Bab 14

67 2 1
                                    



Cuti seminggu habis dengan lajunya tetapi waktu kuliah masih bercuti berbaki tiga hari lagi. Selepas kes aku kena kacau dirumah Farry itu, aku nekad untuk pulang ke asrama. Pedih juga telinga aku dengar bebelan Ibu. Warden asrama. Tapi mujur dia beri keizinan aku untuk pulang ke asrama awal. Sehari selepas aku kena kacau itu, Farry pulang ke rumah dan cerita dia sebernarnya seharian berada di ofis. Aku terkejut. Habis malam tu siapa? Aku pun cerita semua terjadi malam itu. Dia pun terkejut dan risau. Dia pun terima lah keputusan aku balik ke asrama sebab dia penat pujuk aku berkali-kali. Sehari selepas aku kena kacau tu Farry hantar aku ke Asrama.Tengahari tadi Farry call mengajak aku makan tengahari bersama. Dia ada terkenang pasal adik dia sambil tunggu aku habis makan macam kura-kura tu dia cerita la sikit pasal adik dia.

Dulu Farry tak suka adik Farry sebab mak ayah Farry bagi layanan berbeza dengan Farry. Tapi Farry cuba positif mungkin sebab Farry anak sulung kena berdekari sikit depan dia. Adik Farry pun ada juga perasan cara layanan tu. Makin lama parents Farry busy sangat sampai terabai kami. Farry la jaga makan minum adik Farry tu sampai la dia besar. Bila adik Farry masuk sekolah, farry perasan dia aktif sangat aktiviti dekat sekolah semua dia join sampai jaranglah ada kat rumah. Okay latu dia maybe bosan duk rumah. Dia pun jadi budak 'hot' dekat sekolah mana tidaknya muka dahla hensem macam abang dia ni kan. Farry perasan bila datang sekolah dia nak ambik report kad adalah budak-budak perempuan usha-usha adik Farry kat luar kelas. Sampaikan peti surat rumah tu penuh saja surat untuk adik Farry. Kalau baca tu memang geli la. Semua nak kenal dengan dia. Yang abang dia ni je takde sape yang nak (aku tergelak bila dia cakap macam tu.) Nak jadikan cerita, adik Farry ni ada la berkenan dengan seorang perempuan ni. Dia bagitau yang perempuan tu sungguh comel. Biasalah kalau da suka semua benda nampak indah. So adik Farry pun confess la, tak sangka pulak si minah tu suka jugak dekat dia. Dorang pun okay jelah takdelah sampai nak kapel just kawan sebab perempuan tu yang nak. Yelah Farry kan budak 'hot' kalau orang tahu pasal minah tu naya. Tapi sepanjang perkenalan mereka tu semuanya elok saja. Adik Farry tu kerap duduk dekat sekolah teman si minah tu belajar la apalah katanya. Tapi tulah budak-budak sekolah semua dah tahu pasal minah tu. Minah tu kena buli. Macam-macam surat ugut dia dapat. Kesian juga dekat minah tu. Percintaan dorang berakhir time tu umur dorang 15 tahun. Minah tu terpaksa pindah ikut keluarga dia kemana tah. Sejak dari tu adik Farry murung, dah tak aktif sukan. Satu hari dia pengsan kat rumah. Farry bawak dia ke hospital. Doktor sahkan dia ada kanser. Kekurangan darah putih. Kerap ke tahan wad. Kerap pergi chemotherapy. Hari-hari dia sebut nama minah tu. Dia rindu nak jumpa. Farry cuba contact minah tu tapi tak dapat. Sampai la ke hujung nafas adik Farry, nama yang sama dia sebut.

"Farry, nama minah tu sapa?"

"Temah.."

"Ish, Farry main-main lah!" sedas cubitan dilenggan Farry.

Dia ketawa. Saja sambil lewa. Farry ni suka macam tu. Kejap serius, kejap melawak. Aku pun menghabiskan mihun goreng telur mata. Hirupan terakhir ais teh o limau amat menyengarkan tekak aku dikala waktu panas terik ini.

"Ari, Farry perasankan belakang badan Ari banyak parut. Trend ke apa? Haha."

"Ish, mana ada trend. Tulah Ari pun tak tahu kenapa. Sejak dua menjak ni asyik kena kacau saje. Penat la jugak."

"Ari taknak suruh family Ari pergi berubat ke? Mana tahu ok ke."

"Tulah, ada jugak cakap tapi dorang suruh pergi berubat time cuti sem nanti. Yela sekarang kan sem last kena focus ni dulu."

"Tapi, Farry risau la bende ni buat awak tak focus."

"Farry risau ni kenapa? Macam sesuatu jerrr .. suka Ari ehhh!"

Farry terdiam. Kunci pintu kereta dibuka menanda aku seperti dihalau. Aku mencebik bibir lalu keluar dari kereta dan memberi salam. Kereta Toyota Vios hitam pun berlalu pergi. Tanpa banyak berfikir aku pun berjalan ke bilik aku.

PindahWhere stories live. Discover now