Akhirnya tamat sudah peperiksaan aku dan juga bermakna mungkin aku tidak akan duduk di kolej ini lagi. aku berasa lega dan hiba kerana sungguh lama aku berperang untuk meneruskan hidup disini. Pelbagai cabaran aku terima yang dijadikan pengajaran. Aku menarik beg tarikku lemah menuju ke pintu bilik asrama. Tombol pintu dipulas dan dikunci kan. Suasana pagi yang menyamankan, hanya aku seorang saja yang masih diasrama kerana ingin menikmati hari-hari terakhir aku menjadi penghuni disini. Aku pun menekan butang lif. Sambil menungu lif sampai aku melihat sepi telefon pintarku. Satu mesej.
Tahniah Ari! Da habis paper! Nanti lepak roger Hana tau!.-Hana
Aku tersenyum. Baru beberapa hari Hana tiada kelibatnya saja membuatkan aku rindu. Aku memasuki lif. Butang 'G' ditekan. Lif turun. Aku pun menarik beg tarikku keluar dari lif bila sampai ditingkat G. Aku ke rumah warden untuk memberi kunci bilik. Ibu tiada dirumah cuma ada satu kotak seperti tabung untuk meletakkan kunci asrama. Aku memasukkan kunci itu ke dalam tabung. Perlahan-lahan la aku membawa diri ini. Kemana nak pergi? Rumah? Masih awal. Aku membuka beg galas yang dipimping diketiak aku. Botol air berisi air masak.
Aku menaiki bas. Aku ingin ke suatu tempat lama tidak ku kunjung. Ketika duduk dalam bas aku merenung ke luar tingkap. Mengingati kata-kata ustazah yang mengubatiku. Dia kata ada orang dengki pada ku dan menghantar makhluk halus untuk binasakan aku. Aku mengeluh. Apa ada pada diri aku sampai dendamnya begini. Aku melihat tapak tangan aku. Parut hitam. Hampir bertakung air mata ini namun ku tahan. Alhamdulillah sudah sampai destinasi yang aku inginkan.
Aku mengeluarkan dua helai surat khabar untuk dijadikan alas. Aku letak beg tarikku disisi. Buku kecil mengandungi ayat-ayat yassin ku buka dan baca dari awal hingga akhir. Selesai membaca yassin aku berdoa. Daun-daun kering yang melekat pada tanah aku alihkan. Tanah yang separa kering itu ku siram dari dengan air bacaan yasin itu sehabisnya. Aku merenung sepi batu nisan bertuliskan nama Danny. Sehingga kini aku masih sayangkan kau Danny. Tiada lelaki lain mampu menandingi kau.
"Ari .."
Aku menoleh.
"Ari buat apa kat sini?"
"Farry buat apa kat sini?"
"Farry nak ziarah adik Farry lah."
Aku tidak mengerti.
"Danny?.."
Dia mengangguk. Aku masih terkejut dengan apa yang berlaku. Selama ini yang diceritakan oleh Farry perihal adiknya itu ialah Danny? Tidak mungkin. Aku melihat Farry tidak mampu berkata-kata. Dia duduk bertentangan dengan aku seraya membacakan yassin seperti yang aku lakukan awal tadi. Aku merenung lama batu nisan itu lantas pindah pandangan aku ke Farry. Mengapa aku tidak pernah tahu Danny ada abang? Seolah aku rasa seperti ditipu.
Selesai menziarah kubur arwah Danny, aku membuntuti Farry ke kereta. Aku mengisi beg tarik dalam bonet kereta lalu memasuki kereta. Perlahan-lahan aku memakai tali pinggang seraya Farry berkata.
"Tak sangka dunia ni kecik kan?"
Aku memandangnya lalu tersenyum.
"Kerap ke Ari ziarah situ?"
Aku mengelengkan kepala perlahan.
"Sebab tulah Ari tak pernah cuba beri peluang pada Farry, kan?"
Aku merenungnya lama. Pipi aku terasa bagaikan kepanasan. Mata aku mulai menerbitkan air mata. Aku tidak dapat menahannya. Iya. Aku masih sayangkan Danny. Hati aku tidak mampu diberikan pada orang lain. Kehibaan aku begitu mendalam hingga hanya air mata saja yang mengalir dan aku tidak mampu berkata-kata.
YOU ARE READING
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.