Setelah menerima kata sepakat dengan keluargaku, mereka setuju untuk meninjau rumah yang aku lawati tanpa keizinan ibu bapaku. Aku teruk dimarahi oleh mereka. Yalah, ibu bapa mana tak marah kalau kita keluar tak bagitahu dan menipu sudah lah kita perempuan pulak tu. Aku bernasib baik kebetulan ibu bapaku cuti dan pemilik rumah itu berlapangan untuk menerima tetamu. Kami segera ke tempat yang hendak dituju.
Suasana kawasan perumahan itu amat tenang dikala petang. Aku amat takjub melihat ada taman-taman bunga kecil yang dijaga begitu rapi. Pelbagai bunga tumbuh dan amat nian sekali pemandangan itu. Ibuku amat tertarik dengan bunga-bunga itu, lama sungguh dia melihat bunga itu ibarat dia berada di kepulauan yang penuh dengan bunga
.
"Kalau kita duduk sini, mama nak siram bunga-bunga ni tiap hari." Ujar ibuku.Aku mendengar saja. Sejurus tubuh badan tuan rumah kelihatan, kami dibawa untuk meninjau keadaan rumah bukan apa ibu bapaku tidak puas melihat keadaan rumah itu melalui smartphone comel ku itu.
Pintu dibuka. Ibu bapaku mundar- mandir dari bilik ke bilik.
"Maaf la mengganggu kalau cik Farryshah busy."
"Eh, tak busy pun hari ni. Saya cuti hari ni"
"Oh, yeke""Semalam balik ok kan? Sebab malam kan so risau sikit." Ujar cik Farryshah kepada aku.
"Ok je, takpayah risau saya kuat" JawabKu.Cik Farryshah ketawa kecil. Kalau diamati cik Farryshah ini seorang yang tinggi lampai dan umurnya kelihatan seperti umur 30 an atau lebih muda. Aku mengagak mungkin dia anak orang kaya sebab tu dia mampu membina sebuah apartment moden dan kebun bunga di sekitar taman. Namun berbaloikah memberi sewa dengan harga yang sukar didapati dalam zaman kegawatan ekonomi kini?
Kata sepakat telah diputuskan. Duit deposit diberi kepada tuan rumah. Ibuku berbual dengan cik Farryshah berkenaan dengan taman bunga yang dilihat petang tadi. Mereka berbual dengan asyik sekali, sementara menunggu mereka aku sempat menyapu lantai rumah di setiap bilik agar bersih kerana keesokannya kami akan berpindah ke situ. Selesai semua masalah akhirnya. Kami pulang ke rumah dengan hati gembira.
Keesokannya, habis licin perabot rumah dan kotak-kotak diangkut oleh saudara-maraku. Aku bersyukur kerana mereka rela menolong kami sekeluarga berpindah-randah. Bukan sekali mereka menolong kami tetapi banyak kali. Semoga Tuhan memberkati pertolongan mereka itu. Syahdu di hatiku apabila melihat rumah yang lama kami duduki begitu banyak kenangan terpaksa ditinggalkan, paling aku sedih tatkala kucing-kucingku pergi meninggalkan aku satu per satu mereka seakan-akan mengetahui kami akan meninggalkan mereka di rumah ini lalu mereka berhasrat untuk pergi dulu dari kami. Aku akur. Aku takdapat mengagak kehidupanku tanpa kucing dirumah baru nanti kerana sejak dari lahir aku sudah biasa hidup bersama kucing. Pelbagai kucing yang hadir dan pergi dalam kehidupan aku. Pemergian mereka amat menyedihkan. Mereka ibarat adik kecilku. Apabila kebosanan mereka hadir menemani dan bermain bersamaku. Aku masih ingat lagi, seekor kucing aku bernama gary. Gary bermata biru spesis kucing siam. Gary amat gemar memakan durian. Kalah kakak ku kerana kakak ku tak tahan bau busuk durian. Tiap kali kami bawa durian pulang kakak ku akan lari ke bilik. Aku tahu bukan dia seorang je dalam dunia ni yang tak boleh bau durian apatah lagi makannya. Sejak gary kecil, aku suka memberinya makan apa jua yang aku makan seperti durian, ais krim dan macam-macam lagi lah. Ia bertujuan agar gary mampu makan apa jua yang kami makan apabila kami sedang ikat perut. Hal ini kerana, makanan kucing juga naik harga dari semasa ke semasa. Semua benda nak naik harga sebenarnya.
Seusai menyusun, mengemas perabot dan kotak-kotak ibuku menghidang makanan dan minuman kepada saudara-maraku. Kakakku turut pulang menolong kami berpindah. Dalam kesibukan di universiti kakakku masih mencuri masa untuk pulang ke rumah. Sementara mereka berehat di rumah kami aku mengambil kesempatan untuk keluar meninjau suasana di kawasan perumahan yang kelihatan menarik sekali.
Taman-taman bunga disitu amat cantik dan sayang jika dipetik. Lalu aku mengambil selfie dengan bunga-bunga itu. Beralih ke posisi lain untuk gambar yang lebih cantik. Apabila aku melihat kembali gambar tadi, aku amat terkejut apabila cik Farryshah berada di belakangku. Aku menoleh ke belakang.
"Eh cik Farryshah, terkejut saya."
"Haha, yeke? Sorry. Cantik kan bunga-bunga ni macam saya?""Iya, tapi cik Farryshah handsome bukan cantik. Haha"
"Alah takpayah ber'cik' dengan saya panggil Farry je"
"Eh jangan la macam tu, segan saya"
"Betul la, takpe lama-lama awak ok nanti"Kami bersambung berbual ditepi taman sambil melihat keindahan bunga-bunga disekitar taman. Kami berborak pada mulanya pasal rumah itu, lama kelamaan beralih ke topik-topik lain. Sedikit sebanyak aku mengenali peribadinya serba sedikit. Dia amat baik tiada langsung unsur riak dengan harta yang dimiliki. Dia juga memiliki pemikiran yang matang apabila kami berbual tentang isu semasa. Puas berbual dia menghantar aku ke rumah. Sampai di muka pintu, ibuku menyapa kami dan mengajak Farry masuk untuk minum namun dia menolak kerana ada hal. Sebelum dia beredar, dia mengajak kami makan malam di luar untuk mengenal kedai makan dan kedai lain yang berada di sekitar kawasan perumahan. Kami gembira menerima perlawaan itu. Suasana dirumah amat lenggang kerana suadara mara ku yang lain baru saja pulang ke rumah mereka. Mereka juga sempat berbual dengan tuan rumahku itu.
Sesudah menunaikan solat fardhu isyak, Farry mengetuk pintu. Aku segera membuka. Dia memakai t-shirt dan seluar tiga suku, menanya sekiranya aku sudah bersiap untuk makan diluar. Aku tersipu malu, mujur aku tidak menanggal lagi telekung kalau tidak habis mata Farry melihat keanggunan diriku. Aku pun bersiap. Kami mengikuti saja kemana Farry melangkah kerana dia sahaja yang mengetahui dimana kedai makanan itu berada. Sepanjang perjalanan ke kedai itu Farry asyik berborak dengan ayahku. Kami ke kedai itu dengan berjalan kaki. Durasi dari rumah ke kedai makan itu mengambil masa 10 minit. Kelihatan deretan kedai-kedai sepanjang tepi jalan. Pelbagai kedai yang ada mengurangkan rasa bimbang kami untuk membeli barang atau makan disana.
Kami memilih kedai makan yang terkenal dengan sup ekor yang sedap. Aku duduk bersebelahan dengan Farry. Aku malu. Kakak aku terpaksa pulang ke universitinya untuk hadir ke suatu perbincangan penting. Aku ralit membelek smartphone untuk mengurangkan rasa malu.
*Bep*
Aku membuka mesej dari aplikasi whatsapps"Kenapa malu ke duduk sebelah Farry?"
Hatiku berdegup. Mana dia dapat nombor aku? Oh lupa kan aku yang berurusan dengannya berkenaan rumah sewa. Aku hanya mem'bluetick'kan saja. Sebaik saja makanan sampai kami terus makan. Cara dia makan pun sopan. Seusai makan, kami pun beredar. Kami bersyukur dapat tuan rumah yang baik hati kerana dia belanja makan kami. Ketika hendak sampai di kawasan perumahan kami berpisah dengan Farry kerana dia ada tempat dituju. Kami sambung jalan ke rumah. Hati aku terdetak untuk menoleh. Kelibat bayang Farry sudah hilang. Cepatnya.
YOU ARE READING
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.