menekan butang 'send'. Tidak berjaya dihantar. Keluhan kecil dilontarkan. Belum sempat aku mencuba lagi sekali telefon itu mati kerana kehabisan bateri tanpa banyak berfikir aku mencampak telefon itu ke katil. Hampir seminggu juga aku mereput disini tapi tidak membosankan kerana aku sungguh sibuk menyiapkan esaimenku dan tidak lama lagi peperiksaan hujung semester akan bermula. Selimut ditarik lemah kerana kepenatan yang tidak terhingga. Aku pun sambung beradu.
Telefon pintar ditenung lama. Jam seperti lambat bergerak. Aku mengeluh. Kerja di atas meja masih banyak. Nak atau tidak aku terpaksa pulang lambat. Gambar di tepi meja ku renung. Comel. Hati terasa sejuk dan tenang apabila melihat gambar seorang wanita, mungkin ini lah jodohku sekian lama ku tunggu. Suatu semangat menjelma untuk terus berjuang apabila satu mesej masuk dan dipapar pada skrin telefon pintarnya.
Ari tunggu Farry balik tau. Jangan stress kerja tu. Sayang awak.-Arissa.
Aku bermimpi. Lokasi masih disekolah. Suasana sungguh bengit dengan suara teriakan kanak-kanak. Aku berada di kantin sedang beratur menungu giliran memilih makanan. Namun, hampir setengah jam juga aku menungguh. Cis, habis masa aku tersia saja disini. Kelihatan Haris menghirup jus oren yang dibeli dengan penuh nikmat membuatkan aku cemburu. Untung dia sudahlah berehat awal 10 minit boleh pula dia mematung disitu dengan minum air. Aku dahla lapar.
"Ari, nak tak air aku sikit? Sedap ni haha."
Aku menggelingkan kepala seraya memberi isyarat penumbuk padanya kerana mengusik kesabaran aku yang senipis bawang. Kelihatan dari jauh suatu susuk tubuh sedang berjalan ke arah aku dengan senyuman manisnya. Aku cair. Danny berhenti di hadapanku dan menghulurkan satu plastik berisi nasi lemak kepada aku seraya mengajak aku ke satu tempat. Aku akur lalu meninggalkan Haris keseorangan. Kami memilih tempat makan bersebelahan kolam ikan kecil. Baru nampak romantik. Sedang asyik aku makan sambil mendengar celoteh si Danny aku tercekik. Kenapa? Sebab dia cakap
"Arissa, malam ni Danny nak awak kuat tau. Ingat Allah. Danny tahu awak boleh lawan semua ni."
Cara percakapan dia dengan penuh kesungguhan seperti sesuatu buruk bakal terjadi...
Pukul 12 malam.
Toyota vios memakir dihalaman rumah. Kaki melangkah ke pintu. Kod rahsia ditekan pada alat peranti keselamatan. Ting! Pintu rumah dibuka. Farry memberi salam ketika masuk ke rumahnya. Tiada sahutan. Dia melonggarkan tali lehernya sambil melangkah ke atas biliknya. Tombol pintu dipulas. Beg kerja diletak atas meja belajar. Farry tersenyum melihat kelibat Ari sedang asyik tidur diatas katilnya. Dia meletakkan plastik makanan di atas meja berdekatan sofa. Perlahan-lahan dia ke almari untuk mengambil tuala lalu ke bilik mandi. Ari kelihatan sungguh penat hingga berdengkur.
Sedang asyik Farry membersihkan dirinya terdengar satu ketukkan kuat dipintu dengan cakaran mendalam hingga nyaring dan ngeri. Uish! Lain macam Ari ni lapar sungguh ke haha. Lalu Farry meneruskan mandiannya.
"Aik? Tidur lagi minah ni. Lepas makan tidur bukan nak tunggu aku ke apa."
Farry maju ke katil. Perlahan-lahan dia ke arah Ari. Berselimut tutup. Dia mahu mengejutkan Ari dengan memegang kaki Ari dengan tangan yang sejuk baru lepas mandi.
"Ha! Sejuk tak?" sambil memegang kaki Ari.
"Farry .. awak buat apa tu!" kata aku selepas menolak pintu bilik.
Farry melihat diriku di pintu bilik. Dia menelan berat air liurnya lalu perlahan-lahan memusing kepalanya ke arah kelibat yang dianggap Ari. Hilang. Tangan Farry mengigil. Aku cepat mencapai dirinya. Kelihatan mukanya amat terkejut dan pucat. Tangannya masih mengigil. Aku memegang tangannya.
"Kenapa ni Farry? Penat sangat ke?"
Namun masih dibalas sepi. Aku cuba menarik perhatian dia dengan menepuk tangan dan melambai-lambai. Hambar. Aku segera ke meja belajar lalu beg galas dibuka. Botol air lutsinar aku ambil. Air itu sudah dibaca yassin. Aku menuang air itu ke dalam gelas lalu diberikan pada Farry. Masih kaku. Aku mengenggam dagu Farry yang berbujur sirih dan menuangkan air itu ke mulutnya. Dia menelan. Matanya berkelip. Badan aku dipeluk olehnya. Satu perkataan keluar dari mulutnya. TAKUT.
"Farry ok takni?"
"Ari tadi bukan tidur ke?"
"Taklah, Ari kat bawah lah cuci baju kat mesin basuh tu."
"Farry nampak Ari tidur, sungguh Ari!"
"Mungkin Farry penat sangat kot."
Farry mengangguk kepala perlahan dan tidak mahu berfikiran bukan-bukan. Mungkin betul kata Ari. Dia pun mula berbual seperti biasa sambil menjamah makanan yang dibeli. Dalam leka mereka berbual satu mesej daripada telefon Ari berbunyi. Ari melihat mesej di telefonnya. Satu pesanan tidak dihantar. Ari mengeluh.
"Patutlah Ari pelik kenapa Farry beli subwey sebab Ari order nasi goreng rupanya mesej tak send." sambil menujuk telefon itu ke Farry.
"Yeke, Farry just dapat satu mesej je dari Ari."
"Eh, mana ada lah. Ari tak sempat send pape pun bateri da mati. Sini pun tak tulis ada mesej dah hantar."
Anak mata Farry membulat. Sekali lagi dia terkejut. Untuk mengesahkan apa yang dikata itu dia segera menekan paparan skrin telefonnya. Menekan mesej. Kosong. Tiada mesej sejak pukul 3 petang. Air liur ditelan. Kalini dia tidak mampu berfikiran positif.
"Ari, Farry yakin sungguh Ari ada mesej Farry siang tadi." katanya perlahan sambil meminta telefon Ari.
Hati aku berdebar. Tidak sedap hati. Aku mendekati Farry melihat dia mencari mesej aku di kolum hantaran. Kosong. Dia tanya sama ada aku memadamnya atau tidak. Bersungguh aku mengatakan yang aku baru saja menghidupkan telefon itu dari habis cas tidak sempat langsung untuk memadam apa-apa. Kami saling memandang. Lampu bilik terpadam. Pintu bilik dihempas kuat di sertai pintu bilik mandi. Kedengaran suara ketawa yang mengilai. Seriau. Tiba-tiba, badan aku ditolak oleh Farry dengan sangat kuat. Aku dihempas hingga ke pintu bilik. Tercunggap-cunggap aku menarik nafas. Kelibat Farry hilang. Aku memanggil namanya. Suara ilaian bertambah nyaring disertakan dengan cakaran di dinding. Aku yang jatuh terduduk mula membaca kalimah Allah. Suratul Kursi ku baca dengan nada yang perlahan dan mengigil kerana ketakutan. Pintu di belakangku diketuk kuat. Aku menguatkan nada suaraku membaca ayat itu. Aku terasa pedih dibadan belakang. Seperti ditoreh. Ketika hampir aku menghabiskan surah itu aku memandang ke tingkap berdekatan katil. Farry tersenyum sambil menunjukkan gigi taring panjangnya yang berdarah, kini dia berada di atas katil. Badannya dibongkokkan seperti sedang rukuk. Namun, badan belakangnya yang dibongkok. Makin lama makin ke bawah hingga kepalanya mencecah lantai. Dia memandangku seperti kelaparan. Perlahan-lahan dia merangkak ke arahku. Aku ketakutan. Segala bacaan menjadi kucar kacir. Ya Allah kenapa jadi begini. Aku menutup mata dan menjerit meminta tolong.
"KAU AMBIK DIA DARI AKUUU!"
"KAU TAK LAYAK UNTUK DIA PEREMPUAN SUNDAL"
"HAHAHAHAH"
Aku masih menangis namun dengan lebih kuat. Kelibat itu memegang betis aku dan ditoreh perlahan-lahan dengan kukunya yang tajam. Nombor sebelas. Keadaan aku makin lemah. Farry mengilai sambil mencapai sebelah lagi betisku. Aku merasakan kesakitan yang perit. Kenapa aku diduga begini. Aku teringat kata-kata Danny. Mungkin ini yang dimaksudkan. Maaf Danny, aku tak kuat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.